2+4 hrs...Twogether Fourever

Sabtu : 19 April 2025   
@ 21 Syawal 1446H / 9:43 PM

24Isnin,Mac

Drone curi maklumat peribadi

Drone kawalan jauh, Snoppy yang digunakan oleh pakar keselamatan siber, Glenn Wilkinson semasa menjalankan ujian untuk mencuri maklumat peribadi pengguna telefon pintar. – Agensi
 
LONDON, 23 Mac 2014 - Kumpulan penggodam di Amerika Syarikat mempunyai kemampuan untuk mencuri maklumat peribadi termasuk data bank, kata laluan dan alamat rumah menggunakan alat permainan kawalan jauh drone me­lalui akses jalur lebar yang terdapat pada telefon pintar, lapor rangkaian televisyen CNN.
 
Jelas laporan berkenaan, syarikat keselamatan teknologi, Sensepost yang berpangkalan di London menjalankan ujian baru-baru ini menggunakan drone dikenali sebagai Snoopy untuk melihat rekod jalur lebar yang pernah digunakan dalam telefon pintar.
 
Pakar keselamatan siber syarikat itu, Glenn Wilkinson berkata, "tele­fon pengguna yang terdedah kepada drone itu akan 'menjeritkan' nama setiap rangkaian jalur lebar yang pernah digunakan.
 
Sebagai contoh katanya, telefon akan mengeluarkan ayat 'Anda di situ, Starbucks?' atau 'Anda di situ, Wi-Fi Percuma McDonald?'.
 
"Apabila bunyi itu dikeluarkan, drone Snoopy yang berhampiran akan mengeluarkan isyarat jalur lebar palsu untuk mengelirukan sistem telefon yang secara tidak langsung berhubung dengan isyarat tersebut.
 
"Selepas isyarat disambungkan dengan Snoopy, segala maklumat yang terdapat dalam telefon pintar akan dipintas melalui kaedah ter­tentu," katanya.
 
Menurut Wilkinson, penggodam yang menggunakan taktik tersebut boleh melihat segala maklumat dalam telefon pintar yang diceroboh termasuk data kredit kad, nama atau kata laluan untuk laman web yang didaftar serta lokasi pemilik.
 
"Dengan menggunakan teknologi nombor pengenalan unik yang dikenali sebagai Kawalan Akses Media (MAC), penggodam boleh berhubung menceroboh telefon pintar sebanyak 150 kali dalam tempoh sejam," jelasnya.
 
 
Unknown , Isnin, Mac 24, 2014 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog