/

Pokok ceri 'angkasa lepas' berbunga awal

Angkasawan Jepun bersama benih pokok ceri ketika berada di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa. Gambar kecil, menunjukkan pokok ceri daripada biji benih yang mengelilingi Bumi berbunga dan mekar lebih awal di Gifu, bahagian tengah Jepun.
 
TOKYO, 12 April 2014 - Satu misteri menyatukan sami dan saintis di Jepun selepas sepohon pokok ceri tumbuh dari bijih benih yang mengelilingi Bumi selama lapan bulan berbunga dan mekar beberapa tahun lebih awal daripada yang dijangkakan.
 
Anak pokok berusia empat tahun itu tumbuh daripada biji ceri yang diletakkan di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS), mula berbunga pada 1 April, kira-kira enam tahun lebih awal daripada jadual asalnya.
 
Pertumbuhannya yang awal itu mengejutkan sami Buddha di kuil purba di tengah Jepun lokasi pokok itu membesar.
 
"Kami takjub melihat bagaimana ia cepat membesar," kata ketua sami di kuil Ganjoji di Gifu, Masahiro Kajita.
 
"Biji benih dari kawasan pokok asal tidak pernah bercambah sebelum ini. Kami amat gembira kerana ia akan menggantikan pokok lama, yang dikatakan sudah berusia 1,250 tahun," katanya.
 
Ia adalah antara 265 biji benih dari pokok 'Chujo-hime-seigan-zakura yang dipilih sebagai sebahagian daripada projek untuk mendapatkan benih dari pelbagai jenis pokok ceri di 14 lokasi seluruh Jepun.
Biji benih terbabit dihantar ke ISS pada November 2008 dan kembali ke Bumi pada Julai tahun berikutnya bersama seorang angkasawan Jepun, Koichi Wakata selepas mengelilingi Bumi sebanyak 4,100 kali.
 
Ada yang dihantar untuk ujian makmal tetapi kebanyakan dipulangkan ke tempat asal dan yang terpilih ditanam di tempat penyemaian berhampiran kuil Ganjoji.
 
April tahun ini, pokok ceri angkasa lepas terbabit tumbuh setinggi empat meter dan tiba-tiba menghasilkan sembilan kuntum bunga, setiap satu dengan lima kelopak berbanding 30 bunga daripada pokok asal.
 
Ia biasanya mengambil masa 10 tahun bagi pokok ceri jenis yang sama untuk mengeluarkan bunga. – AFP
Marjaki Rawo , Isnin, April 14, 2014 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Marjaki Rawo

Saya dikenali dengan nama Helang Merah dan nama panggilan, J.Ki, Saya mula menyertai blog ini bermula Oktober 2008

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog