2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Doktor didengari, Ustaz dimarahi

"Apabila kita sakit atau mengadu kesakitan, kita akan pergi ke hospital atau klinik. Doktor mesti ditemui. Nasihat beliau mesti diminta. Kalau tidak ditemui, sakit seakan-akan makin bertambah, atau perasaan masih belum puas. “Kena tanya doktor jugak.” Kadang-kadang penyakit itu tidaklah kronik atau kritikal, tetapi ia mempunyai kesan psikologi kepada pesakit apabila doktor memberikan pandangannya.

Solusi kadang-kadang dengan ubat. Doktor kata: “Ubat ini kena makan 3 kali sehari. 2 sudu teh setiap kali.” Kalau anak tidak mahu makan ubat, kita cukup marah. “Kan doktor dah suruh makan ubat. Kalau nak sembuh, kena makan ubatlah.” Ubat itu pula kadang-kadang bukannya manis, tetapi pahit.

Kadang-kadang kena buat pembedahan. “Penyakit pakcik ni kalau tak buat operation, saya bimbang ia akan lebih melarat.” Maka si pakcik tersebut akhirnya bersedia untuk dibedah walaupun pada awalnya agak keberatan. Kenapa terima? Kerana nasihat doktor. Kedoktoran adalah profesion yang mulia. Para doktor adalah manusia yang bersedia membantu orang lain.

Para alim ulama adalah pewaris Nabi. Mereka tidak mewarisi harta, tetapi mewarisi ilmu, mewarisi agama dan ajaran yang ditinggalkan oleh Nabi saw. Mereka diutus oleh Allah bagi mengubati masyarakat yang sentiasa sakit. Bukan sakit yang memerlukan ubat demam dari doktor, tetapi sakit akhlak, sakit aqidah, sakit perangai. Sakit seperti ini juga perlukan ubat. Dan kadang-kadang ubat itu pahit. Nabi menyebut, maksudnya: “Katakanlah kebenaran walaupun pahit.”. Nasihat yang lembut ibarat ubat manis. Peringatan yang agak keras ibarat ubat pahit. Dan ubat yang pahit seringkali boleh menyembuhkan dengan izin Allah. Penyembuhan itu pula bukan sahaja untuk individu, bahkan keluarga ,masyarakat dan negara. Kalau penyakit biasa, ia sembuh untuk peribadi, tetapi penyembuhan penyakit akhlak, aqidah dan perangai adalah lebih menyeluruh.

Para alim ulama yang menegur, menasihat, memperingatkan bermaksud kebaikan untuk orang lain. Menarik tangan mereka dari kesesatan dan kejahatan. Menyelamatkan mereka dari murka Allah dunia Akhirat. Menjauhkan mereka dari azab dunia Akhirat.

Peranan alim ulama tidak jauh bezanya dengan peranan para doktor. Mereka mengubati pesakit. Tetapi kenapa nasihat doktor didengari, peringatan ustaz dimarahi?

tulisan: Ustaz Nik Md Nasri"
try , Rabu, April 18, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog