SELEPAS 100 tahun Perang Dunia Pertama berlalu, sejumlah rangka mayat askar yang maut dalam perang itu ditemui oleh pakar arkeologi selepas glasier mula mencair akibat cuaca panas di wilayah Trentino, selatan Itali.
Mayat-mayat tersebut merupakan antara askar yang terbunuh akibat pertempuran, kesejukan atau kelaparan semasa perang selama tiga tahun di kawasan Pergunungan Alps.
Malah setiap kali musim panas tiba, mayat askar dalam keadaan mengerikan ditemui di kawasan itu dan pakar arkeologi hanya mempunyai masa beberapa jam untuk mengelakkan mayat tersebut mereput serta dicuri oleh pihak tertentu.
Pengarah Jabatan Warisan Arkeologi Trentino, Dr. Franco Nicolis berkata, perubahan iklim dunia menjadi punca utama mayat-mayat tersebut ditemui di kawasan bersalji itu.
Jelasnya, pada 2012, dua mayat askar Itali ditemui di kawasan Glasier Presena, dianggarkan berusia antara 16 dan 18 tahun dan dipercayai ditanam oleh rakan mereka di kawasan rekahan tanah.
"Kedua-dua askar muda itu ditembak di kepala pada 1918 dan seorang daripada mereka masih mempunyai sudu tersimpan di dalam kocek uniformnya.
"Beberapa mayat lain pula ditemui sejak 2004 dan penemuan tiga mayat tentera Austria merupakan paling ramai dicatatkan setakat ini," katanya kepada MailOnline.
Nicolis berkata, penemuan mayat-mayat askar tersebut merupakan saat paling emosi kerana setiap mayat yang ditemui mempunyai kisah tersendiri.
"Kali pertama saya melihat mayat askar muda itu, saya terbayangkan saat-saat ibunya berjumpa dia buat kali terakhir dan selepas itu langsung tidak menerima khabar tentang anaknya itu," katanya.
Bagaimanapun Nicolis berkata, proses mengalihkan dan memulihara mayat tersebut bukan perkara mudah kerana ancaman pencuri dan pengunjung yang secara tidak sengaja memusnahkan penemuan bersejarah itu.
Jelasnya, jabatan arkeologi tidak mampu menggali kawasan tersebut dan mencari mayat atau barang peninggalan mereka dengan mudah. Mereka terpaksa bergantung kepada kumpulan pendaki bukit yang terjumpa sisa perang itu secara tidak sengaja.
"Selalunya orang ramai mengambil semua benda yang terdapat pada mayat yang ditemui di situ sebelum menghubungi kami atau polis.
"Mereka mengambil barangan berharga berusia 100 tahun itu untuk dijual di laman web jualan lelong bagi mendapat keuntungan besar," katanya.
Namun Nicolis berkata, tiada mayat ditemui pada tahun lalu dan pasukan arkeologi pimpinannya berharap dapat menemui peninggalan baru Perang Dunia Pertama pada musim panas kali ini.
"Namun, saya bimbang kejadian ribut sajli sejak beberapa bulan lalu akan terus 'menyembunyikan' rahsia di bawah timbunan salji untuk masa yang lebih lama lagi," katanya.
Lebih sejuta askar dari Itali dan empayar Austria-Hungary terbunuh dalam peperangan yang turut dinamakan sebagai Perang Putih, melibatkan kawasan seluas lebih 643 kilometer dengan suhu serendah -30 darjah Celsius.
Walaupun, kedua-dua pihak merupakan sekutu sebelum perang meletus, namun Itali secara rahsia berpihak kepada Triple Entente (Pakatan Berikat) dengan menandatangani Perjanjian London.
Pakatan Berikat dibarisi Britain, Rusia dan Perancis yang memerangi Kuasa Pusat terdiri daripada Bulgaria, Empayar Turki Uthmaniyyah, Austria-Hungary dan Empayar Jerman.
Perang Putih di kawasan pergunungan berlanjutan sehingga Oktober 1918, dan Perang Vittoria Veneto menyaksikan kekalahan pihak Austria-Hungary dan kemenangan penting pihak Barat.
Selepas hampir satu abad perang tamat, pakar sejarah mula menggali dan mengumpul bahan peninggalan perang dari kawasan pergunungan seawal 1990-an.
Antara peninggalan penting yang ditemui termasuk pakaian atau uniform tentera, kasut dan surat askar yang dikirimkepada orang yang mereka sayangi.
Di puncak Gunung Punta Linke, pakar sejarah menemui keseluruhan stesen kabel yang ditimbuni salji, selain penemuan surat milik askar yang masih terlekat di dinding.
Isnin, Mac 24, 2014
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Pejuang Perang Putih 'timbul' dari kubur selepas 100 tahun silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "