Orang Utan jantan berusia 10 hari dipeluk ibunya di zoo Taman Safari Indonesia di bandar Pasuruan, Pulau Jawa, yang dirakam pada 24 Februari lalu. - Foto AP
Aktiviti sebabkan kepupusan hidupan liar tanpa alasan agama atau peruntukan undang-undang diisytihar haram
JAKARTA, 5 Mac - Badan agama terkemuka Indonesia mengeluarkan fatwa melarang pemburuan haram dan perdagangan haiwan yang diancam kepupusan di negara itu, yang dipuji oleh Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) sebagai yang pertama di dunia.
Fatwa yang dikeluarkan Majlis Ulama Indonesia mengisytiharkan aktiviti seumpama itu sebagai tidak beretika, tidak bermoral dan berdosa, kata pegawai majlis berkenaan, Asrorun Ni'am Sholeh.
"Semua aktiviti yang menyebabkan kepupusan hidupan liar tanpa alasan agama yang wajar atau peruntukan undang-undang adalah haram. Ia termasuk pemburuan haram dan perdagangan haiwan yang diancam kepupusan."
Bunuh satu generasi
"Sesiapa yang mengambil nyawa, sebenarnya membunuh satu generasi. Ia tidak terhad kepada manusia, tetapi juga kehidupan ciptaan Tuhan yang lain, terutama jika mati dalam kesakitan," kata Sholeh yang juga setiausaha suruhanjaya fatwa majlis itu.
Negara yang mempunyai 250 juta penduduk itu adalah negara paling ramai umat Islam di dunia, tetapi tidak dapat dipastikan sama ada fatwa itu akan memberi sebarang kesan praktikal.
Hidupan liar Indonesia yang unik berdepan tekanan akibat pembangunan, pembalakan dan perluasan kawasan pertanian. Kerajaan tidak memberi reaksi kepada fatwa dengan melaksanakan perubahan dasar tertentu.
Umum 12 Mac ini
Bagaimanapun, seorang pegawai Kementerian Perhutanan yang enggan dikenali berkata kementerian dan majlis agama akan membuat pengumuman bersama mengenai fatwa itu pada 12 Mac ini. - AFP
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "