/

Saman trafik dikenakan atas rakyat biasa sahaja?

Thursday, June 22, 2006
Malaysia Today


Ops Warta IV wajar digantung serta-merta selagi ia tidak dikuatkuasakan sama rata ke atas semua menteri-menteri dan pembesar-pembesar. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz, juga patut ditahan di rumah-rumah mereka kerana tidak menjelaskan saman trafik masing-masing seperti rakyat biasa yang lain.

Amaran pihak polis baru-baru ini: "Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan OPS Warta IV iaitu Operasi Waran Tangkap IV bermula 5/6/2006 hingga 5/8/2006. Polis akan memburu pesalah trafik dari rumah ke rumah untuk menangkap pemandu yang telah dikenakan waran tangkap oleh mahkamah."

Menahan pesalah-pesalah trafik yang tidak tahu-menahu akan kesalahan mereka adalah tidak wajar. Ramai yang ditahan adalah orang biasa dan tiada daripada mereka yang VIP seperti menteri-menteri, sedangkan menteri juga mempunyai saman yang tidak dijelaskan. Hal ini membawa kepada persoalan, adakah polis hanya kuatkuasakan undang-undang ke atas rakyat biasa dan tidak ke atas yang berkuasa dan yang berada.

Diskriminasi oleh PDRM bertentangan dengan Article 8 Perlembagaan Persekutuan, yang memerlukan semua warganegara Malaysia dilayan sama rata di sisi undang-undang.

Selagi para menteri tidak ditahan dan digari seperti rakyat biasa, Ops Warta IV patut digantung. Ini bagi memastikan undang-undang tidak hanya ke atas orang-orang yang tertentu dan yang lainnya berada di atas undang-undang.

Seperkara lagi, ramai yang tidak tahu mereka telah dikenakan saman, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Abdullah hanya tahu apabila didedahkan bahawa dia mempunyai 11 saman kerana kesalahan memandu laju, menghalang trafik dan kesalahan meletak kereta. Jumlah samannya RM3,300, tetapi telah diberi diskaun oleh polis, menjadikan jumlahnya RM1,000.

Lain-lain VIP yang belum menjelaskan saman mereka ialah Datuk Sri Rafidah Aziz dan Menteri Belia dan Sukan, Azalina Othman. Azalina mempunyai 28 saman bagi kesalahan trafik dalam empat tahun yang lalu, semuanya kesalahan pandu laju kecuali dua saman. Jumlah saman RM8,400, tetapi polis bermurahati memberi diskaun RM4,550 atau 55%, dia hanya perlu bayar RM3,850.

Menteri-menteri tidak pun merayu untuk dapatkan diskaun tetapi mereka diberikan juga. Oleh itu, layanan yang sama patut diberikan kepada rakyat biasa.

Rafidah mendapat 10 saman dan jumlah samannya RM3,000, tetapi dia hanya perlu bayar RM1,180 selepas diskaun sebanyak RM 1,820 atau 61%.

Para menteri tidak boleh disalahkan sepenuhnya kerana saman yang dikenakan tidak dimaklumkan kepada pesalah. Ada juga yang tidak tahu mereka telah melakukan kesalahan. Ini hanya menunjukkan tidak sahihnya dan tidak efisiennya komputer dan sistem saman trafik polis.

Malah, pengarah Police Internal Security and Public Order, Mustafa Abdullah mengakui bahawa mungkin terdapat kesilapan dalam sistem komputer polis yang mengesan saman trafik. Dia mengaku menerima saman tetapi tidak tahu mengenainya, namun rekod mengatakan dia telah melakukan kesalahan. Inilah masalah yang sering dihadapi.

Sehingga polis membetulkan kesilapan komputer dan kesalahan tersebut, adalah tidak adil untuk meneruskan Ops Warta kerana ia akan hanya menganiaya pengguna jalan raya yang tidak bersalah.
try , Khamis, Jun 22, 2006 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog