/

Bubarkan institusi agama, mansuhkan jawatan mufti

 




Beautiful Soul ~Jesse McCartney~
Originally uploaded by Infinity Rain.


Oleh Abu Bakar Rahman
Harakahdaily

Bubarkan sahaja institusi agama Islam di dalam kerajaan dam mansuhkan jawatan mufti di semua negeri yang dikuasai Barisan Nasional jika kerajaan tidak mahu mengambilkira dan menghormati pandangan mufti-mufti dan pihak berkuasa agama.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menyarankan perkara itu ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahu program rumah terbuka dan kongsi raya diteruskan kerana ia adalah acara sosial yang diterima baik masyarakat pelbagai kaum dan bukan upacara keagamaan yang boleh menggugat keimanan.

Sambil menjadikan acara di Sabah sebagai contoh, Abdullah berkata tarian, pementasan dan adat resam yang berhubung kait dengan kepercayaan seperti semangat padi juga bukan sesuatu yang boleh menggoncang keimanan seseorang.

"Itulah pendirian kerajaan dan ia seharusnya tidak dijadikan polemik kerana boleh menimbulkan pelbagai tanggapan yang akan mewujudkan keadaan tidak menentu," kata Perdana Menteri.

Idris menolak pandangan Perdana Menteri itu dan mempersoalkan apakah kelayakan dan atas kapasiti apa di sisi Islam yang membolehkan beliau membuat kenyataan bahawa perayaan-perayaan itu hanya acara sosial dan bukan upacara keagamaan yang boleh menggugat keimanan.

PM angkuh dan bongkak

"Persoalan di sini bukan soal sama ada kita boleh hadir atau tidak hadir, tetapi apa yang lebih berbahaya ialah sikap angkuh dan bongkak Perdana Menteri yang membuat pandangan berdasarkan agakannnya sendiri sahaja tanpa menunjukkan pihak berkuasa Islam yang manakah yang menjadi rujukan beliau," kata beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS.

Idris mengecam kegelojohan Abdullah membuat kenyataan sedangkan sebelum ini Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan bersedia menimbang saranan Muzakarah Ulama 2006 untuk mengkaji semula amalan kongsi raya dan rumah terbuka bagi memastikan ia tidak bercanggah dengan hukum Syarak.

"Kenyataan Abdullah itu hakikatnya menunjukkan perangai bongkak dan angkuh seolah-olah beliau layak dan mempunyai kewibawaan untuk membuat keputusan dalam soal agama Islam dan ini bukan kali pertama Abdullah bertindak mencabar pihak berkuasa agama," kata beliau.

Antaranya, kata beliau, ialah apabila Abdullah begitu berang dengan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menahan 53 orang termasuk 31 orang di bawah Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 pada 10 Jun 2000.

Hasil penentangan Abdullah itu, pada 28 Jun tahun yang sama, kerajaan Selangor mengaku Jais telah melakukan kesilapan ketika menahan 31 orang kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 berikutan pemeriksaan Jais di Restoran The Ship, China Town Nite Club dan LC Pub & Cafe.

Penentangan Abdullah itu juga membantu kesemua 31 yang ditahan itu bersama 22 orang yang lain di mana mereka tidak didakwa atau dihadapkan ke Mahkamah Syariah.

Dalam operasi Jais itu, sebanyak 53 tangkapan dibuat iaitu 30 lelaki dan 23 wanita termasuk penyanyi Azlina Abbas.

Mengulas lanjut sikap Abdullah itu, Idris berkata, tindak-tanduk Abdullah sejak dahulu lagi jelas membuktikan beliau tidak menghormati pihak berkuasa agama dan tidak menghormati ulama.

"Abdullah jelas tidak menghormati dan menghina pihak berkuasa agama yang membuat keputusan itu sedangkan mereka bukan ulama PAS.

"Para mufti dijatuhkan taraf mereka oleh kerajaan Abdullah dan dihina seolah-olah mereka adalah singa tua yang tidak ada gusi," kata beliau.
Idris juga menggesa para mufti mempertahankan maruah dan harga diri mereka dan bersikap tegas dengan keputusan yang dibuat berdasarkan hujjah yang sahih di sisi Islam.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Muzakarah Ulama 2006, Datuk Seri Harussani Zakaria mahu kerajaan mengkaji semula amalan kongsi raya dan rumah terbuka bagi memastikan tidak bercanggah dengan hukum Syarak.

Rosak akidah, syirik

Kajian itu dikatakan perlu kerana Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sudah membuat keputusan bahawa meraikan perayaan agama lain adalah merosakkan akidah dan boleh menjurus kepada perbuatan syirik.

Bagaimanapun, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim kelmarin ketika mengulas perkara itu, berkata pihaknya akan meneruskan penganjuran program itu seperti yang dilaksanakan sejak beberapa tahun lalu.

Rais berkata, sebelum ada keputusan rasmi berhubung isu itu daripada badan agama yang bertauliah seperti Institut Kefahaman Islam (IKIM), Jabatan Kemajuan Islam (Jakim), Majlis Fatwa dan Majlis Raja-Raja supaya acara rumah terbuka diteruskan.

Sementara itu, di Ipoh, Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata adalah tidak salah bagi orang Islam hadir pada majlis perayaan agama lain yang dianjurkan jiran atau rakan bukan Islam sebagai tanda persahabatan, perpaduan atau muhibah tetapi tidak dibenarkan untuk bersama-sama merayakannya atau menganjurkan majlis berkenaan.

Menjelaskan dengan lebih lanjut, beliau berkata, adalah menjadi kesalahan apabila orang Islam sendiri yang begitu beria-ria meraikannya seperti memberi hadiah atau memakai pakaian baru merayakan perayaan agama lain.

"Pada zaman permulaan Islam, ada umat Islam yang merayakan perayaan Gahambas daripada fahaman Zoroastrisme kerana ia sudah menjadi amalan masyarakat Arab Jahiliah ketika itu.

"Zoroastrisme adalah agama menyembah api yang berasal dari Parsi dan tersebar luas sehingga Tanah Arab sejak 2,000 tahun lalu.

"Berikutan itu, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bahawa umat Islam ada perayaannya iaitu Aidilfitri dan Aidiladha yang mesti disambut, bukannya perayaan agama lain," katanya ketika menjadi tetamu rancangan Soal-Jawab Agama Radio Perak FM pagi Jumaat lalu. - mks.

Pada masa ini, kakitangan kerajaan yang beragama Islam adalah antara pihak yang memainkan peranan penting menganjurkan perayaan-perayaan agama lain

try , Isnin, Jun 19, 2006 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog