2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Tipah Tertipu Bang - Episod 2/4

"Wah... nampaknya Cik Intan kita ni nak ada pembantu baru ye. Lepas ni kalau masih tak ada masa nak berbual dengan kita, aku tak tahulah nak cakap macam mana lagi.." kata Farah sahabat karibku.

"Iye ke?! Baru nak bagi?? Aku mintak tahun lepas, tahun ni baru dapat??"

"Oi! Cik adik.. bersyukurlah sikit. Mujur orang tua tu nak bagi.. kalau tak bagi langsung baru kau tahu!"

"Yelah.. yelah. Nanti aku say thanks lah kat dia. Dah interview ke? Kenapa tak panggil aku?"

"Dah semalam, kau kan pergi discussion kat Setapak?"

"Em... lupa lak. Ok ke orangnya? Boleh buat kerja ke?"

"So far.. so good.. aku dah test dah.. dia boleh draw, berkeyakinan bila buat presentation dan yang paling penting.. dia handsome!!" jelas Farah panjang lebar.

"Handsome??? Lelaki ke?? Aku nak perempuan lah."

"Banyak pulak cekadak budak nih! Orang dah pilihkan tu.. terima kasih pun tidak.. banyak pulak dia punya complaint!" Farah menjelingku.

"Sorrylah.. Pn. Farah oii.. thanks sebab bagi pakwe handsome tolong aku.. thank you the very-very dewberry, strawberry, blueberry and the bery-bery."

"Small matter!" jawab Farah ringkas sambil tersenyum puas.. lantas bingkas bangun menuju tempat duduknya .

"Eh! Farah.. bila pakwe handsome aku tu nak start kerja? Aku dah tak sabar nak membuli nih!"

"Ait!! Tak sabar pulak? Next week.." jawab Farah..

Aku kembali ke tempat dudukku. Kembali seperti sedia kala. Nampaknya kerja-kerja yang menimbun ni taklah aku uruskan sendirian. Siaplah kau junior ku. nanti kau tahulah siapa aku sebenarnya. Ini Intan Shahira.. darah keturunan Tun Teja.. hehehehe lebih-lebih pulak. Aku tersenyum sendirian. Tiba-tiba! Berkumandang lagu 'all the thing she said' -tatu- Samsung true eye ku menjerit minta diangkat.. em.. potong stim betullah!! Ops!! Ma la. Apa lagilah mak aku nih. mesti nak suruh balik kampung lagi.

Aduuuh. Sudah ku jangkakan.. kononnya ada something nice for me. Nak tak nak aku terpaksa balik kampung jugak hujung minggu ni. ala.. balik lagi!!!!

***

Minggu seterusnya di pejabat.

"Apa yang special ma kau nak bagi Intan? Cincin lagi ke?" tanya Farah..

"Em.. pandai pun kau!" jawabku ringkas.

"Abih kau reject kan jugak ke?"

A ku senyum, senyuman yang Farah memang faham maksudnya. "Terima sajalah.. kau ni memilih sangat la.. kau ada tunggu someone special ke? Atau kau tunggu Sultan Selangor yang baru tu pinang kau?" Farah menyindir.. ish.. budak Farah nih karang!!

"A'ah.. dia dah janji nak pinang aku, tu yang aku tunggu tuuu!!" jawabku lantas menuju ke kitchen office untuk bancuh milo sekaligus membiarkan Farah tersenyum sendirian.

Aku kembali semula bersama segelas milo panas. Dari jauh ku lihat Farah sedang berbual dengan seorang lelaki yang membelakangiku. Em.. pembantuku barangkali. Perlahan aku menghampiri mereka....

"Ok! Let me introduce you, this is Intan Shahira, you punya boss."

Terpandang sahaja wajah lelaki itu, jantungku bagai nak gugur dari tangkainya. Tanganku hilang kekuatan lantas gelas yg masih berada di genggaman hampir terlepas. Nasib baik sempat kawal, kalau tak buat malu kaum jerk!. Mataku masih terpaku melihat wajah itu. ah!! Hatiku bergetar lagi! Jantung berdegup kencang. Kurang asam punya Farah!! Apasal budak ni jugak yang kau pilih?? Takkanlah aku nak jadik boss dia? Aku tenggelam dalam gelodak perasaan. Gembira! Suka! Sedih! Kecewa! Geram! Sayang! Cinta! Benci! Datang silih berganti!

"Hello.. hello you all ni dah lama kenal ke? Atau ex boyfriend you Intan?" tegur Farah.

Aku tersentak!! "Ops! Sorry.. kawan sekampunglah.. this is so.. surprising!!"

"Cik Ira apa khabar?"

Panggil aku 'cik' lah pulak.. "Ira sihat alhamdullilah.. Amir pula?" Aku cover gelabah.

"Alhamdullilah sihat."

"Wait.. wait.. you all ni macam tengah bercinta jerk.. cakap penuh dengan sopan santun, tak macam kawan biasa pun?"

"Hey! Shup up Farah.. sorry Mir, budak Farah ni memang gila sikit!"

"It's ok.." jawab Amir sambil tersenyum.

"Farah you tolong bawakan Amir ni jumpa staff yang lain dan tunjukkan tempat duduknya," pinta ku.

"Eh! Youkan boss dia, youlah bawak.."

Ala Farah ni pulakkkk. "Boleh.. but not now, I kene jumpa En Hafiz ni."

"Ok.. but! Lunch nanti kau belanja aku makan."

Banyak pulak cekadak si Farah nih!! "Jadik.. So! Mir.. you ikut Farah ok, Ira nak pergi mengadap big boss kejap."

"Ok thanks.." katanya tersenyum..

Aduhh. Senyuman itulah yang buat aku terasa macam nak pengsan. Amir.. mengapa kau muncul lagi??!! Mengapa kau datang lagi? Tak cukup lagikah kelukaan yang lepas? Entah begaimana pula untuk aku berdepan dengan kenyataan ini? Kehadiran Amir sudah cukup membuat aku gementar dan terkeliru. Amir kini betul-betul berada di depan mataku.

Untuk jangka masa terdekat ini, mungkin aku boleh sorok segalanya, tapi untuk jangka masa panjang?!! Bagaimana untuk aku sembunyikan gelodak perasaan yang semakin meribut ni? bagaimana pula dengan belenggu yang kian mencengkam jiwa ini? Ah!!! Tidak!!!!

Hatiku semakin gentar tatkala Amir datang menemuiku untuk berbincang mengenai kerja. Aku takut untuk menjawab soalannya yang berbau personal. Aku juga takut untuk bertanya mengenai kehidupannya juga hatinya.

Tapi segala telah terjawab sewaktu NAZIRA datang mencari Amir di pejabat. Dari jauh aku lihat Amir begitu mesra dengannya. Ah.. Amir!! Tak ku nafikan hatiku terbakar melihat kemesraan itu. senyuman yang terukir di bibir gadis itu jelas menunjukkan yang dia bahagia. tapi sekurang-kurangnya aku tahu Amir kini bahagia dan aku masih lagi menanti saat kemusnahan cinta itu. datanglah! Lucutkanlah cincin dari jariku ini

Bersambung.....................

try , Jumaat, Mac 03, 2006 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog