2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Idlal Amnah….. Episod 4/5 (Pre-final)

"Uncle?! Apa uncle buat kat sini?"
Firdaus terkejut dengan teguran seorang anak gadis kecil.
"Saya Natasha, jom masuk uncle."
"Takpelah, dah lama ke Natasha dan keluarga pindah ke sini?"
"Memang Tasha duduk sini. Mama ajak Tasha pulang ke sini. Ini rumah arwah Datuk Tasya."

Datuk?! Firdaus cuba mengingat kembali, ini rumah peninggalan orang tua Ain. Hatinya kuat meronta untuk mengetahui siapa mama Natasha.
"Siapa abah Tasya?!"
"Entah!"
"Natasha!! Natasha!! Masuk sini, sayang. Panas kat luar tu."
Satu suara yang cukup dikenali oleh Firdaus.
"Kejap mama! Tasha dapat kawan baru."
"Ajak kawan tu masuk!! Main kat dalam."

Terdengar jeritan mama Natasha dari dalam rumah. Natasha mengamit tangan Firdaus, lantas menariknya ke dalam rumah. Firdaus hanya akur, hatinya melonjak-lonjak untuk mengetahui siapakah mama Natasha.

'Mungkinkan dia sedang berbahagia sekarang?'

Firdaus tergamam melihat keadaan rumah yang masih sepeti kali terakhir dia melangkah keluar dari ruma ini. Namun kesepian rumah tersebut meragut kecantikan hiasan rumah tersebut. Mungkinkah pemiliknya masih insan yang di rinduinya. Ataupun insan lain.

"Mana mama ni?! Tadi panggil Tasha. Kejap uncle ya. Uncle nak minum apa?"
"Hah?! Masuk pun kamu. Kata tadi nak ajak kawan main kat dalam. Mana kawannya?!"
"Tuu..."

Mulutnya dijuihkan kepada Firdaus yang tercegat di sisi ruang tamu, masih terpinga-pinga.

"Hmm....Kawan ke? Pakwe ni?"
"Mama ni?!"
Natasha mencebik dengan sikap mamanya yang suka mengusik.
"Nanti papa Afiq datang ambil Tasha, dia nak ajak Tasha main-main petang ni."
"Mama tak pergi?!"
"Mama nak pergi macammana? Nak suruh mama tersangkut dengan kerusi roda ni lagi ke? Lepas tu Tasya gelakkan mama macam dulu tu."
Natasha menekup mulut menahan tawanya, pipi mamanya dicium lembut. Firdaus memandang dari jauh, kelibat seorang wanita dengan kerusi rodanya. Serta merta ingatan Firdaus teringatkan tentang Ain. Sayup-sayup Firdaus mendengar perbualan gadis kecil yang dipanggil Natasha dengan mamanya.

"Tapi....Mama selalu tak pergi, kenapa mama Tasya tak macam orang lain. Kawan-kawan Tasha semua mama diorang yang ajak jalan-jalan. Tapi mama Tasha."
"Natasha...Tak baik kata mam macam tu!"
Entah mengapa hati Firdaus terasa dengan kata-kata Natasha.
"Achik?!!"

Ain terkejut dengan teguran dari Firdaus, Natasha berlalu meluru ke bilik, dengan perasaan serba salah kerana ditegur oleh Firdaus. Ain turut terkejut dengan teguran Firdaus yang tidak semena-mena.

"Bila Achik balik?!!"
Ain terkejut, pemuda itu ditenung sambil terkejut gembira. Lelaki yang amat dirindui selama ini.
"Pagi tadi."
"Baru sampai, terus Achik ke sini. Achik rindukan Ain ya."
"Achik tak pernah berhenti rindukan Ain tau."
"Mana Zam?!"
"Achik tak tahu ke?"
"Tahu apa?!"
"Abang Zam lari sebelum hari perkahwinan. Ain tak jadi berkahwin, Ain sedarsiapa Ain. Dah macam beban pulak."
Ain masih boleh tersenyum. Ain tidak pernah berubah.
"Habis?!"
Firdaus terkejut. Teringat dia pada si kecil Natasha.
"Natasha? Dia tu anak angkat Ain. Ain ambil dia sejak dia masih bayi lagi."
"Kenapa tak beritahu Achik?!"
"Achik tak pernah tanya."
Firdaus ketawa.
"Kenapa ketawa pulak ni?"
"Iyalah, Ain tak pernah berubah."
"Isy!! Apa tak berubahnya, ni!"
Ain mengusap lembut kakinya yang kaku.
"Itu lain, tapi bagi Achik Ain tetap sama."
"Achik dah kahwin ke? Dah berapa orang anak?!"
"Sepuluh. Lepas tu mak dia ada 3. Seorang dah curang. Ikut jantan lain."
Ain terkejut.
"Sampai macam tu sekali."
"Uncle ni playboy ya."

Natasha yang mendengar perbualan mereka di balik pintu menjadi tertarik dengan cerita Firdaus. Perlahan-lahan dia keluar dari biliknya, hilang segala rajuknya. Kemudian Firdaus dan Ain dihampiri. Natasha mengambil tempat di atas ribaan Ain. Ain berkerut sakit, namun Natasha tetap dipangkunya.

"Mari Tasha duduk sini. Kesian mama tu."
Firdaus mendukung Natasha dari ribaan Ain, kemudian dipangku ke ribanya.
"Anak kucing lah ni."
"Uncle tipu Mama."
Natasha ketawa sambil menutup mulut.
"Ooo....Ketawakan mama ya."
Natasha terdiam dengan teguran Firdaus. Melihatkan reaksi Natasha, Firdaus ketawa, begitu juga Ain. Mereka berbual panjang dengan ditemani oleh Natasha.

"Ain....Petang ni kita keluar, nak?"
"Jomlah, mama."
"Hmm....Tak malu ke bawak Ain macam ni."
"Nak malu apa? Lama tak keluar sama-sama, kan."
"Malaslah, nanti menyusahkan Achik lak."
"Tak pernah susah, Ain."
"Mama kan boleh jalan guna tongkat kepit tu. Marilah mama."
"Betul ke?"
Ain mengangguk.
"Ain buat rawatan terapi. Doktor kata kaki ni boleh berfungsi, tapi kena usaha lebih sikit. Maklumlah, masa accident dulu tu hanya luka kecil je kat tulang belakang."
"Baguslah tu. Nanti Achik boleh temankan Ain pergi terapi hari-hari. Achik dah kerja kat sini tau."
"Hee.... Bestnya, macam zaman muda-muda dulu je. Tak susahkan Achik ke?"
"Mana nak susah, Ain tak pernah susahkan Achik tau."
Petang itu mereka sama-sama keluar. Firdaus membantu Ain masuk ke kereta.
"Achik tolong ya."
"Takpelah, achik. Segan pulak Ain, Achik bukannya muhrim Ain. Tapi senang-senang plak nak pegang Ain ya."

AIn mengusik, dia mulai rasa segan dengan Firdaus. Tanpa menunggu jawapan seterusnya Firdaus mengangkat Ain ke kereta, kerusi roda dilipat dan diletakkan di bonet.

"Kesian mama Tasya."
Satu ciuman hinggap di pipi Ain.
"Kita beli KFC nak?!"
"Nak!"
Natasha terus mengiakan pertanyaan Firdaus.
"Malam ni tidur kat mana?!"
"Hotel kot."
"Hmm....Tidur rumah Ain jelah, lagipun abang Afiq pun tidur kat rumah malam ni. Mak Pah pun ada."
"Jomlah uncle. Tidur bilik Tasya, boleh cerita kat Tasya."
"Isy! 'Anak dara' ni ada ke ajak Uncle masuk bilik. Tak malu."
Usik Ain.
"Tadi Tasya merajuk, kan."
Firdaus menyambung usikan Ain.
"Tasya ni mana pandai merajuk, Achik. Merajuk pun sekejap, kalau takde orang pujuk tak lebih 2 minit dah keluar semula."
"Macam mama dialah ni."
Mereka sampai ke KFC.
"Kita makan kat pantai jelah."
"O.k jugak tu, tikar spare dah ada kat bonet. Tapi....susah sikitlah Achik."
"Apa susahnya!"
"Kerusi mama tak kalis pasir."
"Tasya!"
Ain menegur anak gadisnya yang mulai berceloteh dengan Firdaus.
"Uncle tahu tak?! Masa pergi berkelah ngan papa Afiq, roda kat kerusi mama tertimbus pasir. Kesian papa Afiq kena angkat mama. Uncle bayangkanlah sepanjang nak pergi ke tempat perkelahan tu papa Afiq kena dukung mama. Macam budak-budak."
Firdaus tergelak besar. Begitu juga Natasha. Ain menarik muka masam. Geram.
"Uncle nak beli makanan, Tasya nak ikut ke?"
"Tak payah ajak dia Achik. Nanti habis semua 'course meal' dia nak borong."
"Jom!! Uncle belanja."
"Achik..."
"Mama nak makan apa?"
"Uncle tahu mama nak makan apa, Tasha."

Firdaus memimpin Natasha masuk ke KFC, sementara Ain menanti di dalam kereta. Seketika kemudian.

"Mama!! Mama!!"
Panggilan Natasha mengejutkan Ain, Firdaus memimpinnya ke kereta.
"Tasya dapat mainan baru. Seronoknya. Ini untuk mama! Uncle kata mama pun suka mainan 'course meal'. Ooh....Patutlah Uncle Afiq selalu beli 2 set 'course meal'. Mama pun suka yea."
"Tasya ni cakap banyaklah, tak padan dengan tuannya."
"Mama...."

Natasha menjengilkan mata kepada Ain. Firdaus ketawa. Sesampainya di pantai. Natasha berlari mencari tempat. Sementara Firdaus mengeluarkan kerusi roda Ain dari dalam bonet.

"Tak payah keluarkan kerusi roda mama tu, Uncle!!!"
"Kenapa pulak?!"
Firdaus hairan.
"Dia tak mahu tengok roda dia tertimbus dalam pasirlah tu. Isy! Budak ni."
"Betul jugak kata Tasha tu."
"Achik pergilah layan Tasha tu, biar Ain tunggu dalam kereta je."
"Uncle!!! Mama!!! Cepatlah! Duduk sini!!"
Natasha riuh memanggil.
"Jom!!!"

Spontan Firdaus mendukung Ain mendapatkan Natasha. Sebaik tiba di atas tikar. Natasha tersipu-sipu tersenyum, mengusik Ain dan Firdaus.

"Kan best kalau uncle jadi papa Tasha."
Kesian Natasha, anaknya tidak pernah merasai belaian seorang ayah.
"Alah! Mama Tasha jual mahal, bukan dia nak orang macam uncle ni."
"Itu dululah, Achik."
"Sekarang??"
Achik memohon jawapan dari Ain.
"Sekarang dengan dulu sama je."
"Uncle....Dulu uncle satu kelas dengan mama kan. Mesti masa tu mama banyak sangat jalan, kan? Sampaikan sekarang dah tak boleh jalan."
Ain terkejut dengan ulasan Natasha. Firdaus ketawa.
"Janganlah ketawa, uncle. Tasha cakap betul. Kalau kita banyak sangat jalan masa sekarang. Nanti...Jadi macam mama, sekarang mama dah nak jalan semula tau. Sebab mama dah lama tak jalan. Tasha selalu temankan mama gi hospital. Tasha tahu satu hari nanti mama akan boleh berjalan balik. Tasha nak lumba lari dengan mama."
Ain terharu, amat tinggi harapan anak gadisnya itu.
"Pandailah Tasha ni, nanti besar Tasha nak jadi apa?"
"Jadi aper, ma?! Kalau orang salah kita tangkap lepas tu kita pakai rambut putih tu. Tasha lupalah. Macam papa Afiq tu."
"Lawyer?!"
"Ha....Tasha nak jadi itulah!"
"Jadi apa?!"
Firdaus mengusik.
"Jadi itulah yang uncle sebut tadi tu."
"Cuba sebut kat uncle ni."
Natasha mencebik, kemudian bangun berbisik pada Ain.
"Tak baik bisik-bisik tau."
"Ikut Tasha lah, mulut Tasha."
"Eh! Eh! Anak dara ni, melawan ye. Tasha tau tak dulu mama Tasha pun macam ni tau. Uncle cakap satu je, tapi mama balas berderet-deret. Sampai kelu lidah uncle nak menjawab."
"Mama cakap banyak masa dulu ya.. Nasib sekarang mama boleh cakap. Kalau tak mesti Tasha sunyi. Sebab takde orang nak cakap dengan Tasha."
"Papa ada!"
Firdaus menjawab. Natasha terdiam, begitu juga Ain.
"Boleh ke, mama?!"
"Achik...Jangan mainkan Tasha."
"Betul, biar Achik jadi papa Tasha. Tak naklah jadi uncle. Nanti Tasha 'Jadi itulah'. Boleh jaga papa nga mama sekali..."
Firdaus menyakat Tasha.
"Uncle....Mama tengoklah Uncle ni. DIa mainkan Tasha. Dia kata kata Tasha nak 'Jadi itulah'. Tasha nak jadi cam papa Afiq. Apa ma?"
"Bukan uncle lah, sayang. Papa..."
FIrdaus menarik Natasha ke sisinya. DIpeluk dan diciumnya pipi Natasha.
"Oklah! Yahoo, lepas ni Tasha ada papa. Tasha nak bagitahu semua orang yang Tasha ada papa. Tasha sayang papa. "
Natasha memeluk leher Firdaus. Ain mengesat airmata yang bertakung dimatanya.
"Yahoo!!! Papa ada anak yang nak 'Jadi itulah'. Hehehehe...."
Natasha memasamkan muka dengan usikan Firdaus, selepas itu Natasha dan Firdaus terus-terusan berceloteh. Firdaus melayani Natasha dengan baik.
"Jom dah petang ni. Kita balik."
Ain bersuara. Kali ini, Firdaus cuba mengangkat Ain sekali lagi.
"Takpe! Kali ni Ain nak cuba jalan sendiri."
"Boleh ke?"
Ain mengangguk.
"Takpe....Masa terapi pun Ain praktis jalan sendiri. Tasha tengok mama jalan, kan?"
" Tapi, kena pimpinlah."
"O.k! Achik tolong Ain."
Firdaus memimpin Ain perlahan-lahan.
"Mama ni lambatlah!"
"Tasha..."

Ain hanya tersenyum, anak gadisnya sudah banyak keletah. Tak ubah seperti anak dara. Firdaus masih memegang Ain erat. Hampir separuh jalan, Ain mula keletihan.

"Dulu tak macam ni, round bandar pun takpe. Tapi sekarang tengoklah! Mesti malam ni bengkak kaki ni."
"Kenapa tak beritahu dari tadi?!"
"Malas nak beritahu Achik. Nanti Achik tak bagi can Ain nak jalan pulak."
"Sekarang!!! Cepat Tasha bukak pintu kereta."
"Okay, papa!!"

Firdaus mendukung Ain, dan terus berjalan ke kereta. Ain menjerit dengan perbuatan Firdaus.

Continue>>>

try , Ahad, Januari 01, 2006 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog