NEW YORK, 22 April 2014 - Manusia bakal bersaing dengan robot untuk mendapatkan pekerjaaan pada 2040, selepas satu kajian oleh pengkaji masa depan meramalkan jumlah robot akan meningkat pada ketika itu dan digunakan secara meluas dalam sektor pekerjaan termasuk kehidupan.
Menurut kajian itu, persaingan untuk mendapatkan pekerjaan mendorong manusia untuk berjumpa doktor bagi 'mendapatkan kuasa pemprosesan tambahan bagi otak manusia', termasuk sanggup menggunakan tangan bionik bagi memastikan mereka dapat bekerja dengan lebih pantas seperti mesin.
Senario pekerjaan dalam tempoh 30 tahun lagi itu memungkinkan teksi dipandu oleh robot Google, kedai hanya menjadi bilik pameran untuk pasaran dalam talian dan pusat-pusat panggilan hanya menggunakan robot pintar.
Pengkaji masa depan yang ditugaskan oleh laman web pencarian pekerjaan global,
xpatjobs.com berkata, manusia tidak lagi mempunyai jaminan peluang pekerjaan pada ketika itu dan lebih banyak bekerja serta kurang bersosial.
Tempoh bekerja manusia juga akan meningkat kepada satu pertiga iaitu 50.5 jam seminggu berbanding 37.4 jam ketika ini, sekali gus menyaksikan mereka yang mengambil risiko dan membuat pembaharuan pada badan masing-masing bakal memperolehi pendapatan yang lebih banyak.
Menurut kajian itu, pekerja pada 2040 terdedah dengan masalah penglihatan yang lemah dan kening sentiasa berkerut kerana bergelut untuk meneruskan kelangsungan hidup pada abad ke-21.
Pengarah XPat Jobs, Rhys Maddocks berkata, manusia akan terkejut dengan perubahan pantas yang berlaku dengan komputer dan teknologi hanya satu-satunya 'alat' yang berjaya menyentuh pasaran pada ketika itu.
"Globalisasi kesemua pekerjaan akan merevolusikan cara kita berfikir tentang kerja dalam tempoh 25 tahun lagi, namun pemikiran keusahawanan pada masa sama menyaksikan interaksi sesama manusia dan pekerjaan memerlukan kepada idea, penyelesaian masalah dan sentuhan kasih sayang yang tidak dapat digantikan oleh mesin," katanya sepertimana yang dilaporkan Mail Online.
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "