2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Sampai bila tayah was-was……..














From:Send an Instant Message "bakhtiar" <arios_ns@yahoo.com>
Date:Mon, 18 Sep 2006 03:02:40 -0700 (PDT)
Subject:[MahligaiKu] Sampai bila tayah was-was........

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih TM.

Saya cuba mencari medium yang sesuai untuk melepas geram tetapi tidak
berjaya. Aduan diberi kepada pihak berwajib pun dilayan bagai melepas
batuk ditangga. Sebab saya tidak melampirkan bukti. So sekadar mengadu
dalam RJ je lah.
Sebagai orang media, saya memang diarahkan untuk ke sana-sini mencari
bahan. Malangnya sering sangat saya terdedah kepada makanan yang tidak
diketahui sumber halal haramnya. Semalam misalnya, saya dihidangkan jus
buah-buahan. Sekali teguk terasa pedih hujung lidah. Saya terus berhenti
dan mencari kaunter minuman tu (bar). Rupa-rupanya dalam setiap gelas jus
buah-buahan sudah dituang awal-awal segaris nipis alkohol. Bila saya
tegur, mereka membalas - no one complain.
Last-last saya teguk air paip sebab tak de sumber air bersih hatta
mineral water pun tak dihidang. So macam mana saya nak bagi tahu pihak
berkuasa? Tak de bukti melainkan pengalaman sendiri.
Begitu juga pengalaman tinggal di salah satu hotel ternama di Langkawi.
Di restoran hotel, saya minta fish n chips. Adik pelayan yang baik hati
memberitahu, "Akak, kami rendam ikan tu dalam rum (sejenis arak)".
Terkedu saya dibuatnya. Saya bertanya, adakah awak beritahu hal ini
kepada semua tetamu. Adik tu dengan innocent menjawab, "Tidak, hanya
kepada orang bertudung yang mintak hidangan ini je." So saya nak ajukan
masalah ini kepada siapa? Sebab adik pelayan tu tidak mahu mengadu kerana
di situlah periuk nasinya.

Malah hotel tersohor di Cyberjaya pun menghidangkan saya dengan aiskrim
bercampur rum. Terkejut lidah saya bila terasa kering jamah aiskrim. Saya
tanya kepada chef yang bertugas - ada yang tempatan dan berbangsa asing -
mereka menjawab. We did put a little rum inside. Saya mengadu kepada
pegawai hotel.. balasan mereka. Maaf.. lain kali akak lihat dulu ramuan
(ingredient) aiskrim dalam menu. Hmmm.... order aiskrim pun dah kena lihat
ramuannya???

Sekarang timbul desas desus halal haram roti (tak payah sebut semua dah
tahu). Geram sungguh. Panas telinga saya call syarikat terbabit untuk
minta pengesahan. Haram.. sampai sudah tak de yang mengangkat telefon.
Akhirnya mereka buat conference mengatakan kilang mereka tidak terbabit
sebab sekarang semua dah buat di kilang baru. Tapi saya dah makan roti ni
sejak dulu lagi. So roti yang dulu dibuat di kilang lama tu apa? Mengapa
awal-awal lagi perkara ini tidak dipantau? Kalau tidak kerana angin
masakan pokok bergoyang. Mesti ada sesuatu yang berlaku sehingga akhirnya
pembongkaran dilakukan. Saya yakin amat sangat dengan kuasa Allah dan
betapa Allah sayangkan kita.

Saya beranggapan perkara yang tidak baik menimpa umat Islam tanpa
disedari akhirnya lambat laun akan terdedah juga. Contoh jelas lagi nyata
adalah kuih bakul Kum Lun (tak ingat sangat ejaannya). Saya pernah makan
sebab ada logo halal Jakim. Last-last syarikat tu mengaku tak halal gak
sebab ada campuran benda haram dan lesen halal mereka dibatalkan.
Sosej Ikea - saya pernah menjamah. Last-last tak halal gak sebab guna
usus kambing yang tak disembelih ikut hukum Islam. Bila dah kena simbah
air tanah baru le mengaku. Lepas tu barule terhegeh-hegeh pastikan
semuanya halal.
Kegemparan ayam kfc dulu yang gunakan bahan perisa diimport dari Indonesia
yang tidak halal. Then mereka buatla conference mengaku dah tak guna dah
bahan perisa tu. Ishh.. kami ni yang dah pulun lama dah ayam tu.. lagu
mana?
Ishhh geram la.. awat awal-awal lagi tak prevent atau menjaga hukum
halal haram. Awat bila buat sport check baru le nak betul yang silap.
Lepas tu buat conference.. kami sekarang dah halal dah.

Agaknya semua company atau pengusaha makanan berpakat guna motto yang
sama - Sudah terhantuk baru terngadah.

Sampai bila kita nak diperkotak katik kan? Nama je
duduk dalam negara Islam, tapi segala-galanya was-was.

Kasihan la kat saya ni... dalam berjaga-jaga pun terkena jugak.
Dah tak larat nak merasa. Selalu sangat balik dari tugasan di hotel, kepala
jadi
pening2 lalat. Kalau among us (journalist) kami faham-faham sajalah...
sure ada arak dicampur dalam masakan. But what about audience yang datang
untuk meraikan majlis itu waktu itu? Mereka tak tahu semua ini.

Kepada siapa nak mengadu? Sampai bila kita nak jadi ..
aiman tak kisah... -lily madom
try , Selasa, September 19, 2006 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog