/

Mengatasi Komputer Dan Windows XP Perlahan

Artikel ini di Internet : http://www.wanita.us/articles/xpslow.php

Artikel ini untuk sistem operasi Windows XP Pro dan Home dan ia diharapkan dapat membantu dalam mengatasi masalah Windows XP menjadi semakin perlahan dan bagaimana untuk mengatasinya. Artikel ini kemudian akan disusuli dengan artikel-artikel yang memperincikan setiap langkah yang boleh diambil. Untuk tidak ketinggalan dalam menerima artikel-artikel yang lain sila sertai senarai email kami di sambungan laman
http://groups.yahoo.com/group/haris/ atau email kepada haris-subscribe@yahoogroups.com

Mana-mana sistem operasi akan mengalami masalah yang sama. Semakin lama digunakan semakin ia menjadi perlahan. Sama seperti sebuah kereta, kerja-kerja penyelangaraan perlu dijalankan untuk memastikan Windows XP sentiasa berjalan dengan baik dan lancar. Terdapat beberapa cara dan kemudahan yang disediakan dalam Windows XP itu sendiri untuk perkara menjalankan kerja-kerja selanggara. Apabila diringkaskan.

Windows XP boleh menjadi perlahan disebabkan oleh perisian-perisian yang tidak perlu dipasang atau perisian yang tidak diingini seperti "Adware" dan "Spyware" yang menghantui perjalanan Windows. Ia diburukkan lagi dengan virus dan trojan komputer yang mungkin secara sengaja berada didalam komputer.

Patch atau pembetulan ralat perlu dilakukan untuk memastikan Windows tidak diceroboh melalui kelemahannya.

Ada kemudahan tidak perlu dijalankan atau "setting" tertentu perlu diubah untuk memastikan kelancaran Windows XP. Ada perisian tertentu perlu diganti dengan yang lebih baik dan selamat.
__________________

Membuat Kemas Kini
__________________

Bagi pengguna Windows XP perkara paling penting adalah memastikan kemaskini sistem operasi Windows XP sentiasa dijalankan. Ini turut melibatkan perisian-perisian lain yang mungkin kelemahannya boleh menyebabkan komputer mudah dicerobohi. Microsoft setiap bulan mengeluarkan pembetulan ralat (patch) yang melibatkan soal-soal keselamatan dan keupayaan. Kelemahan Windows XP ini membolehkan pihak yang tidak bertanggungjawab menanam pelbagai perisian ke dalam Windows XP. Trojan dan virus, "adware" dan "spyware" dengan mudah secara tersembunyi berada dalam Windows XP anda.

Terdapat pelbagai kumpulan di Internet yang akan mengkaji dan mencari jalan untuk mengambil kesempatan yang tidak baik akan setiap kelemahan yang wujud akibat ralat. Dengan perisian khusus dan kepakaran mereka, perisian khusus untuk ralat tertentu boleh dihasilkan dan dengan perisian ini, tiada masalah untuk memasukkan perisian-perisian lain dan membuka sistem operasi Windows XP kepada kawalan luar.

Tanpa disedari oleh pengguna komputer Windows komputer dikawal dari luar (zombie) dan digunakan untuk pelbagai tujuan tidak baik seperti komputer tengah untuk menceroboh komputer lain (cracking), untuk sebarkan email-email sampah (SPAM), untuk membuat serangan penafian perkhidmatan (Denial of Service attack DDOS) dan pelbagai lagi aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Kemaskini boleh dijalankan secara automatik dengan memilih Start -> Control Panel -> Automatic Updates dan buat pilihan yang sesuai seperti waktu untuk melakukan "Automatic Updates". Kemaskini ralat akan dimuat turun dan dipasang secara automaik.

Sila ambil perhatian, jangan sesekali percaya kepada Email yang dikatakan datang daripada Microsoft. Microsoft tidak akan menghantar sebarang email berkenaan kemaskini ralat. Email mudah untuk dipalsukan. Klik kepada "link" atau sambungan dalam email palsu ini akan membawa anda kepada tapak laman yang berniat serong dan mungkin menyebabkan komputer anda dijangkiti trojan dan spyware.

Untuk maklumat kemas kini sila lawat laman Microsoft itu sendiri http://windowsupdate.microsoft.com/ atau http://www.cert.org/ untuk maklumat dan perkembangan keselamatan komputer dan Internet.

___________

Dinding Api
___________

Windows XP turut disertakan dengan dinding api atau "Firewall". Walaupun ia hanya menutup "port" namun ia lebih baik daripada tiada langsung perlindungan. Tanpa disedari ada perisian-perisian yang membuka "port" supaya ia boleh berkomunikasi dalam sistem rangkaian dan Internet. Namun begitu membuka "port" mendedahkan komputer kepada jalan untuk perisian khusus ralat tertentu untuk masuk dan menceroboh dan kemudiannya menanam perisian-perisian lain.

Bagini cara sesetengah "Worm" menyerang. Ia membuat pengesanan kepada "port" kepada perisian yang ralatnya tidak dibaiki dan kemudian menjalankan arahan-arahan khas yang membuka ruang kepada kemasukan perisian itu untuk masuk melalui "port" yang terbuka.

Kebanyakan Windows XP hanya digunakan di rumah dan membuka "port" hanya khusus untuk perisian pada komputer pelayan (server). Maka tiada sebarang masalah timbul untuk menjalankan firewall ini. Cara menjalankannya.

Start -> Contral Panel -> Windows Firewall. Pilih "On" untuk menjalankan firewall ini.

Ingin dinyatakan disini. "Firewall" bukanlah perlindungan sebenarnya. Ia umpama sebuah kota pertahanan. Ia masih perlukan perisian dan sikap pengguna itu sendiri untuk memastikan apa yang dilindunginya sentiasa selamat.

Maklumat lanjut
http://www.microsoft.com/windowsxp/using/security/internet/sp2_wfintro.mspx

______________

Pencegah Virus
______________

Anti-virus perlu dipasang dalam Windows XP anda. Jalan masuk virus, trojan dan worm adalah pelbagai dan pemasangan perisian anti-virus adalah langkah akhir dan perlindungan akhir. Terdapat pelbagai jenis perisian anti-virus dipasaran. Anda boleh membelinya atau mendapatkan yang percuma.

Clamav http://www.clamwin.com/ adalah perisian anti-virus dengan perlesenan sumber terbuka yang percuma untuk dimuat turun dan digunakan.

AVG Anti virus http://www.grisoft.com/ percuma untuk kegunaan sendiri.

Bagi tujuan-tujuan hantar penguna Windows XP dengan SP2 boleh mengendalikan ia dengan Windows Security Center. Keterangan lanjut

http://www.microsoft.com/windowsxp/using/security/internet/sp2_wscintro.mspx

_________________________________________

Gantikan Internet Explorer Dengan Firefox
_________________________________________

Pernahkah anda alami selepas melawat laman tertentu dengan tetiba tanpa kehendak anda sendiri, pop-up Windows dijalankan tanpa melakukan apa-apa atau komputer menjadi perlahan tersangat perlahan. Ini adalah akibat "Adware" dan "Spyware".

Kebanyakan kejadian "Adware" dan "Spyware" adalah berpunca daripada kelemahan Internet Explorer. Dengan kod-kod tertentu, lawatan ke tapak laman yang berniat serong akan memboleh perisian lain dipasang didalam komputer Windows XP yang anda gunakan.

Perisian pelayar Internet Mozilla Firefox dibina berasaskan keselamatan. Dengan ciri-ciri yang tidak membebankan penggunaan memori dan kemudahan seperti anti pop-up dan tidak menjalankan script merbahaya maka ia lebih selamat berbanding dengan Microsoft Internet Explorer. Sila lawat sambungan laman dibawah ini untuk artikel tentang Firefox.

http://www.wanita.us/firefox.php

Jika masih perlu menggunakan Internet Explorer sila gunakan beberapa toolbar yang dimuat turun di

Alexa Toolbar http://download.alexa.com/?amzn_id=wanitadotus-20
Google Toolbar http://toolbar.google.com/
Yahoo Toolbar http://www.yahoo.com/

Toolbar diatas mempunyai perlindungan daripada script-script yang meyebabkan pop-up Windows dibuka dan iklan yang tidak diingini ditayang.
___________________________________________

Gantikan Outlook Express Dengan ThunderBird
___________________________________________

Kebanyakan trojan disebarkan melalui email. Pembina virus dan trojan tahu hampir semua komputer dengan Windows XP dilengkapkan dengan Outlook dan kelemahan-kelemahan dalam Outlook mendedahkan pengguna Windows XP kepada ancaman virus dan trojan. Ia diburukkan lagi dengan Outlook yang tidak dinyah ralat.

Mozilla ThunderBird adalah perisian email yang ringan bagi sistem dan selamat. Anda dijemput untuk mencubanya dengan melawat laman http://www.mozilla.com/

try , Jumaat, April 20, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog