/

Berita Terkini : Barat lancar perang rahsia ke atas Pyongyang, Theran



LONDON: Sekurang-kurangnya 13 negara Barat dan Asia termasuk Amerika Syarikat didakwa sudah melancarkan program 'perang rahsia' ke atas Korea Utara dan Iran yang bakal diperluaskan lagi berikutan tindakan Pyongyang melancarkan ujian peluru berpandunya, Rabu lalu. Britain adalah anggota penting program dikenali Inisiatif Keselamatan Kawalan Senjata (PSI) yang diumumkan Presiden George W Bush di Poland pada Mei, 2003. Pegawai Britain juga dikatakan sudah menyertai beberapa mesyuarat pakar operasi program sulit berkenaan di Australia, Eropah dan Amerika. Negara lain yang didakwa turut terbabit adalah Australia, Singapura, Jepun, Itali dan Sepanyol.

Sebuah media Britain mendedahkan semalam, agensi perisikan, tentera laut dan tentera udara negara barat itu secara senyap-senyap terbabit dalam kerjasama melancarkan program rahsia terhadap Pyongyang dan Teheran.

Setakat ini, usaha itu termasuk rancangan memintas kapal Korea Utara di lautan manakala ejen Amerika mengawasi perairan di Taiwan dengan misi pengintipan udara dan lautan berlepas dari Singapura.

Penyiasat turut menyelongkar buku akaun pelbagai bank disyaki di Macau, bekas jajahan Portugal manakala satu armada pesawat dan kapal melancarkan pengintipan ke atas Pyongyang dari perairan di utara Jepun.

Sebahagian kecil butiran program itu didedahkan pegawai Barat
mengenai agenda sulit yang beroperasi sejak 2003. Namun, negara Barat itu kini semakin mengukuhkan lagi pemantauan ke atas negara komunis pimpinan Presiden Kim Jong-Il berkenaan.

"Diplomasi semata-mata saja tidak memadai. Tindakan ketenteraan perlu dirangka bagi memberi tekanan lebih hebat ke atas negara itu," kata seorang pegawai kanan Barat yang enggan dikenali.

Antara bukti kejayaan awal program rahsia itu adalah kenyataan dua pegawai pentadbiran Presiden George W Bush tahun lalu yang ia dapat menyekat Korea Utara mendapatkan peralatan bagi menghasilkan bahan pelancar peluru berpandu.

Washington turut menggesa Beijing menghentikan penjualan bahan kimia yang diperlukan saintis senjata nuklear Pyongyang. Satu kapal yang sarat dengan bahan kimia khas itu turut dirampas di Taiwan sebelum ia sempat tiba di sebuah pelabuhan Korea Utara.

Malah, mengikut John Bolton - duta Amerika ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang bertanggungjawab merangka program sulit itu, misi rahsia berkenaan dapat menjejaskan penjualan peluru berpandu Korea Utara berkenaan.

Namun, kejayaan program Bolton yang bertujuan menghentikan usaha jual beli senjata pemusnah besar-besaran, sebaliknya mungkin menyebabkan Korea Utara melancarkan reaksi balas yang lebih berani.

Setakat ini, tiada sebarang debat awam di negara terbabit mengenai komitmen melancarkan tindakan ketenteraan. Namun, kekaburan maklumat itulah, kata Bolton dan pegawai Britain dipetik media Britain berkenaan, menjadikan program itu menarik dari segi nilai politiknya. - Agensi

Secara senyap-senyap, sejak 10 bulan lalu selepas gagalnya persidangan meja bulat enam negara mengenai program nuklear Korea Utara, Amerika dan sekutunya turut menguatkan lagi cengkaman ke atas dana Presiden Kim yang didakwa menerima sumbangan AS$500 juta setahun bagi negara itu.

Setiausaha Rendah Amerika Bagi Program Kawalan Senjata, Robert Joseph mendakwa wujudnya 11 entiti Korea Utara termasuk syarikat perdagangan atau bank kewangan, termasuk 6 dari Iran dan satu milik Syria, sudah disenaraikan untuk diawasi di bawah arahan dan ditandatangani Bush sendiri.

Bagaimanapun, pakar Pusat Kajian Kawalan Senjata, Philip Saunders memberi amaran, apa yang dibimbangkan sekarang adalah kesan akibat misi rahsia 13 negara itu. "Serangan tentera semata-mata tidak mungkin dapat memusnahkan keupayaan senjata nuklear Korea Utara. Masalah terbesar dengan tindakan ketenteraan itu adalah bagaimana untuk menghalang serangan balas Pyongyang," katanya.

Dia percaya kira-kira 500,000 juta peluru artileri Pyongyang bakal menghujani Seoul pada hari pertama jika Barat melancarkan serangan itu. "Korea Utara juga boleh melancarkan sehingga 200 roket dan sekurang-kurangnya peluru berpandu Scud dalam serangan balas. Mangsa Amerika dan Korea Selatan adalah termasuk orang awam yang dianggarkan antara 300,000 dan 500,000 pada 90 hari pertama perang itu," katanya. - Agensi
try , Sabtu, Julai 01, 2006 | 1 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

1 ulasan :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog