/

Saintis cari formula susu sekat kegemukan

Penyelidik dapati hormon pengawal selera leptin ada potensi

LONDON : Saintis British sedang berusaha menghasilkan formula bayi yang mampu menstruktur semula sistem metabolik kanak-kanak menggubakan unsur kimia tertentu untuk menyekat budak itu daripada masalah obesiti atau lebihan berat badan, lapor The Guardian, semalam.


Kajian terhadap tikus mendapati bahawa sejumlah besar dos hormon pengawal selera ‘leptin’ ketika bayi boleh mencegah berat badan berlebihan sampai bila-bila dan mengurangkan risiko diabetes jenis ke-2.

Bagaimanapun, penyelidik di Universiti Buckingham berkata, susu bayi kaya dengan leptin urut menimbulkan persoalan etika dan perundangan.

Pakar lain dalam bidang sama mengkritik kajian itu bagi jawapan perubatan kepada obesiti dengan mengatakan bahawa ia adalah masalah sosial moden dan masyarakat perlu menyedari gaya hidup mereka dan bukan melihat kepada kaedah tiruan yang cepat.

Ramai yang beranggapan bahawa perubahan makanan bayi itu adalah mustahil kerana orang ramai hanya mencuba formula berkenaan tanpa mengambil kira risikonya.

Kajian berkenaan dilaporkan dalam jurnal Chemistry and Industry semalam.

Leptin mampu menukar selera sepanjang hayat, tetapi saintis tahun lalu membuktikan bahawa dos yang tinggi terhadap tikus melalui kehamilan dan ketika usia awal secara kekal mampu mengurangkan berat badan.

Mereka kini percaya bahan leptin itu turut memainkan peranan dalam tindak balas selera ketika bayi.

Mike Cawthorne yang mengetuai kajian berkata, susu sampingan memberi faedah tambahan secara semula jadi sedangkan susu ibu mengandungi leptin, manakala susu formula tidak.

Ya, ia menimbulkan persoalan etika. Obesiti ialah masalah sosial tetapi ia juga masalah kesihatan yang menyebabkan berjuta pound sterling setahun diperuntukkan dan ia menjadi bertambah buruk. Ia bukan sekadar masalah sosial,” katanya.

Eksperimen sebelum ini dalam merawat orang obes menggunakan leptin gagal kerana mereka berterusan lebih makan.

Walaupun beberapa penyelidik mengaitkan bayi yang minum susu botol dengan zaman kanak-kanak obes. tiada yang menyimpulkan bahawa bayi yang menyusu badan tidak ada masalah kegemukan sepanjang hayat mereka.

Tetapi, tidak semua pihak bersetuju dengan penggunaan leptin sebaliknya meminta lebih banyak bukti terlebih dulu.

Pengarah perubatan pergerakan kebajikan Weight Concern, Dr Ian Campbell, berkata:

Adalah satu yang tidak berasas bahawa mereka yang menelan leptin akan menyebabkan mereka tidak lagi gemuk. Saya meragui produk itu dapat dipasarkan menggunakan perkataan yang diluahkan,” kata Campbell. – Agensi

FAKTA NOMBOR
Masalah lebih berat badan


1.1 bilion - Penduduk dunia hadapi masalah kegemukan
312 juta - Penduduk dunia gemuk
11 juta - Penduduk Eropah terlalu obes
try , Selasa, April 24, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog