Jumaat : 18 April 2025   
@ 20 Syawal 1446H / 4:35 PM

5Rabu,Mac

Agus: Mengapa nilai ringgit makin turun?

SHAH ALAM, 3 Mac 2014 - Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff hari ini meluahkan perasaan bimbang dan sedihnya terhadap nilai ringgit (RM) negara yang semakin hari semakin menurun nilainya.
 
Menurutnya, sejak dua tahun lepas, dunia dikejutkan dengan krisis Euro dan selepas itu krisis Dollar Amerika, waktu itu nilai Euro dan Dollar Amerika terumbang ambing kerana krisis ekonomi dan kewangan yang mereka hadapi.
 
Jadi, ketika itu katanya, rakyat Malaysia hendak menukar ringgit berasa sungguh selesa dan gembira kerana nilai ringgit bernilai tinggi ketika itu.
 
" Namun hari ini saya ke 'money changer'. Sedih saya melihat nilai ringgit kita rendah, tidak seperti enam bulan yang lalu berbanding dengan Euro, Amerika Dollar, British Pound atau Singapura Dollar.
 
"Mengapa nilai ringgit kita semakin rendah? Inilah isu yang perlu dijawab dan dibahaskan untuk dijadikan sebagai renungan bersama," katanya dalam entri terbaru Facebooknya.
Tambahnya, beliau pernah terbaca kenyataan seorang timbalan menteri yang berkata nilai ringgit yang rendah baik untuk ekonomi negara kerana ini menyebabkan eksport kita bertambah kerana banyak negara luar berminat pada barangan kita kerana harganya murah.
 
"Saya tidak berminat dengan jawapan sebegitu. Saya juga tidak bangga jika barangan kita dibeli oleh negara luar kerana harganya murah atau pelancong datang ke negara kita kerana kosnya rendah.
 
"Saya mahu negara luar berminat membeli barangan kita kerana produknya berkualiti dan pelancong datang ke negara kita kerana produk pelancongannya baik.
 
"...bolehkah kita bermentaliti begitu? Kita hebat kerana kualiti barangan kita hebat, bukannya kerana harganya murah dengan kualiti yang belum pasti," tegasnya. - Sinar Harian
 
 
 
Muhammad Ttuyup , Rabu, Mac 05, 2014 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog