Sabtu : 26 April 2025   
@ 28 Syawal 1446H / 1:14 PM

13Khamis,Mac

Jumlah penduduk tersangat kaya dijangka melonjak

KUALA LUMPUR, 12 Mac 2014 - Knight Frank, sebuah firma perundingan harta global bebas terkemuka, menjangka penduduk tersangat kaya Malaysia akan meningkat jumlahnya sebanyak 33 peratus dalam dekad akan datang.
  
Penduduk tersangat kaya ini termasuklah 'individu bernilai bersih tinggi' (HNWI) yang mempunyai aset bernilai US$30 juta ke atas, termasuk kediaman utama mereka, serta jutawan yang asetnya melebihi US100,000,000 dan bilionair.
  
Pengarah Urusan Knight Frank bagi Malaysia, Sarkunan Subramaniam, berkata sembilan individu baru menyertai golongan 'Individu Bernilai Bersih Tersangat Tinggi' (UHNWI) di Malaysia tahun lepas, menjadikan keseluruhannya berjumlah 557, manakala mereka yang berada dalam golongan lebih kaya bertambah tiga orang lagi kepada 206 orang.
 
Bercakap kepada pemberita pada pelancaran Laporan Kekayaan Knight Frank 2014 di sini, beliau berkata individu-individu tersangat kaya baru di Malaysia ini adalah dari sektor-sektor seperti minyak dan gas, pembuatan, perkhidmatan  teknologi maklumat dan telekomunikasi.
  
Laporan itu berkata, meskipun di peringkat global kira-kira 15 peratus HNWI merancang untuk menukar tempat kediaman, namun Kuala Lumpur masih menjadi tempat tinggal bagi 53 peratus UHNWI Malaysia, dan situasi ini diramalkan lebih kurang serupa pada 2023.
  
Sementara itu, Goh Cheng Ean, Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Negara Perbankan Nilai Bersih Tinggi United Overseas Bank (Malaysia) Bhd, berkata orang tersangat kaya lebih sofistikated dan melabur dengan matlamat jangka panjang.
  
"Pada masa lalu, pelaburan dibuat dalam lingkungan zon selesa masing-masing, tetapi sekarang, mereka mempunyai lebih keyakinan dan pendedahan untuk melabur dalam pasaran-pasaran maju.
  
"Dengan tanda-tanda yang berterusan tentang pemulihan ekonomi AS dan Zon Euro, kami menjangkakan aliran dana yang semakin meningkat dari pasaran-pasaran sedang muncul ke pasaran-pasaran maju," katanya.
  
Tentang Indeks Kediaman Utama Antarabangsa (PIRI), Kuala Lumpur meningkat dua anak tangga berbanding tahun lepas dan menduduki tempat ke-26 di dunia, manakala harga naik 5.5 peratus pada 2013 berbanding pertumbuhan hanya satu peratus pada 2012, demikian menurut laporan itu.
  
Goh berkata, harta di Malaysia tetap menarik bagi pelabur tempatan dan asing yang yakin terhadap potensi ekonomi negara bagi jangka panjang.
  
Peningkatan harga hartanah di pusat-pusat ekonomi utama seperti Kuala Lumpur dan Iskandar Johor dipacu oleh pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi kerajaan, pertambahan golongan pertengahan dan pembandaran yang pesat, katanya.
  
Bagaimanapun, nilai harta di Malaysia masih lebih rendah daripada pusat-pusat ekonomi lain seperti Hong Kong dan Singapura, katanya.
  
Di tempat-tempat lain di Asia, Jakarta mengungguli PIRI, dengan pertumbuhan sebanyak 38 peratus pada 2013, dengan Bali berada di tempat ketiga dengan kenaikan 22 peratus.
  
Pasaran-pasaran utama Indonesia terus mengatasi prestasi pasaran-pasaran lain, kata laporan itu. - Bernama
Unknown , Khamis, Mac 13, 2014 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog