KUALA LUMPUR, 13 April 2014 - Hampir separuh daripada kematian akibat kanser di Malaysia boleh dielak jika pesakit mendapat akses kepada rawatan optimum selain penyakit dikesan pada peringkat awal, menurut satu penyelidikan.
Penyelidikan itu mendapati bilangan kematian tertinggi yang boleh dielakkan ialah kanser payu dara, iaitu kanser paling banyak dilaporkan di negara ini.
Penyelidik bersama kajian itu, Dr Lim Teck Onn berkata daripada 2,572 kematian akibat kanser payu dara, sebanyak 1,299 kes (50 peratus) boleh dielakkan.
"Daripada kematian yang boleh dielakkan, 647 mungkin boleh dicegah jika didiagnosis lebih awal manakala 652 pula berlaku akibat kekurangan akses kepada rawatan optimum," kata Dr Lim yang juga setiausaha persatuan Together Against Cancer (TAC) dalam kenyataan di sini, hari ini.
Hasil penyelidikan itu dikemukakan pada Sidang Kemuncak Onkologi Asia 2014 yang berakhir semalam di sini.
Sementara itu, pengerusi TAC yang juga survivor kanser, Ranjit Kaur berkata lebih banyak usaha perlu dilakukan segera untuk membolehkan kesihatan pesakit kanser Malaysia menjadi lebih baik terutamanya pesakit miskin dan kurang bernasib baik.
Ditubuhkan pada Oktober 2013, TAC merupakan gabungan 19 badan bukan kerajaan (NGO) yang bertujuan menyediakan pelan tindakan bagi menangani kes kanser yang semakin meningkat di Malaysia. - Bernama
Isnin, April 14, 2014
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Penjagaan berkesan elak kematian akibat kanser silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "