/

Bahaya Penggunaan Ipad/ Tablet Kepada Si Kecil

Seiring dengan teknologi dan arus kemodenan sekarang, permainan untuk si kecil alaf ini juga sudah berbeza dengan sekarang. Antara yang menjadi trend ibu bapa celik IT adalah memberi  gadget seperti ipad atau tablet untuk dijadikan mainan si kecil. Namun terfikirkah anda samaada gadget seperti ini sesuai  atau tidak untuk tahap umur semuda dua tahun ke bawah.
 
Pediatrik dari Akademi Amerika berkata, anak kecil kanak-kanak di bawah dua tahun perlu mengelak daripada menghabiskan masa dengan melihat skrin. Meluangkan masa terlalu lama pada skrin sentuh (touchscreens) dibimbangi boleh memberi kesan jangka panjang.
 
Menurut para doktor dan ahli terapi, menghabiskan masa terlalu lama di hadapan skrin boleh merosakkan perkembangan  badan mereka.
 
" Kanak-kanak sepatutnya melakukan aktiviti pembelajaran menggunakan  pen dan kertas, namun, jika mereka  terlampau kerap menggunakan iPad otot mereka akan kekal lemah" kata ahli terapi pekerjaan Lindsay Marzoli dari Learning and Therapy Corner.
 
Kanak-kanak juga berpotensi untuk mengalami masalah motor dan kekuatan otot.
Dr Timothy Doran, pakar kanak-kanak di  Pusat Perubatan Greater Baltimore juga turut menyatakan kebimbangan terhadap penggunaan gadget ini tanpa pengawasan ibu bapa. Ahli terapi juga menasihati ibubapa supaya mengehadkan penggunaan iPad selama 15 minit sahaja dalam satu masa.
 
Pakar Pakar Bedah Tulang Belakang Kanak-Kanak di Pusat Perubatan Tropicana, Dr. Mohammad Nawar Ariffin memberitahu bahawa, sebahagian otak diperuntukkan kepada fungsi tangan dan menggunakan skrin sesentuh menyebabkan tidak banyak pergerakan yang berlaku kerana mereka menggunakan satu jari sahaja. Disebabkan itu, penyelidik berpendapat otak kanak-kanak tidak dirangsang.
 
Dr. Mohammad Nawar Ariffin turut menambah yang kebanyakan ibu bapa juga sebenarnya lebih gemar memberikan iPad kepada anak mereka untuk mendiamkan kanak-kanak tersebut. Tindakan tersebut dilihat kurang wajar dan ibu bapa sepatutnya memperuntukkan masa kepada anak-anak dengan melakukan aktiviti seperti bermain bersama dan bukannya menyogok mereka dengan gajet terkini.
 
 
 

* Sumber : 1, 2 ,3 & 4
Unknown , Rabu, Mac 12, 2014 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog