/

Malaysia naik sembilan anak tangga dalam ranking FIFA hari ini

KUALA LUMPUR, 13 Mac. - Malaysia melonjak sembilan anak tangga untuk berada pada kedudukan ke-141 dunia pada ranking terbaru yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) hari ini.
 
Perubahan ketara tersebut didorong oleh kejayaan skuad Harimau Malaya mengalahkan Yemen 2-1 pada perlawanan terakhir kelayakan Piala Asia 2015, 5 Mac lepas, selain seri 1-1 menentang Filipina pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, empat hari sebelum itu.
Skuad Harimau Malaya yang dibimbing oleh pengendali sementara, Datuk Ong Kim Swee berada di tangga 154 pada bulan Januari sebelum naik empat tangga pada Februari.
 
Kedudukan tersebut meletakkan skuad Harimau Malaya setanding dengan beberapa pasukan seperti Belize (140), Turkmenistan (142), Lesotho (143), Antigua and Barbuda (144) serta Hong Kong pada kedudukan ke-145 dunia.
 
Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia turut melonjak tiga anak tangga ke kedudukan ketiga di belakang Vietnam (125) dan Filipina (130).
 
Di peringkat Asia, Malaysia naik tujuh anak tangga pada kedudukan ke-22 daripada 46 negara.
 
Sementara itu, naib juara Piala Konfederasi 2013, Sepanyol terus mengekalkan status selaku pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,510 mata.
 
Jerman dan Argentina turut mengekalkan kedudukan selaku pasukan kedua dan ketiga terbaik dunia apabila masing-masing mengutip 1,336 dan 1,234 mata.
 
Kedudukan ranking FIFA itu membabitkan 209 buah negara. - Bernama
Adam Merah , Jumaat, Mac 14, 2014 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Adam Merah

CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog