2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Idlal Amnah….. Episod 2/5


"Atuk paksa Ain!"
"Kenapa Ain ikut."
"Sebab atuk sakit. Mak Usu kata atuk cuma nak tengok Ain kahwin dengan abang Izham. Ain takut...."
Sue manarik Ain ke dalam pelukannya. Terlalu banyak rintangan yang perlu ditanggung oleh teman baiknya itu.
"Achik dah tahu?"
Ain menggeleng.
"Achik sibuk, Milia buat kes lagi."
"Ain....."

    Ain merapatkan diri Sue ke dalam pelukannya. Tangis dihamburkan ke bahu teman baiknya itu. Semalam Ain tertidur dalam kesedihan. Bingkai gambar arwah abah dan mamanya dipeluk erat. Enci Zakri dan Puan Hasnah terkorban dalam perjalanan ketika di Norway. Ketika itu Ain masih baru menuntut di kolej, dalam tahun pertama. Dugaan datang bertimpa-timpa, Datuk Karim menanggung segala kos hidup Ain. Malah Ain lansung tidak mengetahui tentang harta-harta dan surat abahnya. Ketika peguam abahnya datang membacakan wasiat. Ain masih bersedih. Baginya kehidupan semakin kosong.

"Ain.....Achik datang."
Ain terkejut.
"Kau suruh dia datang, Sue?"

Tajam Ain memandang Sue. Sue menggeleng. Ain terus menyembamkan muka ke bantal.

"Ain tak nak jumpa dia."
"Tapi....Dia nak jumpa sangat-sangat dengan kau."
"Takk....Nanti dia tengok keadaan Ain macam ni. Ain tak nak dia syak apa-apa."
"Kau ada hati dekat Achik ya?"

Sue menyakat. Ain pantas bangun mencapai sweater dan tudungnya. Lantas keluar mendapatkan Firdaus. Sebaik Ain melabuhkan punggung di kerusi batu berhampiran Firdaus.

"Milia nak putuskan hubungan, Ain."
Ain tersentak, nyata Firdaus juga mempunyai masalah sendiri.
"Bila?!"
"Tadi dia minta, katanya dia sebenarnya dah ada buah hati. Dia layan Achik sebab dia tak nak Achik 'frust'."

Ain tersenyum, telah lama dia cuba memberitahu status Mila yang sebenarnya pada Firdaus. Namun Firdaus tak pernah mempercayainya, baginya Mila tak mungkin menipunya.

"Sabarlah, Chik. 'Bunga' bukan sekuntum."
"Tapi...Milia lain."
"Apa yang lainnya, Achik?"

Semalaman Ain melayani luahan hati Firdaus, luahan kecewanya dengan sikap aweknya, Milia. Sebaik Ain masuk ke rumah sewanya. Sue masih menanti.

"Achik putus dengan Mila, Sue."
"Kau tak beritahu dia masalah kau."
"Argh! Bukannya penting sangat. Biarlah, masa yang tentukan semua tu."
Tubuh dibaringkan ke tilam.
"Sampai bila kau nak jadi 'pak turut' Achik tu. Bila dia sedih dia cari kau. Tapi kau?!! Bila kau bermasalah, kau cuba jauhi dia. Tak terasa ke kau ni Ain? Luahkan apa yang kau alami tu pada orang sekitar kau. Aku tak sanggup tengok kau ketawa dan ceria. Tapi....Tapi hati kau? Tak sapa tahu dan faham."
"Kau dah jemu dnegan kisah hidup Ain, Sue?! Ain sukar nak percayai orang lain kecuali kau. Ain tak pernah sedih, tak pernah hati ni terasa. Bila Ain luahkan apa yang Ain alami ni pada Syuhairah, hati ni jadi gembira balik. Sebab tu Sue berharga dalam hidup Ain."
Ain memeluk Sue seerat mungkin.

* * *


"Maaflah, Chik. Hari ni ada 'date'!"
"Ngan sape??"
"Pakwe lah, takkan nak date ngan makwe lak. Allo! Cik abang!!! Kita ni normal lagi tau."
Ain mengusik Firdaus dengan gelagatnya.
"Ain...."
"Sorry! Merry!! Sungguh lah kita takleh temankan awaklah."
"Sue! Mehlah nak tumpang pun, sebab Ain pun nak balik rumah sewa jap."
Sebuah Honda BEW 11, menyusur masuk ke dalam kawasan kampus.
"O.k! Achik, Ain chow kit dulu eh...."

Ain dan Sue berlalu masuk keperut kereta Honda berwarna silver yang setia menanti di kawasan kampus. Ain dan Sue melambai mesra pada Firdaus. Tiba-tiba, bedebuk!

"Ain!!!"

Firdaus menahan tawa melihat Ain tersungkur jatuh tersepak benteng di tepi jalan. Seorang lelaki yang segak dengan jeans dan t-shirt Polo keluar mendapatkan Ain. Mesra. Firdaus gelisah dengan kehadiran lelaki itu di sisi Ain. Sue hanya memerhati dengan senyuman. Firdaus berlalu pulang ke rumah. Entah kenapa Firdaus tiba-tiba berubah angin.

"Sue!!!"
Ain sampai ke rumah tika malam makin lewat.
"Dia dah ada makwe."
Ain memeluk Sue. Anehnya Ain bersikap tenang.
"Kau kena beritahu atuk kau, Ain."
"Takk.....Kami akan buat perjanjian minggu depan. Kak Tiha, girlfriend abang Zam akan datang ke sini. Kami akan sama-sama berbincang."
"Masa tu? Kau nak pergi sendiri? Ain?"
Ain mengangguk."
"Baik kau ajak Achik."
"Achik?!!"
"Ya...."

* * *


"Macam mana Zam nak lupakan Tiha? Zam sayangkan Tiha."
Zamri memandang gadis pujaannya yang masih tenang menghadapnya.
"Tapi....Zam tak boleh kecewakan hati keluarga Zam. Hati atuk Zam, dan hati Idlal Amnah. Dia tak salah."
"Memang Amnah tak salah, tapi Zam tak tahu kenapa Zam yang kena beralah dengan atuk. Zam perlukan Tiha."
Fatiha menggeleng kepala, lucu dengan sikap Zamri.
"Tiha tak percaya?! Kalau boleh malam ni juga Zam nak kahwin dengan Tiha."
"Zam....Dengar ni."
Fatiha cuba bertegas. Zamri memandang akur pada Fatiha.
"Sekarang Zam di pertengahan, Tiha tak kisah siapa yang Zam pilih. Asal Zam boleh pilih yang terbaik. Tiha akur dengan keputusan Zam."
"Tiha tak sayangkan Zam?"
"Zam....Tiha tak pernah kata Tiha tak sayangkan Zam. Tiha sayang Zam, tetapi sayang Tiha pada Zam hanyalah sayang seorang kawan. Zam pun tahu, kan?"

Zamri mengangguk. Satu penyeksaan baginya andai Fatiha hilang dari hidupnya. Namun, begitu juga dengan kehadiran Idlal Amnah disisinya. Kedua gadis itu begitu serasi dengan jiwanya. Dia ingin memiliki keduanya. Zamri termenung seketika teringat tentang perbualan telefon bersama Idlal Amnah sejak mereka di tunangkan. Malah tawa, gurauan dan suara Idlal Amnah begitu menyenangkan jiwanya. Begitu juga Fatiha, cara dan perlakuan Fatiha melambangkan kesempurnaan. Malah Fatiha cukup bersopan. Cuma Datuk Karim sahaja yang buta menilai diri Fatiha yang lembut dan cukup sempurna itu. Mungkin kerana mata tua Datuk Karim terlebih tertumpu pada kesempurnaan yang ada pada cucu perempuan tunggalnya, Idlal Amnah.
Fatiha dan Amnah, tiada perbezaan di antara mereka. Malah jika dipandang dari sudut agama sekalipun. Mereka boleh dijadikan contoh. Biarpun Idlal Amnah dikelilingi dengan budaya kampus di tengah-tengah kota. Namun, tak pernah sekalipun Idlal Amnah keluarkan sesuatu yang menyakitkan hati Zamri, begitu juga dari segi berpakaian. Idlal Amnah lebih senang berbaju kurung dan bersederhana.

"Zam....Tiha balik dulu. Zam fikirlah sebaiknya. Lagi 3 hari kita kena temui Idlal Amnah. Tak sabar Tiha nak bertemu dengannya. Mesti dia seorang yang sempurna, kan? Sampaikan Tiha tengok Zam pun boleh khayal tentang Amnah walaupun Zam tengah 'date' dengan Tiha. Tiha pergi dulu, Zam. Assalamualaikum."
Sekuntum senyuman manis di hadiahkan pada Zamri sebelum Fatiha berlalu.
"Waalaikumsalam."

* * *


"Kata tak suka!!! Tapi tengoklah!"
"Achik...."
"Apa Achik..Achik??? Ain buat Achik ni dah tak bermakna lansung untuk Ain ye. Ain ingat Achik ni takde hati perut ke?!"

Firdaus menghempaskan handset ke sofa. Sejak akhir-akhir ini, Firdaus semakin rasa tersisih dengan sikap Ain. Puan Zaini. Dia sendiripun hairan, Firdaus kerap marah-marah, kadang-kadang bukan Puan Zaini saja yang perasan, malah adik-adiknya pun turut sama pelik dengan perangai Firdaus.

"Kenapa Achik tu, bu?"
Fatin bertanya bila terkejut melihat perangai adiknya.
"Entahlah, Ngah. Ibu pun hairan. Sejak akhir-akhir ni pelik benar perangai Achik tu. Angah nak ke mana tu?"
"Dapur jap, bu."
"Tolong ambilkan jus untuk ibu boleh?"
"It's your pleasure, ibu...."

Sebaik Fatin melangkah ke dapur, Puan Zaini mencapai handset Firdaus yang masih tersadai di sofa. Tangannya menilik menu untuk melihat siapa punca amarah Firdaus.

"Bu, air ni."
"Terima kasih, Ngah. Angah, ibu nak tanya sikit."
Fatin duduk disebelah ibunya.
"Achik gaduh ngan Ain ke?"
"Taklah, bu. Mana boleh Achik gaduh ngan Ain tu. Ibu tahu tak, dia ngan Ain tu macam isi dengan kuku tau. Tak boleh berenggang lansung."
"Iyalah, cuba Angah tengok ni. 'Last dialled' nombor Ain kan. Pastu dia marah pun lepas berbual di talian tadi, kan."
"Iyalah bu. Tapi.... Takpelah nanti kalau Angah jumpa Ain, Angah tanyakan ya. Ibu jangan risaulah."
"Ibu bukan apa, Ain tu anak yatim piatu. Tak baik kalau kita sakitkan hati dia. Kita yang berdosa. Lgipun dia tu sebatang kara. Takde sapa yang boleh dia mengadu selain kita, kan."

Fatin mengangguk, memang Fatin akui Puan Zaini cukup berlembut dan menyayangi Ain. Malah kadang-kadang timbul rasa irihati pada Ain bila kedua orang tuanya lebih mendahului Ain. Fatin juga turut menyayangi Ain sebagai adiknya. Malah seluruh ahli keluarganya menyenangi gadis malang itu. Fatin bangun meninggalkan Puan Zaini, hatinya meronta-ronta untuk menjenguk ke bilik Firdaus. Daun pintu yang tidak ditutup rapat membolehkan Fatin menjenguk seketika. Firdaus sedang berteleku di meja tulisnya.

"Kenapa ni, Chik?"
Firdaus mengangkat muka melihat Fatin.
"Achik tak sihat ya?"
Firdaus menggeleng, mukanya diraup beserta satu keluhan lemah.
"Habis?! Gaduh ngan Ain."
"Achik...Achik.....Achik takut kehilangan Ain."

Firdaus meraup barang-barang di atas meja tulisnya dengan kasar. Fatin terkejut. Firdaus benar-benar marah. Fatin menanti reaksi Firdaus seterusnya. Firdaus bangun kasar sambil menyepak barang-barang yang berteraburan dilantai. Kemudian Firdaus terduduk lemah.

"Kenapa pulak Ain nak tinggalkan Achik. Kak Ngah tak faham."
"Memanglah Kak Ngah tak faham!! Lagipun Kak Ngah bukan duduk di tempat Achik. Siapa pun tak faham!!! Malah Achik sendiri pun tak faham!!! Kenapa Achik punyai perasaan begini pada Ain!"

Firdaus ketawa kasar. Ternyata Firdaus seolah-olah orang yang sedang kecewa. Fatin memujuk lagi, ingin mengetahui cerita sebenar tentang Ain.

"Kenapa Firdaus Halimie yang akak kenal boleh jadi selemah ini hanya kerana seorang gadis macam Ain?!"
"Achik bukan lemah, Kak Ngah. Tapi Ain yang lemah. Kenapa dia mesti pertaruhkan hidup dia. Hanya kerana dia hormatkan keluarga atuknya. Yang lansung tiada pertalian darah! Kenapa Achik boleh berkawan dengan orang sebodoh Ain!!"
"Achik!! Listen to me!"
"Apa lagi Achik nak dengar, kak?!! Apa lagi? Ain dah hilang Ain, kerana harta Ain dijadikan taruhan. Achik benci dengar cerita ni dari Sue. Tapi...Tapi...Kenapa Ain masih boleh bereaksi gembira dengan Achik. Kenapa dia tak jauhkan diri dari tunangnya tu. Achik benci bila lihat Ain perbodohkan dirinya sendiri!!!"
Fatin menggeleng.
"Kalau benar Achik ni kawan Ain. Kenapa dia tak kongsi keperitan dan penderitaan yang dia tanggung tu dengan Achik. Siapa Achik di matanya, kak?"
"Bila Ain bertunang?! Akak tak tahu pun. Dan kenapa?!"
"Kak Ngah......Panjang kisah Ain tak kita tahu, kan? Kalau benar Ain nak anggap kita keluarganya, kenapa dia tak luahkan pada Achik, pada ibu atau pada Kak Ngah sendiri. Itu sebab Ain tak anggap kita keluarga dia."
"Jangan cepat menuduh, dik."
"Achik tak menuduh. Tapi Achik kecewa, akak tahu tak? Tiap malam Ain berendam airmata, sedih kenangkan hidupnya, tapi bila dengan Achik dia ketawa riang. Bila jumpa Kak Ngah dia tersenyum manis. Kita tak tau...Kita tak tahu sekarang dia tengah berduka. Tiap kali dia keluar dengan tunangnya, diherdik, dimaki dan macam-macam lagi lelaki keparat tu buat dekat Ain. Tapi Ain tetap keluar dengan dia. Tak pernah serik. Ain buat Achik makin benci pada dia. Hari ni pun Ain keluar dengan Zamri tu."
"Siapa tunang dia tu?"
"Zamri Iskandar! Cucu kepada Datuk Karim."
"Tok!!! Tok!!"
Puan Zaini terjengul di pintu, dengan lelehan airmata.
"Achik, Sue telefon."
"Ibu?!"
"Ibu dah dengar semuanya. Achik jawab call ni dulu."
Firdaus pantas mengambil handsetnya dari tangan Puan Zaini.
"Ya allah!! Binatang punya Zamri!"

Belum sempat dihalang oleh Puan Zaini dan Fatin, Firdaus berlalu meninggalkan rumah dengan kereta Fatin.

* * *


"Binatang!!!"
"Buk!!"
Firdaus melepaskan tumbukan bertubi-tubi pada Zamri.
"Kalau kau nak bunuh Ain! Langkah mayat aku dulu!!!"
"Kau dah silap, tu bukan ....bukan salah aku."
"Bukan salah kepala hotak kau!!!"
"Aku tengok!!! Macam mana kau tampar Ain tadi, lepas tu Ain berlari keluar dari kereta kau. Mata aku tengok macam mana kau buat Ain. Aku tahu dari dulu kau bencikan Ain. Kau mainkan perasaan dia. Binatang apa kau ni hah?!"
"Sabar, Sue...Sabar Sue...."
Liza cuba mententeramkan Suhaliza yang terus meronta menyerang Zamri. Suhaliza terusan meraung.
"Mana Ain?!"
Pertanyaan Firdaus membuatkan Sue terdiam. Hanya Liza yang menjawab.
"Masih kat dalam, dah 2 jam Chik."
"Kalau apa-apa jadi pada Ain, aku bunuh kau!!"

Mereka menanti dengan penuh debaran sehinggalah keluarga Datuk Karim bersama Mak Pah tiba ke hospital.

"Atuk....Zam nak atuk terus terang dengan Zam!! Siapa Amnah dalam keluarga kita!"
"Biadap! Kenapa kau tanya atuk kau macam tu."
Encik Fazli menegur anak sulungnya dengan kasar.
"Memang....Memang Amnah bukan cucu kandung aku!"
"Ya!!! Dari dulu lagi Zam tahu, Amnah anak luar nikah Mak Long Hasnah dengan Pakcik Zakri."
"Pang!!"
Masing-masing terkejut Isabella menampar anak saudaranya.
"Amnah adalah zuriat suci Kak Hasnah dengan Abang Zakri. Kamu jangan memandai. Mak Su tahu hal ni."
"Sudahlah tu, Bella! Betul kata Zamri tu."

Pertelingkahan keluarga Datuk Karim terhenti serta-merta bila pintu bilik kecemasan dibuka. Seorang pesakit dikeluarkan dengan kesan balutan dibahagian kepala, muka dan kedua belah tangannya. Masing-masing menyusur pihak hospital menolak troli Ain ke wad.

"Macam mana kawan saya, doktor?"
"Maaf, dik. Kawan adik mungkin alami kecederaan parah pada mukanya. Dan....besar kemungkinan dia akan lumpuh."
"Ya allah! Kenapa kau timpakan bala ni pada Ain?"
Sue teresak di bahu Liza. Firdaus masih terpempan dengan pengakuan doktor.
"Puas hati korang semua, kan? Hah!! Tunggu apalagi, baliklah!!! Sekarang Ain dah cacat!"
"Achik!!"
Zaid menenangkan Firdaus.
"Hah!! Binatang!! Puas hati kau, kan?"

Selepas Ain dimasukkan di wad, Firdaus menghalang langkah keluarga Datuk Karim. Zaid masih memegang Firdaus yang semakin menggila.

"Jangan harap aku nak beri kau sakitkan Ain lagi! Berambuslah!!! Berambus dari sini!!"
"Hei budak!! Amnah tu cucu aku, kau jangan main-main tau. Aku boleh saman perbuatan kau ni."
Datuk Karim bersuara.
"Hei orang tua!!! Sedar sikit! Tak pernah wujud dalam mana-mana bahagian dalam nama Ain tu tercatat nama anak kau sebagai ayahnya."
"Mana kau tahu hah?!"
Encik Fazli mulai berang. Pertelingkahan mula berlaku.
"Cukup!!! Achik, kamu nak jadi apa hah? Ibu tak pernah ajar anak ibu macam ni."
Kedatangan keluarga Encik Lotfi mengejutkan mereka semua.
"Ibu.....Ibu....Tak tahu semua ni!"
"Siapa kata ibu tak tahu? Ain pun anak ibu juga. Ibu kenal keluarga Ain."
"Takk....Tak mungkin...."
"Iya, Achk. Puan Zaini kenal keluarga Amnah."
Masing-masing terpaku, bila muncul seorang pemuda bersuara.
"Awak siapa?!"
"Saya?! Atuk tentu kenal saya, kan? Mak Usu, Pak Long dan Mak Long pun. Saya Afiq, Afiq Zainal Ikmal. Anak kepada arwah Ikmal."
"Afiq?!"
Isabella menerkam memeluk Afiq, hampir 23 tahun dia mencari keluarga kakak iparnya yang ditinggalkan oleh Abang Ngahnya, Ikmal. Dia sendiri pun seolah-olah hampir berputus asa, dia sayangkan kedua-dua anak saudaranya yang lahir dari perkongsian hidup Ikmal dan Kalsom. Alia Zarith dan Afiq Zainal, semuanya menghilang selepas Kalsom memohon perceraian dari Ikmal, selepas itu Ikmal ditimpa kemalangan selepas 3 bulan berumahtangga dengan Hasnah. Kemudian Hasnah berkahwin lain, dengan Zakri. Maka hasil dari perkongsian hidup Hasnah dengan Zakri, Ain di lahirkan.

"Ya, Mak Su. Rindu benar Afiq nak jumpa Mak Su. Tapi....Umi tak kasi kami pulang ke Malaysia. Umi tahu dendam atuk pada Umi tak pernah padam."
"Mana kamu menghilang selama ni?"
"Kami perdagangkan nasib kami anak-beranak atas harta milik Idlal Amnah. Di Jerman, uncle Zakri dan aunt Hasnah yang turunkan nama umi sebagai penjaga kepada Amnah. Tapi kami tak berpeluang nak jaga dia, cuma segala tentang Amnah umi tahu dari beberapa orang rakan Amnah dan orang suruhan umi."
"Amnah tu cucu aku!!"
Datuk Karim bersuara kasar.
"Takk...Amnah bukan cucu atuk, tapi...Amnah anak uncle Zakri dengan aunt Hasnah. Dia dilahirkan hasil dari perkongsian hidup yang sah. Mungkin masing-masing tak tahu hal ni. Lagipun dalam wasiat yang uncle Zakri berikan pada saya untuk diuruskan, ada keterangan yang sahihkan bahawa Ain Zikrulah adalah anak kandungnya. Dan nama Amnah Idlal yang dipilih oleh Datuk Karim untuk Amnah memang sah dari segi undang-undang untuk diterima. Ini kerana nama tu memang berbintikan uncle Zakri."
"Sebelum kita bercakap panjang lebar disini, mari kita ke kafe. Tak elok kita huru-harakan keadaan wad ni. Lagipun Amnah masih tak sihat, kan? Datuk?!"
Encik Lotfi bersuara.

Bersambung......................

try , Ahad, Januari 01, 2006 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog