2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Dia Yang Kucinta (Bhgn 4/9)

Tidak banyak yang boleh dilakukan Iza sepanjang cuti empat minggu itu. Dua minggu pertama dia berada di kampung. Duduk di rumah dia hanya berkurung tanpa keluar ke mana-mana. Dia bukanlah kaki jalan seperti kebanyakan rakan-rakannya. Kerana itu minggu ketiga, dia ke rumah kakaknya di Puchong. Di rumah kakak dia turut merasa bosan. Kakak keluar bekerja pada waktu pagi dan hanya pulang menjelang malam. Rakan-rakan serumah kakak juga selalu keluar. Hanya sekali dia dibawa berjalan sekitar bandar Shah Alam.

Hari sebelum dia pulang ke kampung, abangnya yang sulung datang untuk membawa dia ke rumah pak cik di Selayang. Pada malam itu, Along banyak memberi nasihat padanya. Along seakan dapat menghidu yang dia kini sudah mempunyai kekasih. Entah bagaimana boleh diketahui oleh lelaki itu pun Iza tidak pasti. Sepanjang di kampung hanya sekali dia menghubungi Faiz. Itupun untuk memberitahu lelaki itu yang dia sudah selamat sampai di kampung. Selepas itu dia langsung tidak menghubungi. Faiz juga lansung tidak menelefon walaupun dia sudah memberi nombor telefon rumahnya. Iza mula berasa kecil hati yang akhirnya menjadi sakit hati.

Dia tidak akan lupa peristiwa semasa Faiz menghantarnya ke stesyen keretapi di Kluang. Sepanjang menaiki bas dari Parit Raja, dia tidak habis dileteri hanya kerana tidak memakai baju kurung. Sakit hatinya dengan tindakan lelaki. Tidak fahamkah lelaki itu, dengan dua buah beg yang dibawanya adalah lebih senang memakai jeans dan t-shirt. Apabila dia cuba mempertahankan tindakannya tidak memakai baju kurung, Faiz semakin meninggikan suara.

Akhirnya dia hanya mendiamkan diri, tanpa sedikit pun memandang lelaki itu. Sehingga keretapi meninggalkan stesyen Kluang, dia langsung tidak memandang Faiz yang berdiri di ruang menunggu. Saat itu dia terasa begitu menyesal kerana menerima lelaki sebegitu. Baru sehari bergelar kekasih, sudah mula mengokong dirinya.

Malam itu dia terasa sukar untuk melelapkan mata. Nasihat Along terus terngiang-ngiang di telinganya.

"Jangan mudah menerima lelaki tanpa berfikir panjang. Selidik dahulu latar belakang lelaki itu sebelum memberi jawapan."

"Jangan mudah terpengaruh hanya kerana ingin bercinta seperti orang lain. Tidak mati pun jika tidak bercinta macam orang lain."

"Kalau berjumpa orang yang dirasakan sesuai, biarlah emak dan ayah melihat lelaki itu dahulu sebelum mula bercinta. Biarpun hanya bercinta, sekurang-kurangnya emak dan ayah tahu dengan siapa Iza berkawan."

"Jika hati merasa ragu, mintalah petunjuk Tuhan kerana Tuhan lebih mengetahui tentang hamba-Nya. Buatlah solat Istikharah, Insya Allah Tuhan akan memberi petunjuk pada kita."

"Cinta ini bukan permainan. Biarlah cinta itu ada hala tujuan. Biarlah sampai ke jinjang pelamin kalau diizinkan Tuhan."

"Jika benar lelaki itu baik, emak dan ayah pun merestui, janganlah sampai terpesong. Banyak cabaran jika bercinta ini, Iza."

"Along bukan nak membantah Iza bercinta. Bercintalah jika benar lelaki itu benar-benar baik dan ikhlas. Tetapi jagalah diri kerana dirimu hanyalah untuk lelaki yang bernama suamimu."

Iza terasa sebak mengenangkan kesilapannya. Ternyata menerima Faiz dahulu adalah satu kesalahan. Dia menerima tanpa mengetahui lebih banyak tentang lelaki itu. Lagipun sepanjang berjauhan ini dia langsung tidak merindui lelaki itu. Hanya sakit hati yang menemani.

Saat itu Iza berazam untuk melupakan rasa hatinya yang ingin mencintai dan dicintai. Ternyata sekarang adalah masa untuknya menumpukan perhatian pada pelajaran. Dia mahu melakukan yang terbaik sepanjang tiga tahun pelajarannya di kolej. Selepas tamat pengajian barulah dia akan memikirkan soal cinta. Itulah azamnya tika itu.

Saat itu nama Faiz sudah terpadam dari ingatannya. Begitu juga Faizul Amin yang sememangnya sudah hampir dilupakannya.

Iza pulang ke kampus dua hari sebelum semester baru bermula. Nurul sudah pun sampai lebih awal darinya. Pada temannya itu diceritakan kisahnya dan Faiz.

"Kau dah nekad nak berpisah dengan dia?"

"Macam itulah nampaknya. Aku menyesal sebab terima dia tanpa fikir panjang," keluh Iza perlahan. Dia sememangnya sudah nekad dan tidak akan berganjak dengan keputusannya itu.

"Habis, apa dia cakap?"

"Aku tak beritahu dia lagi. Aku ingat nak senyap saja. Lagipun aku dah tak pakai handset. Dia pun tak akan dapat cari aku lagi."

"Ala…dunia ini kecil. Esok-esok entah-entah engkau berjumpa dengan dia juga."
Iza terdiam. Dia sedar niatnya untuk mendiamkan diri bukanlah keputusan yang baik. Sepatutnya dia berterus terang dengan Faiz. Dia pun sebenarnya rasa tidak sedap hati jika hanya berdiam diri.

"Jadi kau rasa, aku kena beritahu dia juga?"

"Mestilah. Sekurang-kurangnya lepas ini kau boleh lupakan dia terus," nasihat Nurul lagi. Iza mengangguk perlahan.

Dia mengambil dompetnya, mengeluarkan beberapa keping syiling dan terus keluar dari bilik. Fikirannya ligat memikirkan apakah yang harus dikatakan kepada Faiz nanti. Tetapi mujurlah dia hanya memberitahu melalui telefon. Sekurang-kurangnya jika lelaki itu bersuara kasar dia boleh terus meletakkan telefon. Janji dia memberitahu lelaki itu yang antara mereka sudah tiada apa-apa.

"Hello." Suara lelaki itu kedengaran di hujung talian. Iza terasa degup jantungnya begitu kencang tika itu. Fikirannya tiba-tiba bagaikan kosong, tanpa butir yang harus dikatakan.

"Hello. Iza ke?" Suara itu kedengaran lagi.

Masih ingat lagi rupanya dia pada aku, bisik gadis itu sendirian. Dia menghela nafas, cuba mengumpul kekuatan untuk mula bersuara.

"Faiz, Iza ini."

"Iza, kenapa tak beritahu awak dah balik Batu Pahat? Saya baru telefon rumah awak. Emak awak cakap yang awak dah balik. Saya telefon handset awak tapi tak dapat." Iza cuba mengumpul kekuatan lagi. Dia tidak mahu mengalah dengan kata-kata lembut seperti itu. Sekali keputusan sudah diambil, dia tidak mahu berpaling lagi.

"Maaf, Faiz. Saya dah tak pakai handset lagi."

"Kenapa?"

"Saya rasa cukuplah setakat ini hubungan kita. Saya sebenarnya tidak dapat menerima awak." Tanpa menjawab soalan tadi, Iza terus mengungkap apa tersimpan di hatinya selama ini. Lelaki di hujung talian hanya terdiam, seakan terkejut dengan kata-kata itu.

"Awak dah fikir masak-masak?"

"Keputusan saya muktamad, Faiz." Kedengaran keluhan berat di hujung talian.

"Awak terlalu mudah mengalah, Iza."

"Bukan saya mudah mengalah. Tetapi saya langsung tiada perasaan pada awak. Saya tak dapat berikan peluang pada diri saya untuk menerima awak."

"Awak sukakan orang lain, bukan?" Iza tersentak dengan kata-kata bersahaja itu.

"Saya…"

"Sudahlah, Iza. Kalau awak sukakan orang lain, awak mesti beritahu saya dari awal. Bukan sekarang."

"Faiz…"

"Terima kasih kerana melukakan hati saya."

Klik! Telefon diletakkan. Iza bingung seketika. Aku melukakan hati diakah? Hatinya tertanya-tanya sendiri. Sepatutnya aku yang terluka kerana sikapnya yang membuatkan aku keputusan ini.

Namun dapat dirasakan saat itu satu beban telah terlepas dari bahunya. Dia mengeluh lega bersama satu senyuman. Hatinya puasa dengan keputusan itu.

.......................bersambung.....................

try , Khamis, Januari 05, 2006 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog