2+4 hrs...Twogether Fourever

Khamis : 13 Mac 2025   
@ 14 Ramadan 1446H / 3:53 PM

7Jumaat,Mac

Tiga menu ‘bahaya’

Putrajaya, 5 Mac 2014 - Awas penggemar nasi goreng, ayam goreng dan keropok ikan kerana hidangan kegemaran rakyat Malaysia itu kini tergolong antara makanan paling tinggi kandungan garam, sekali gus berisiko tinggi menyumbang kepada serangan jantung dan angin ahmar.
 
Tiga hidangan itu adalah antara 10 makanan tinggi garam yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan selain ikan goreng, kicap soya, sos tomato dan cili, ikan bilis, kari ikan, kari lembu dan kambing, bebola ikan dan udang.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, laporan mengenai hidangan tinggi garam itu dibuat dalam satu kajian rintis oleh Institut Kesihatan Umum pada 2011 hingga Februari 2012 yang dilakukan dalam kalangan anggota kesihatan di Malaysia.
 
Beliau berkata, hasil analisis menunjukkan purata pengambilan garam dalam kalangan anggota kesihatan adalah 8.7 gram (g) sehari atau bersamaan 3,405 miligram sodium sehari iaitu 1.7 kali lebih tinggi berbanding saranan pengambilan garam Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu lima gram sehari.
 
"Seseorang yang mengambil paras natrium (sodium) yang tinggi dalam darah berisiko untuk menghidap hipertensi seterusnya berisiko mendapat serangan jantung dan strok.
 
"Berdasarkan Kajian Beban Penyakit di Malaysia, penyakit jantung dan strok adalah di antara lapan penyakit utama yang membebankan negara kita dari segi kewangan dan kualiti gaya hidup rakyat," katanya pada sidang media selepas melancarkan Minggu Kesedaran Garam Sedunia Ke-7, di sini, semalam.
 
Dr Subramaniam berkata, kajian juga mendapati kira-kira 5.8 juta rakyat Malaysia dewasa berusia 18 tahun ke atas kini menghidap penyakit hipertensi dipercayai akibat pengambilan garam berlebihan setiap hari.
 
Beliau berkata, kajian sama juga menunjukkan kicap soya adalah antara makanan utama yang menyumbang kepada kandungan garam tinggi.
 
Menurutnya, golongan lelaki didapati mengambil lebih banyak garam berbanding wanita.
 
"Bagaimanapun, pihak industri makanan di Malaysia turut menyokong usaha kementerian untuk mengurangkan kandungan garam dalam produk keluaran masing-masing.
 
"Hasilnya, sejak 2011 hingga 2013, sebanyak 30 jenis makanan di pasaran tempatan yang mempunyai kandungan garam tinggi dikurangkan kandungan garamnya sebanyak dua hingga 40 peratus daripada tahap asal," katanya.
 
Katanya, antara makanan berkenaan termasuk biskut, kicap, mi segera, makanan ringan, daging beku, perasa tiruan dan sapuan roti. - Harian Metro
Unknown , Jumaat, Mac 07, 2014 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog