2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Idlal Amnah….. Episod 3/5

"Kau masih nak teruskan hubungan dengan Zam?"
Ain mengangguk. Firdaus sedikit kesal.
"Kau....Kau...."
"Dahlah tu, Achik. Kalau tak kerana abang Zam yang nak terima Ain macam ni sapa lagi? Achik juga yang kata, Abang Zam kena bertanggungjawab atas apa yang dia buat pada Ain."
"Ain...."
"Ain tahu Achik sayangkan Ain, lepas ni takleh lah Ain nak bodek Achik macam dulu lagi. Kita dah tak boleh naik 'bike' sama-sama, kan?. Ain...Ain dah jadi cacat. Dah tak segagah dulu."
Ain ketawa, sebak di dada cuba disembunyikan.
"Parut ni pulak, entah bila boleh hilang. Ain dah tak macam dulu lagi, Chik."

Parut yang melingkar di pipinya diusap perlahan. Ada getaran dijung jarinya. Ain mulai sebak. Airmata mulai bergenang. Turut mengundang sebak di dada Firdaus.

"Achik sanggup beli apa saja untuk Ain. Achik sayang Ain."
"Ain tahu, dari dulu lagi Ain tahu Achik sayang Ain. Sekarang semua orang pun dah sayang Ain. Tapi Achik yang lebih dulu sayang Ain, kan?"
Ain ketawa, namun kali ini airmatanya gugur di depan Firdaus.
"Ain dah tak boleh jalan macam dulu, Chik."
"Ain...."
Firdaus memandang keluar tingkap bilik. Cuba mengundang sebak. Dadanya sebak.
"Abah dapat tawaran ke Jepun. Insyaallah kalau tak ada aral melintang, keluarga Achik akan berangkat ke sana lusa. Ain hantar Achik ya."
"Achik...Achik.....Macammana Achik nak hantar Ain, Achik tengoklah...."
Ain mengusap pehanya yang berbungkus dengan lembut. Kata-kata Ain mati disitu, tatkal Firdaus memeluknya kemas.
"Ain mesti datang, Achik balik dulu."
Ain memandang lesu, masih terkejut dengan pelakuan Firdaus sebentar tadi.
"Alangkah baiknya kalau Abang Zam sayangkan Ain macam Achik sayangkan Ain."
Satu keluhan terdetik di hati Ain. Seketika kemudian, Afiq masuk ke bilik Ain.
"Kenapa Achik tu? Sedih je abang tengok. Haa.....Ada apa-apa ke adik abang dengan Achik tu."
"Takdelah. Abang, Ain nak keluar. Tapi....Abang tengoklah ni."
Afiq memandang sayu, dihampiri katil Ain perlahan.
"Mari abang dukung ya. Ain beritahu mana Ain nak pergi, abang boleh bawak tau?"
"Tak malu ke abang? Ain dengan abang...."
"Ain, kan umi dah beritahu Ain ni adik abang. Abang dan Ain satu susuan. Umi pernah susukan Ain masa Ain bayi tau."
"Ain lupalah, bang."
Ain cuba ketawa. Namun, entah kenapa dia tiba-tiba bersedih. Airmatanya gugur.
"Kenapa ni?"
"Kenapa sebelum ni abang, umi dan kak Lia tak balik ambil Ain?"
Afiq terkejut.
"Bukan Umi tak nak ambik, Amnah. Tapi...Datuk Karim dah hantar orang untuk musnahkan hidup Umi bersama anak-anak umi. Umi pernah balik, tapi macam-macam hal berlaku masa tu. Malah Datuk sendiri arahkan orang agar memberi amaran pada umi untuk jauhkan diri dari Amnah. Selama ni, Abang Afiqlah yang umi harapkan jaga Amnah. Abang Afiq pernah datang rumah Amnah lepas abah Amnah meninggal. Tapi masa tu abang Afiq takut nak beritahu Amnah lagi. Amnah terlalu bersedih."
Kalsom memeluk Ain, diciumnya gadis itu berkali-kali.
"Sayang anak umi, lepas ni umi janji umi takkan tinggalkan Amnah lagi."
Masing-masing deselubungi kesepian.
"Ain nak keluar, nak hirup udara segar. Abang kata nak dukung Ain."
Afiq terus mengangkat tubuh Ain perlahan-lahan.
"Berat jugak Ain ni ya. Hii, mati abang nak bawa Ain jalan lama-lama nanti."
"Afiq...."
Kalsom menegur. Ain ketawa riang.

* * *


"Ain mintak maaf kalau sebelum ni, Ain ada buat kesalahan pada Achik sekeluarga."
Ucap Ain perlahan, rasa sayu menyelubungi dadanya.
"Tak pernah, sayang."

Puan Zaini memeluk Ain yang setia di kerusi rodanya. Kemudian diciumnya Ain berkali-kali. Ain mencium tangan Encik Lotfi, kemudian seorang demi seorang adik-adik Firdaus datang memeluk Ain. Akhir sekali mereka semua membiarkan Firdaus bersendirian dengan Ain.

"Achik harap Ain bahagia. Achik akan poskan surat buat Ain sentiasa. Achik sayangkan Ain."
Firdaus memegang tangan Ain, diletakkan sebungkus hadiah berbalut kemas di dalam genggaman Ain.

"Achik....Jangan lupakan Ain ya."
"Achik takkan lupa tentang Ain."
"Nanti tak bolehlah Ain nak bermanja-manja dengan Achik cam dulu. Masa Ain kahwin nanti...."
Suasana menjadi senyap.
"Achik tak boleh pulang masa tu Ain. Achik tak sanggup."
"Tapi sekurang-kurangnya...Achik hantarlah berita tentang Achik dan keluarga kat sana ya. Ain pasti rindukan mereka semua."
"Ain....Nanti masa konvo kalau Achik tak balik, Ain ambilkan transkrip Achik dan poskan untuk Achik ya."
"Insyaallah, Chik. Itupun kalau Ain pergi. Ain segan nak berdepan dengan keadaan macam ni."
"Ain....Pandang Achik, Ain tak pernah kurang apa-apa. Cuma mungkin masa ni Ain tak bernasib baik."
"Ain ni agaknya memang bernasib malang, kan."
Airmatanya menitis.
"Hei....Kenapa ni?! Bukan Ain bernasib malang, cuma kurang baik je."
"Samalah tu."
"Achik!!! Cepat!!"
Panggilan Fatin kembali membisukan mereka.
"Sayang Achik nak tinggalkan Ain."
"Achik...."
Ain menghulurkan sebuah album.
"Ingat lagi tak?! Sampai kat sana nanti Achik bukaklah. Achik pernah beritahu Ain dulu, Achik takde gambar kiter masa kat kampus dulu. Ain dah kumpul semua gambar sejak kita kenal hingga Ain jadi begini."
Firdaus terdiam. Ain dipandangnya, hatinya jadi sebak.
"Jangan nangis, Chik. Tak malu orang tengok."
"Mana ada?! Cuma terharu je."
Masing-masing tersenyum.
"O.k Achik pergi dulu."
Pantas Ain mencapai tangan Achik dan menciumnya.
"Jaga diri baik-baik, Ain dah macam adik Achik tau. Ain penting dalam hidup Achik, insyaallah...Hari ini dan selama-lamanya, sayang"

Ain cuba bergurau. Tanpa diseka-seka, Firdaus memeluk Ain. Erat. Kemudian Firdaus berlalu sepi. Malu dengan perbuatannya di luar kawalan. Ain masih terkejut, Firdaus berlalu tanpa berpaling lagi.

Ok... To be continued lagi

try , Ahad, Januari 01, 2006 | 1 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

1 ulasan :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog