2+4 hrs...Twogether Fourever

Rabu : 9 April 2025   
@ 11 Syawal 1446H / 2:38 AM

19Rabu,Mac

'Pakar astronomi temui permulaan alam'

Teleskop Kutub Selatan setinggi sepuluh meter (kiri) dan Teropong Pengimejan Polarisasi Latar Belakang Kosmik Ekstragalaktik (BICEP2) di Stesen Kutub Amundsen-Scott di Kutub Selatan digunakan untuk mengesan polarisasi cahaya sejak berbilion-bilion tahun lalu. Pakar astronomi semalam mengumumkan bahawa mereka berjaya mengenal pasti proses pengembangan dan pembentukan alam semesta selepas Letusan Besar. Gambar kecil pengesan superkonduktor BICEP2. - Foto REUTERS
 
New York, 18 Mac 2014 - Pakar astronomi Isnin lalu mengumumkan mereka menemui apa yang dianggap ramai sebagai kejayaan terbesar bidang berkenaan iaitu mengenal pasti proses pembentukan dan pengembangan alam semesta yang berlaku sejurus selepas kejadian Letusan Besar (Big Bang).
 
Kejadian yang diramalkan Albert Einstein hampir se-abad lalu membolehkan mereka memahami bagaimana alam semesta bermula dan berkembang menjadi limpahan galaksi dan bintang, nebula dan ruang hampir kosong luas terbentang yang membentuk alam dikenali.
 
"Mengesan petunjuk ini adalah antara matlamat paling penting dalam kosmologi hari ini," kata John Kovac dari Pusat Harvard-Smithsonian bagi Astrofizik, yang mengetuai penyelidikan itu, dalam satu kenyataan.
 
Teori utama Einstein
Ini adalah salah satu teori utama Einstein mengenai relativiti, yang diterbitkan pada 1915, sekaligus membolehkan penyelidikan era baru mengenai asal usul dan perkembangan kosmos. Teori utama menjelaskan graviti sebagai pembentukan ruang.
 
Einstein menyatakan ruang seperti selimut, dengan bintang yang tertanam dan planet menyebabkan alam semesta dilihat di dalam keadaan melengkung.
 
Lengkungan ruang angkasa tidak pegun, kata Einstein. Sebaliknya, gelombang graviti seperti air di dalam tasik atau gelombang seismik dalam kerak Bumi.
 
Teori lain yang meramalkan gelombang graviti digelar inflasi kosmik. Dibangunkan pada tahun 1980-an, dinyatakan dalam masa tidak sampai sekelip mata selepas Big Bang, kosmos kecil berkembang pesat, kepada 100 trilion trilion kali.
 
Big Bang adalah letupan ruang masa yang membentuk alam semesta 13.8 bilion tahun lalu. – Agensi
Unknown , Rabu, Mac 19, 2014 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog