LOS ANGELES, 1 Mac - Sebuah kenderaan replika Batman dari filem Batman Begins arahan Christopher Nolan yang dibintangi Christian Bale, kini dijual pada harga AS$1 juta (RM3.2 juta) di Internet.
Dalam satu senarai pada laman web barangan mewah James Edition, penjual kereta 'Tumbler' tersebut menyatakan pihaknya telah membina kenderaan menakjubkan itu untuk berada di jalan secara sah.
Ciri-ciri kereta konsep itu termasuk penggunaan transmisi automatik, enjin lapan silinder (LS1), tayar 44 inci dengan rim, hiasan dalaman hitam, lima kamera bantuan pemandu, sistem kedudukan global (GPS) dan sebagainya.
Dengan hanya pilihan warna hitam, pemandu kenderaan itu mungkin kecewa kerana kenderaan tersebut tidak dilengkapi dengan senjata seperti dalam filem Batman, lapor
hollywoodreporter.com.
Pembuat dan penjual kereta Tumbler itu bagaimanapun tidak dapat dikenal pasti menerusi laman web James Edition, namun menyatakan lokasi kenderaan berkenaan berada di Indialantic, Florida.
Bagaimanapun, sekiranya ada pihak berminat membeli kenderaan itu, James Edition mungkin berdepan tindakan mahkamah oleh Warner Bros atas kesalahan hak cipta.
Studio filem itu sebelum ini memenangi kes saman ke atas Mark Towle, penduduk California yang mengusahakan perniagaan menghasilkan replika yang terdapat pada program televisyen dan filem.
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "