NEW YORK, 11 Julai 2014 - Nordstrom Tower yang kini dalam proses pembinaan di sini, bakal menjadi bangunan kediaman tertinggi di dunia apabila siap sepenuhnya pada tahun 2018, lapor Mail Online.
Terletak di 227 West, 57th Street, pencakar langit yang mempunyai ketinggian 540 meter itu juga akan menjadi bangunan tertinggi di hemisfera barat mengatasi One World Trade Center.
Walaupun One World Trade Center mempunyai ketinggian 541 meter iaitu 1 meter lebih tinggi daripada Nordstrom Tower, namun begitu ukuran aras bumbungnya hanyalah setinggi 450 meter.
Laman web berita YIMBY melaporkan, menara tersebut juga akan mengatasi ketinggian bangunan kediaman pencakar dunia lain iaitu Mumbai World One Tower dan 432 Park Avenue.
Mempunyai keluasan 1.2 juta kaki persegi, bangunan berkenaan juga bakal memiliki pusat beli-belah gergasi setinggi tujuh tingkat di bahagian bawahnya.
Selain itu, Nordstrom Tower juga dilaporkan mempunyai lebihan ketinggian sebanyak 91 meter daripada mana-mana bangunan yang terdapat di sekitar bandar raya New York.
Pihak yang bertanggungjawab dalam menghasilkan reka bentuk Nordstrom Tower adalah dua orang arkitek tersohor iaitu Adrian Smith dan Gordon Gill yang terkenal dengan hasil kerja mereka menghasilkan rekaan bangunan tertinggi di dunia iaitu Burj Khalifa, di Dubai.
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "