/

Faktor Gen juga penyumbang kepada homoseksual?

Benarkah orientasi seks  dipengaruhi oleh faktor genetik? Saintis sebelum ini percaya bahawa orientasi seksual dipengaruhi oleh faktor persekitaran dan sosial. Namun, ada kajian yang menunjukkan bahawa, faktor genetik juga turut memainkan peranan dalam menentukan orientasi seks seorang  lelaki.
 
Dalam satu kajian yang lebih menyeluruh oleh  Dr Michael Bailey dari Univerisiti Northwestern, ke atas 400 pasangan kembar untuk menentukan  samaada sesetengah lelaki berpotensi untuk menjadi homoseksual atas faktor genetik, lelaki gay berkongsi genetik pada sebahagian daripada kromosom X – Xq28.
 
Walaupun kajian ini berpotensi untuk dijadikan sebagai ujian pra-bersalin dalam menentukan orientasi seksual lelaki, ia tidak semestinya  tepat, kerana terdapat faktor-faktor lain yang boleh mempengaruhi hasilnya.
 
Dr Alan Sanders, Profesor Madya Psikiatri di Universiti Northwestern, yang mengetuai kajian itu berpendapat yang masih terlalu awal untuk mengesahkan kebenaran kewujudan gen tersebut. Pada pandangan beliau,  genetik bukanlah faktor utama dalam menentukan orientasi seks,  gen yang menyumbang  kepada terjadinya homoseksual itu wujud tetapi gen tersebut boleh dikaitkan juga dengan hetroseksual.  Ia adalah satu variasi.
 
Kajian ini turut mengukuhkan kajian sebelum yang dijalankan oleh Dr Dean Hamer dari Institut Kanser Kebangsaan Amerika Syarikat pada tahun1993 , dalam kajian beliau turut menemui bahagian dalam kromosom x yang dipercayai berkait rapat dengan orientasi seksual lelaki.
 
Pada tahun lepas, saintis dari Kanada menyatakan bahawa lebih ramai bilangan adik beradik lelaki (abang), lebih tinggi potensi seseorang lelaki untuk menjadi gay (adik lelaki).
 
Mereka percaya bahawa tindak balas imun yang dihasilkan oleh seorang ibu mengandung meningkat setiap kali mengandung , ini meningkatkan kemungkinan penghasilan  sifat-sifat lebih feminin dalam otak janin yang berada dalam kandungan.
 
Setiap kelahiran anak lelaki , menyumbang kepada  kemungkinan bahawa seorang lelaki menjadi homoseksual sebanyak  satu pertiga. Penyelidik di University of California percaya bahawa homoseksual dapat dijelaskan oleh kehadiran epi-marks- "suis sementara" yang mengawal bagaimana gen kita diekspreskan semasa kehamilan dan selepas kelahiran.
 
Daryl Bem, seorang ahli psikologi sosial di Universiti Cornell, telah mencadangkan bahawa pengaruh faktor-faktor biologi pada orientasi seksual boleh dijelaskan oleh pengalaman zaman kanak-kanak. Perangai seorang kanak-kanak mempengaruhi kecenderungan seorang kanak-kanak untuk memilih aktiviti-aktiviti tertentu .
 
Menariknya  gen yang sama  tidak ditemui dalam faktor mempengaruhi homoseksual wanita. Dr. Bailey juga berpendapat bahawa faktor-faktor persekitaran adalah fakor yang mempunyai impak terbesar dalam mempengaruhi orientasi homoseksual.
 
Beliau juga turut menjelaskan perbezaan "persekitaran" dan "sosial".  Menurut beliau , faktor persekitaran adalah faktor yang tidak berkaitan dengan DNA ketika dilahirkan dan perkara yang tidak berkaitan dengan sosial.
 
Unknown , Khamis, Mac 06, 2014 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog