Pengecas hibrid dicipta Gentian fleksibel (gambar kecil) ini membolehkan kuasa elektrik pada pelbagai permukaan dijana melalui pergerakan.
KITA sering berhadapan dengan masalah untuk mengecas telefon bimbit dan komputer riba jika berada di luar kawasan rumah atau pejabat.
Bagaimanapun, sekumpulan saintis di Institut Penyelidikan Bahan dan Inovasi di Universiti Bolton cuba menyelesaikan perkara itu dengan mencipta objek sekeliling yang bertukar sebagai penjana kuasa elektrik.
Memetik laporan DailyMail, gentian fleksibel photovoltaic-piezoelectric menggunakan penyeragaman tenaga melalui tindak balas, yang mana kuasa elektrik boleh dijana menerusi pergerakan seperti sedang berjalan di atas permaidani.
Teknologi berpaten itu juga boleh digunakan pada pelbagai permukaan objek asas termasuk pakaian.
Ketua penyelidik, Profesor Siores berkata bahawa ciptaan mereka mungkin boleh menjadi sumber alternatif berikutan sumber tenaga boleh diperbaharui seperti cahaya matahari, angin dan hujan adalah tidak menentu.
"Ciptaan hibrid kami menggabungkan bahan photovoltaic- piezoelectric yang menggunakan tenaga solar dan pergerakan untuk menghasilkan tenaga elektrik,"katanya. - 2 Mac 2014
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "