2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Dia Yang Kucinta (Bhgn 6/9)

Semakin dia mengenali lelaki itu, semakin dia merasakan betapa rapatnya antara mereka. Bagaikan ada chemistry antara mereka untuk saling mengenali antara satu sama lain. Dari berbual di telefon, mereka sudah saling berbalas e-mail. Tetapi identitinya masih lagi belum terdedah.

Walaupun Faizul Amin kerap kali bertanya, dia lebih bijak menyembunyikan. Dia masih lagi belum bersedia untuk berhadapan dengan lelaki itu. Sedangkan jika terserempak dengan lelaki itu sudah membuatkan dia tidak keruan, apatah lagi kalau lelaki itu sudah mengenalinya. Malah debaran yang dirasakan kini semakin hebat berbanding dahulu. Perasaan yang dirasakan kini juga semakin indah dari dulu. Dia bagaikan sudah jatuh hati pada lelaki itu.
Mengingatkan itu, Iza terasa malu sendiri. Dia pasti Faizul Amin hanya menganggapnya sebagai kawan. Tidak mungkin sama perasaan mereka kerana lelaki itu tidak pernah mengenalinya.

Pernah sekali mereka bertembung di koperasi. Faizul Amin dilihatnya bersama-sama tiga orang lagi rakannya. Dia pula berada di situ bersama Lina. Melihat sahaja kehadiran lelaki itu, dia mula berasa tidak tenteram. Semua yang dilakukan serasa serba tidak kena. Dapat dirasakan wajahnya terasa panas dek malu. Dan jika dilihat wajahnya, pasti tidak ubah seperti udang dibakar.

Tetapi Faizul Amin sedikit pun tidak memandangnya. Selepas membayar barang yang dibeli, dia terus keluar dari situ. Sedikit pun tidak perasan akan dirinya yang berdiri tidak sampai dua kaki darinya.

Iza malu sendiri dengan perasaannya. Kerana itu dia kerap kali berniat ingin mengundurkan diri sahaja. Mendiamkan diri, tidak menelefon lagi atau tidak membalas e-mail dari lelaki itu. Faizul Amin bukan mengenali wajahnya. Pasti lama kelamaan dia akan dilupakan lelaki itu.

Tetapi dia tidak dapat menipu dirinya. Sehari tidak menghubungi lelaki itu terasa kosong hidupnya. Kiriman e-mail dari lelaki itu dicetak dan dibacanya berkali-kali. Kerana terasa rindu pada lelaki itu dia pantas menghubunginya. Dan tatkala mendengar suara mesra milik Faizul Amin, niatnya pasti akan dilupakan.

Hari Khamis, Iza bertugas lagi. Selepas menutup kedai untuk solat Maghrib, Iza membuka kedai tepat jam lapan malam. Malam itu hanya beberapa orang pelajar yang datang untuk melayari internet. Sedang dia asyik menatap majalah, dua orang lelaki masuk secara tiba-tiba. Iza tergamam seketika, pipinya terasa panas membahang.

Demi melihat sahaja Faizul Amin yang berdiri sambil tersenyum, nafasnya bagaikan tersekat. Wajahnya ketara berubah. Lelaki itu menunjukkan ke arah komputer di hujung sekali. Hanya anggukan yang mampu dilakukan gadis itu.

"Er…komputer tak on lagi," ujar lelaki itu kemudian. Masih lagi bersama seulas senyuman.

"Er…ya, ya." Iza cepat-cepat bangun dan menuju ke komputer. Ketika sedang menghidupkan komputer dapat dirasakan kehadiran lelaki itu di sisinya. Iza sedikit tidak selesa kerana debaran di dadanya semakin kencang dan ruang udara terasa semakin sempit untuk dia bernafas.

"Terima kasih," ucap Faizul Amin ketika dia ingin berlalu. Iza hanya mendiamkan diri dan cuba mengawal perasaan yang terbit di wajahnya. Ternyata dia kalah apabila berhadapan dengan lelaki itu.

Sepanjang satu jam itu, Iza bagaikan serba tidak kena. Sekejap dia duduk di kerusi membaca majalah, sekejap menyusun barang-barang yang sememangnya sudah bersusun dan selebihnya duduk di kerusi dan menghadap dinding. Melihat Faizul Amin sedang membaca e-mail yang dikirimnya, perasaannya semakin tidak keruan. Dadanya bagaikan mahu pecah kerana debaran yang bagaikan seratus kali lebih laju dari biasa!

Tanpa disedarinya Faizul Amin beberapa kali mengerling ke arahnya. Walaupun sedang menatap monitor di hadapan namun ekor matanya sempat melihat ke wajah gadis itu. Sememangnya itu tidak disedari oleh Iza kerana kesibukannya yang cuba mengawal perasaan sendiri.

Ketika Faizul Amin ingin membayar untuk penggunaan komputer, sedikit pun dia tidak memandang wajah lelaki itu. Tidak sanggup rasanya memandang ke wajah itu. Sesunggunya kalau boleh dia lari dari situ, pasti dilakukannya.

Faizul Amin ternyata kehairanan dengan tingkah gadis itu. Sejak dia masuk hinggalah dia selesai melayari internet, tingkahnya kelihatan serba tidak kena. Bagaikan ada sesuatu yang menggangu. Melihat nama yang tertera di kad matrik gadis itu, hatinya dapat mengagak sesuatu. Namun dia tidak berani membuat kesimpulan. Tidak mungkin itulah gadis itu.

Sehingga selesai menutup kedai, fikiran Iza masih lagi terganggu dengan kehadiran Faizul Amin malam itu. Masih diingati wajah lelaki itu ketika membaca e-mail yang dikirimnya. Lelaki itu seakan-akan tercari-cari siapa dirinya. Dia rasa bersalah pada lelaki itu.

Kerana itu ketika sampai di kawasan asrama, dia berdiri di hadapan telefon awam sejenak. Fikirannya ligat menimbang suatu perkara. Adakah dia harus menghubungi sahaja lelaki itu dan menerangkan siapa dirinya sebenar. Atau sebaiknya dia mengundurkan diri kerana sememangnya dia tidak sanggup lagi meneruskan permainan perasaan itu.

Iza tidak menafikan bahawa dia sudah jatuh cinta pada Faizul Amin. Meneruskan permainan bermakna dia merelakan hatinya dilukai. Andainya Faizul Amin sudah mengetahui siapa dirinya, mungkin lelaki itu akan mengundurkan diri. Dirinya bukanlah gadis idaman lelaki. Dia tidak secantik rakan-rakannya. Dia tidak sepandai Ika mahu pun Shida.

Tetapi dia tidak sanggup kehilangan lelaki itu. Berbual dengan lelaki itu menjadikan dirinya terasa dihargai. Membaca e-mail Faizul Amin membuatkan dia sentiasa bersemangat. Faizul Amin punyai keistimewaan tersendiri. Membuatkan dirinya terasa hangat dengan suatu perasaan yang seakan penuh kasih sayang.

Hampir satu jam Iza berdiri di situ, berjalan ulang-alik memikirkan perkara itu. Akhirnya dia membulatkan tekad, mengumpul semangat. Dengan perlahan tetapi tanpa tenang, gagang telefon diangkat. Setiap kali nombor telefon ditekan, debarannya semakin laju. Ketika suara lelaki itu kedengaran di hujung talian, Iza memejamkan mata. Bersedia untuk bersuara…

.......................bersambung.....................

try , Khamis, Januari 05, 2006 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog