2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Dia Yang Kucinta (Bhgn 5/9)

Semester baru sudah bermula. Semester ini Iza berazam lebih berusaha untuk pelajarannya. Keputusannya untuk semester lepas tidak begitu cemerlang. Iza agak kecewa namun tidak berputus asa untuk terus berusaha. Dia sedar sekiranya dia tidak berusaha keputusannya pasti lebih teruk. Namun Iza tetap kecewa kerana pinjaman PTPTN yang dipohonnya masih lagi belum diluluskan. Kerana itu dia terpaksa melakukan kerja sampingan seperti semester lepas.

Semester itu dia memulakan tugas pada hari kedua dalam minggu pertama. Seperti biasa, tepat pukul enam petang dia sudah muncul di Student Service Centre. Kak Lun menyambutnya dengan senyuman. Wanita berusia pertengahan 30-an itu kelihatan sudah bersiap sedia untuk pulang.
"Macam mana cuti, Iza? Seronok?" Tanya wanita itu mesra. Iza hanya tersenyum nipis sambil mengeleng.

"Biasa saja, kak." Kak Lun tersenyum mendengar jawapannya.

"Kak Lun nak beri kerja tambahan pada Iza," beritahu wanita itu kemudian sambil mengeluarkan dua helai kertas. Iza yang sudah meletakkan begnya mendekati wanita itu.

"Selepas tutup kedai, Iza kena kira berapa banyak majalah dan kad telefon yang dah dijual. Jumlahkan semua ini dengan duit dari barang-barang lain. Lepas itu Iza masukkan semua duit yang ada ke dalam sampul surat dan letak dalam laci berkunci ini," beritahu wanita itu panjang lebar sambil menunjukkan laci yang selama ini sentiasa berkunci.

"Dalam mesin tinggalkan duit kurang dari dua puluh ringgit," sambung Kak Lun sambil menyerahkan setangkai kunci.

"Ini kunci laci. Jaga baik-baik sebab laci ini banyak benda berharga." Iza mengangguk sambil mengambil kunci dari tangan wanita itu. Nampaknya kerjanya semakin banyak tanggungjawab. Dia tahu pendapatan kedai boleh mencecah seribu ringgit sehari.

Iza memulakan tugas dengan rasa bosan. Selalunya awal semester begini tidak ramai pelajar yang datang. Masing-masing masih belum sibuk dengan tugasan. Jika tidak pasti kedai itu sibuk dengan mereka yang ingin mencetak dan menjilid tugasan masing-masing.

Dalam kebosanan itu, Iza membuka laci berkunci tersebut. Niatnya sekadar ingin mengetahui apa yang terkandung di situ. Apabila laci dibuka, matanya tertarik pada helaian kertas berwarna merah. Agak tebal kertas itu yang tersusun rapi. Melihat tulisan yang tertera di situ, barulah gadis itu teringat akan borang langganan majalah yang telah diedarkan sejak semester satu lagi. Kak Lun ada mengatakan yang langganan akan bermula semester ini.

Iza sekadar melihat sekali lalu majalah-majalah yang ingin dilanggan oleh mereka. Sedang dia menyelak borang itu, dia terhenti pada sehelai borang langganan. Dia tertawa sendiri melihat nama majalah yang tertulis di situ. GS Mikami.

Ingin mengetahui lebih lanjut, Iza menarik borang itu keluar dari ikatannya. Nama yang tertera di situ dibacanya. Faizul Amin.

Serta merta ingatannya melayang ke wajah lelaki tersebut. Nyata dia masih belum melupakan wajah itu. Cuma perasaan itu sahaja yang sudah tiada. Iza tertawa sendiri lagi. Dia tidak sangka lelaki itu meminati komik sebegitu. Sangkanya Faizul Amin seorang yang serius dan hanya menumpukan perhatian pada pelajaran sahaja.

Melihat nombor telefon yang tertera di situ, peristiwa ketika kali pertama bertemu lelaki itu menerpa lagi. Dia tersenyum sendiri sambil mengeleng-geleng perlahan. Tiba-tiba muncul idea di fikirannya. Nombor telefon di borang ditulis pada secebis kertas. Dia tersenyum lagi.

Dia ingin mengenali lelaki itu. Tetapi bukan secara serius, sekadar bermain-main.
Iza merasakan hari itu tidak lagi sebosan sebelum ini. Dia bertugas dengan riang sambil menunggu masa kerjanya tamat. Dia ingin memulakan satu permainan baru dalam hidupnya.

Iza bagaikan hilang suara tatkala mendengar suara lelaki itu di hujung talian. Rasa gemuruh yang tidak semena-mena hadir bagaikan mungunci bibirnya untuk bersuara.

"Hello." Suara itu kedengaran lagi. Nadanya seperti kehairanan.

"Er…hello." Akhirnya Iza memberanikan diri untuk bersuara. Dia telah memulakan permainan ini dan dia seharusnya meneruskan.

Pulang sahaja dari kedai dia terus memberitahu rakan-rakannya. Nurul, Fiza, Lina dan Mimi menyokong permainannya itu. Kerana itu Mimi dengan rela hati membenarkan telefon bimbitnya digunakan untuk menghubungi lelaki itu.

"Nak bercakap dengan siapa?" Suara itu masih lagi kedengaran mesra tetapi seperti kehairanan.

"Er…Faizul Amin." Iza masih lagi teragak-agak.

"Saya Faizul Amin. Boleh saya tahu siapa ini?"

Iza terdiam. Dia terlupa untuk mencipta nama bagi permainan itu. Dia tidak mahu Faizul Amin mengetahui identiti sebenarnya. Biarlah hanya dia mengetahui siapa lelaki itu.

"Hm…Iza. Panggil saya Iza." Akhirnya nama itu juga digunakannya. Lagipun di kolej ini bukan dia sahaja yang bernama Iza. Kalau dia tidak memberitahu kursus yang diambil pasti rahsianya akan tersimpan rapi.

Satu jam mereka berbual di telefon bagaikan seminit cuma bagi Iza. Terlalu cepat masa itu berlalu. Mereka berbual bagaikan rakan lama yang sudah lama tidak berhubung. Saling bertanya tentang keadaan diri masing-masing. Cuma Iza agak lebih berhati-hati. Dia tidak mahu Faizul Amin mengetahui siapa dia. Kerap kali lelaki itu bertanya kursus yang diambilnya. Dia pantas sahaja menukar tajuk. Cukuplah lelaki itu mengetahui namanya dan dia adalah pelajar kolej itu juga.

Iza masih lagi tersenyum sehingga dia berbaring untuk melelapkan mata. Ternyata Faizul Amin memberi reaksi yang begitu menyenangkan. Walaupun baru sejam berbual namun dia dapat merasakan kejujuran lelaki itu dalam setiap kata-katanya.
Faizul Amin berasal dari Kedah. Mengambil kursus Elektrik Komunikasi, meminati komik dan bola keranjang. Masih sendirian…

Iza tersenyum lagi. Lega hatinya mendengar jawapan lelaki itu yang diyakini kejujurannya. Niatnya bertanya sekadar untuk mengelakkan dia menjadi penggugat hubungan orang lain. Tetapi jawapan Faizul Amin bagaikan satu peluang untuknya mengenali lelaki itu dengan lebih dekat. Hatinya ternyata begitu gembira ketika matanya dilelapkan. Dia berharap hari esok gembira itu akan berterusan seperti matahari yang sentiasa muncul dengan riang.

.......................bersambung.....................

try , Khamis, Januari 05, 2006 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog