/

Hanya 20 peratus madu lebah asli dalam pasaran

ALOR STAR 24 AprilHanya 20 peratus madu lebah dalam pasaran di negara ini disahkan asli, manakala selebihnya adalah madu campuran dan diimport yang belum diketahui ketulenannya.

Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, walaupun madu lebah dikaitkan dengan pelbagai khasiat kesihatan, ketulenannya juga amat penting bagi memastikan ia benar-benar berkesan.

Jika tidak asli, katanya, madu lebah yang dicampur dengan gula atau bahan sintetik berkaitan mungkin mempunyai kandungan gula terlalu tinggi sehingga boleh memudaratkan penggunanya terutama mereka yang berpenyakit kencing manis.

‘‘Pasaran madu lebah asli di negara ini masih besar dan sebab itulah FAMA perlu mengambil peluang ini untuk mempromosikan madu lebah asli tempatan,” katanya kepada para pemberita selepas majlis perasmian Seminar Kepenggunaan Madu Lebah Asli Kebangsaan anjuran FAMA, di sini hari ini.

Seminar tersebut dirasmikan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Md. Rozai Shafian yang mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Abdul Rahim memberitahu, negara mengimport kira-kira 67,000 kilogram madu lebah dengan nilai RM887,000 tahun lalu sedangkan eksport madu lebah tempatan hanya bernilai kira-kira RM24,000.

Sejak beberapa tahun lalu katanya, FAMA telah merangka beberapa program bagi membangunkan perusahaan madu lebah asli dengan mengenal pasti kawasan hutan yang berpotensi, membuka pusat pengumpulan dan pemerosesan, mengadakan pusat jualan madu di pintu-pintu masuk negara dan bekerjasama dengan universiti tempatan khusus dalam bidang perubatan.

Malah menurutnya, FAMA mengadakan kerjasama dengan Universiti Sains Malaysia (USM) bagi menjalankan sembilan kajian melibatkan madu lebah asli antaranya madu sebagai agen penyembuh lecur, menghindarkan mukositis selepas radioterapi kanser, menggantikan iodin dalam merawat luka dan mengurangkan jangkitan kuman respiratori.

Projek itu katanya, bermula sejak tiga bulan lalu dan akan berjalan dalam tempoh dua tahun dan FAMA berharap ia dapat mempelbagaikan penggunaan madu lebah asli.

‘‘FAMA akan membekalkan madu lebah tualang yang diperoleh dalam kawasan hutan Pedu yang dipercayai mengandungi khasiat kesihatan yang tinggi kepada USM bagi menjalankan kajian berkaitan,” katanya.

Sementara itu, Dekan Pelantar Penyelidikan Klinikal USM Kubang Kerian, Profesor Dr. Nor Hayati Othman berkata, penyelidikan berkaitan sedang dijalankan di Hospital Kubang Kerian, malah ada kajian yang mendapati madu mampu menggantikan iodin dalam merawat luka.

‘‘Kita juga sedang menjalankan kajian untuk menggunakan madu sebagai ubat bagi mengelak jangkitan seperti batuk di kalangan jemaah haji ketika berada di Mekah,” ujarnya.

Sehubungan itu katanya, pihaknya merancang untuk membekalkan madu berkaitan kepada jemaah haji pada musim akan datang bagi melihat keberkesanannya.

try , Rabu, April 25, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog