2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Kayap

Apakah yang anda perlu tahu mengenai Kayap Sejuk

Salah satu daripada masalah oral yang lazimnya berlaku ialah kayap sejuk juga dikenali sebagai 'demam lepuh'. Kayap sejuk merupakan lepuh yang kecil, berisi cecair dan sangat sakit. Ia selalu menyerang bibir, hidung, pipi atau di bahagian muka lain dan biasanya berlaku secara berkelompok- kelompok.

Ia sangat mudah berjangkit tetapi tidaklah begitu serius. Ia akan menjadi sangat serius jika berlaku kepada bayi yang baru lahir, mereka yang menghidap Ekzema, mereka yang mengguna ubat yang boleh menekan sistem imun dan jika ia terkena pada mata (mata akan berwarna merah, berair dan sensitif terhadap cahaya). Jika ini terjadi, anda perlu mendapatkan rawatan segera kerana ia boleh menjadi teruk dan boleh membawa maut.

Golongan remaja lebih kerap mendapat serangan kayap ini dan akan beransur-ansur kurang apabila umur semakin meningkat. Jangka masa serangan penyakit ini berbeza-beza terhadap individu- individu tertentu, bergantung kepada aktiviti fizikal dan status emosi mereka.


Penyebab

Penyakit ini disebabkan oleh kuman virus Herpes - biasanya virus Herpes Simplex Jenis 1 (HSV-1), manakala Jenis 11 (HSV-11) menyebabkan kayap di bahagian kemaluan. Tetapi mana- mana satu jenis virus ini boleh menyerang sama ada muka atau bahagian kemaluan. Walau bagaimanapun jangkitan pada bibir tidak semestinya menandakan bahagian kemaluan juga turut terjangkit . Virus ini boleh bergerak dari tempat jangkitan (kulit muka) di sepanjang saraf hingga ke pangkal saraf. Ini menyebabkan merebaknya bintil-bintil atau lepuh ke tempat-tempat lain dan akhirnya kayap yang menyakitkan terjadi. Kayap ini boleh terjadi berulang kali kerana selepas serangan pertama, virus akan menjadi dorman di dalam sistem saraf. Ini bermakna ia menjadi tidak aktif buat sementara waktu dan tinggal di dalam pelbagai kumpulan sel badan mangsa. Ia terselamat dari tindakan sistem pertahanan badan dengan menyamar sebagai sel mangsa itu sendiri. Virus ini sering kali beredar balik ke bahagian kulit melalui laluan yang sama untuk mencetuskan satu lagi jangkitan lain apabila wujudnya faktor-faktor pemangkin tertentu.

Jenis-jenis jangkitan
  • Primer (jangkitan pada kali pertama).
  • Jangkitan semula (berlaku kepada 40-60% dari mereka yang pernah mendapat jangkitan primer tetapi selalunya tidak begitu teruk kerana badan telah membentuk sebahagian dari ketahanan badan terhadap virus).

Tanda-tanda dan Gejala
  • Kulit terasa berdenyut-denyut dan gatal untuk beberapa jam sebelum lepuh itu pecah. Seseorang akan mudah menjangkiti orang lain mulai daripada waktu lepuh hampir pecah sehinggalah keruping menjadi kering.
  • Peringkat lepuh: peringkat ini bermula dengan kemunculan tompok-tompok merah yang membengkak dan kemudiannya dipenuhi dengan lepuh-lepuh kecil sama ada berasingan atau berkelompok dalam masa sehari. Lepuh ini selalunya sangat sakit. Kadangkalanya terjadi ulser bukan lepuh.
  • Lepuh-lepuh ini akan kering dan sembuh lalu membentuk keruping yang berwarna kuning-keperangan. Keruping ini akan tertanggal dan sembuh selepas seminggu tanpa meninggalkan sebarang parut atau apa-apa bentuk jangkitan. Pada peringkat ini ia sangat mudah terkupas. Jika terkupas kerupingnya akan pecah dan berdarah.
  • Jika terdapat pustul atau nanah di bawah keruping kayap ini, kemungkinan besar telah berlakunya jangkitan bakteria. Ia perlu diperiksa dan dirawat segera dengan antibiotik yang sesuai.
  • Demam, nodus limfa membengkak dan selalu terasa sakit-sakit atau sengal-sengal badan adalah gejala-gejala biasa.
  • Jika ia menjangkiti mata, bahagian kornea akan menjadi kelabu/kabur buat selama-lamanya dan ini akan menyebabkan rasa sakit.

Bagaimana anda boleh dijangkiti kayap sejuk?


Virus ini boleh merebak melalui:

Bersentuhan kulit secara langsung (bercium, tersentuh lepuh yang pecah). Jangkitan di kalangan bayi biasanya terjadi semasa mereka yang dijangkiti mencium bayi tersebut atau semasa kelahiran jika ibu menghidap kudis Herpes ini di bahagian kemaluan atau pangkal rahim. Virus juga boleh dipindahkan ke bahagian-bahagian lain badan dengan menggaru atau menggosok.

Komplikasi

Jika lepuh terjadi di mata, komplikasinya adalah:
  • konjunktivitis.
  • Ulser kornea (luka terbuka di lapisan luar kornea).
Ensefalitis (keradangan otak).
Faktor pencetus
  • Pendedahan kepada cahaya matahari/haba yang berlebihan atau angin yang terlalu sejuk.
  • Jangkitan bahagian atas saluran pernafasan (selsema, demam).
  • Haid.
  • Tekanan fizikal dan keletihan
  • Tidur yang tidak mencukupi/tidak nyenyak.
  • Kepenatan.
  • Prosedur pergigian.

Sesetengah individu masih dijangkiti kayap ini walaupun tidak menghadapi sebarang faktor pencetus.

Pengurusan sendiri

Mengamal gaya hidup sihat boleh mengurangkan jumlah serangan virus kayap ini. Anda tidak perlu khuatir kerana jangkitan akan sembuh dengan sendirinya dalam masa 1-2 minggu. Medapkan (tekankan) dengan larutan salina normal setiap 4 jam ke atas kayap tersebut. Apabila lepuh telah pecah, bersihkan kawasan tersebut dan biarkan ia sentiasa bersih dan kering. Basuh dengan larutan salina yang suam (1 sudu teh garam dilarutkan ke dalam 600ml air) dan lapkan dengan kertas tisu sehingga kering.

Rawatan

Sehingga kini, tiada ubat yang dapat membunuh virus Herpes di dalam badan dan mencegah penyakit dari berulang. Walau bagaimanapun virus ini tidak memudaratkan dan mudah diatasi. Tujuan utama merawat kayap sejuk ini adalah untuk mengawal kerengsaan, menyembuh dan mencegah komplikasi. Anda perlu berjumpa doktor. Doktor akan menasihati anda untuk mengambil ubat antivirus (oral acyclovir) untuk melegakan gejala dan memendekkan masa serangan penyakit ini. Untuk kes-kes yang lebih ringan yang berulang semula anda boleh menggunakan jeli petrolatum atau krim antivirus yang perlu disapu di bahagian yang gatal dan sakit. Jika terdapat jangkitan sekunder bakteria, ubat antibiotik sistemik akan diberikan. Oleh kerana demam merupakan gejala yang biasa bagi penyakit kayap sejuk ini dan ia mungkin bertindak sebagai faktor pencetus, anda boleh mendapatkan ubat-ubat seperti Acetaminophen, asid Asetilsalisilik atau ubat anti-keradangan yang lain seperti ubat anti-keradangan bukan-steroid (NSAIDS).

Langkah Pencegahan
  • Virus Herpes sangat mudah berjangkit dan ia berpotensi untuk merebak dan menyebabkan jangkitan sekunder bakteria. Oleh itu langkah-langkah berikut perlu diambil bagi mencegahnya:
  • Basuh tangan selepas menyentuh kudis. Jangan menggaru lepuh atau membuang keruping.
  • Elakkan dari bersentuh secara langsung (kulit ke kulit) seperti bercium, menyentuh, mengupas lepuh atau terlibat dalam seks oral terutama semasa di peringkat lepuh.
  • Jangan berkongsi sapu tangan atau tuala.
  • Jauhi dari faktor-faktor pemangkin dengan:
yang berlebihan
  • memakai topi yang lebar penutupnya dan pelindung cahaya SPF 15 + untuk bibir apabila berada di bawah matahari.
  • amalkan pemakanan yang seimbang dan berzat.
  • berehat atau tidur yang mencukupi.
  • bersenam secara tekal.
  • kurangkan pengambilan bahan-bahan seperti alkohol atau nikotin.

Cuba amalkan kehidupan yang sihat. Seboleh-bolehnya elakkan jangkitan saluran pernafasan walaupun anda belum pernah mendapat jangkitan kayap sejuk. Serangan pertama mungkin tidak disedari dan anda sebenarnya telah menjadi pembawa virus yang dorman (tidak aktif buat sementara).
try , Sabtu, Disember 23, 2006 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog