2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Dia Yang Kucinta (Bhgn 3/9)

Iza tersentak. Wajah Faiz direnungnya seakan tidak percaya dengan kenyataan lelaki itu. Dia cuba mencari ketulusan pada wajah itu. Lelaki itu tersenyum seakan mengerti dengan apa yang dirasainya kini. Tetapi Iza seakan tidak dapat melihat keikhlasan di wajah itu. Adakah kerana perasaannya yang sememang tidak menentu atau sememangnya Faiz hanya bergurau.

"Awak serius ke?" Soal Iza untuk memastikan kebenaran.

"Saya serius. Awak tak percaya?"

"Entahlah," balas gadis itu lantas melepaskan satu keluhan. Dia bagaikan bingung seketika. Perasaannya bagaikan berbelah bahagi.
Bukankah ini yang diharapkannya dari pertemuan ini. Tetapi mengapa dia seakan tidak percaya, seakan tidak mahu ini berlaku. Iza merasakan mahu sahaja dia lari dari situ. Apatah lagi dia bagaikan melihat bayang Faizul Amin melambai-lambai ke arahnya.

"Kenapa saya?"

"Saya rasakan awak yang paling sesuai. Saya mahukan seorang wanita di sisi saya." Faiz bersuara lembut tetapi ia langsung tidak menarik hati gadis itu.

"Awak masih lagi tak kenal saya. Orang di hadapan awak ini bukan seperti yang awak harapkan," jelas Iza jujur. Dia merasakan masih lagi belum bersedia untuk mencintai lelaki itu. Dia sukakan Faiz tetapi tidak bermakna dia mencintai. Hatinya sudah terpaut pada seseorang yang ternyata tidak mengerti perasaannya itu.

"Kita boleh belajar tentang diri masing-masing, Iza. Bila masa dah sesuai, kita boleh disatukan."

Iza terasa semakin kaku. Seram dirasakan mendengar kata-kata itu. Dia sedar Faiz sudah matang. Dia sudah 25 tahun. Tetapi dirinya masih terlalu muda untuk memikirkan sebuah hubungan yang menuntut komitmen.

"Awak tak sukakan saya?"

"Bukan begitu."

"Sudah tu?"

Iza bagaikan tertekan dengan pertanyaan ringkas itu. Faiz seakan menuntut jawapan pada masa itu juga. Bagaimana harus dijelaskan. Dia bukan sahaja tidak bersedia malah perasaannya pada lelaki terasa begitu rapuh. Bila-bila masa boleh hancur berkecai.

"Berikan saya masa untuk memikirkannya," pinta Iza separuh merayu. Dia ingin menolak sahaja tawaran kasih itu. Namun jauh di sudut hati, dia juga ingin mencintai dan dicintai. Dia juga seperti remaja lain yang ingin diingati oleh orang lain dengan penuh kasih sayang.

"Okey, malam ini saya telefon awak."

"Secepat itu?"

"Buat apa nak lambat-lambat. Kalau betul awak ikhlas, tidak ada perasaan pada orang lain, sekarang pun awak dah bersetuju."

Iza tersentak dengan kata-kata itu. Wajah Faiz sudah hilang dengan senyuman.

Untuk sekian kalinya Iza cuba melenyapkan bayang Faizul Amin. Namun semakin kuat dicubanya namun semakin kukuh bayang itu di kotak fikiran. Bila-bila masa Faiz akan menghubunginya, meminta jawapan yang dijanjikan. Namun Iza masih buntu, sukar membuat keputusan yang terbaik.

Pulang sahaja dari pertemuan petang tadi, Iza terus meminta pendapat rakan sebiliknya. Mereka memang mengetahui perhubungannya dengan Faiz tetapi tidak tentang perasaannya pada Faizul Amin. Nurul beria-ia menyuruhnya menerima sahaja Faiz. Tetapi Fiza menasihatinya agar berfikir panjang. Jarak umur antara dirinya dan Faiz begitu ketara. Lagi pun mereka baru sekali bertemu. Berbual di telefon dan bertemu ada banyak perbezaan.

Faiz menghubunginya tepat jam 9.30 malam. Tanpa bertanya keadaannya, dia terus bertanya tentang jawapan yang dijanjikan. Iza sedikit berkecil hati. Walaupun selama ini Faiz jarang bertanya tentang keadaan dirinya namun dirasakan dia harus mula berbuat demikian. Jika benar dia ingin memiliki dirinya dengan ikhlas, Faiz seharusnya lebih mengambil berat tentang dirinya.

"Macam mana? Boleh saya tahu jawapan awak sekarang?"

"Saya masih belum bersedia," ujar Iza perlahan.

"Tak apa, awak boleh belajar menerima saya. Saya pun akan belajar memahami awak."

Iza terdiam. Jujurkah lelaki itu dengan kata-katanya? Bolehkah dia mempercayai lelaki yang berada jauh darinya, yang hanya menghubunginya sekali seminggu? Bolehkah dia mengikut rentak lelaki yang ternyata lebih matang darinya itu?

"Kalau awak tak beri peluang, bagaimana awak nak tahu hasilnya. Setiap hubungan itu kita tak akan dapat pastikan bagaimana akhirnya."

Iza bagaikan termakan dengan kata-kata itu. Namun akalnya pantas membidas. Cinta bukan suatu eksperimen baginya. Kalau gagal, boleh berpisah begitu sahaja. Dia mahukan cinta sejati, cinta yang dia tahu ada penghujung penuh makna.

Tetapi adakah cinta sejati itu ada pada lelaki yang tidak mengerti perasaannya? Lelaki yang langsung tidak menyedari kehadirannya? Lelaki yang langsung sudah melupakannya?

Iza tidak tahu adakah itu keputusan sebenarnya. Akhirnya dia menerima Faiz untuk memulakan sebuah percintaan. Dia bagaikan hilang dalam dirinya sendiri ketika memberi jawapan itu. Dirasakan bukan dirinya yang bersuara memberi jawapan.

Mungkin. Ya mungkin suaranya tetapi bukan hati dan fikirannya. Hati dan fikirannya sudah melayang bersama angan-angan untuk bersama Faizul Amin, lelaki yang tidak mengerti perasaannya.

.......................bersambung.....................

try , Khamis, Januari 05, 2006 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog