KUALA LUMPUR, 12 Februari 2014 - Satu tinjauan seluruh dunia oleh Nielsen menunjukkan bahawa warga Malaysia adalah orang yang paling kurang yakin di dunia terhadap pembelian melalui Internet, dengan enam daripada 10 pengguna memilih tunai sebagai kaedah perbelanjaan harian mereka.
Ini disebabkan oleh kebimbangan tentang keselamatan siber yang membuat mereka sama ada teragak-agak atau tidak mahu membeli dalam talian dan menggunakan perincian kad pembayaran mereka melalui telefon pintar atau peranti tablet meskipun maklumat peribadi mereka dilindungi.
Berdasarkan Tinjauan Strategi Penjimatan dan Pelaburan seluruh dunia kendalian Nielsen, meliputi 30,000 responden Internet di 60 negara, sebanyak 60 peratus pengguna Malaysia berkata mereka lebih suka membayar dengan wang tunai berbanding wang plastik.
Bagaimanapun, 20 peratus lebih suka menggunakan kad kredit, kad debit (14 peratus dan kad prabayar (2.0 peratus), kata Nielsen, penyedia maklumat dan analisis arah aliran pengguna global, dalam satu kenyataan hari ini.
Pilihan menggunakan tunai ini lebih tinggi lagi di Filipina (74 peratus), Thailand (68 peratus) dan Vietnam (61 peratus).
"Pada umumnya, pergantungan kepada tunai mempunyai perkaitan dengan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar yang lebih rendah dalam ekonomi-ekonomi membangun.
"Justeru itu, meningkatkan pergantungan kepada kaedah pembayaran lain khususnya penting di negara-negara Asia Tenggara ini," kata Luca Griseri, Ketua Perkhidmatan Kewangan Nielsen di Singapura dan Malaysia, dalam kenyataan itu.
"Pada masa ini ada banyak pilihan yang ada bagi pengguna Malaysia yang memilih untuk membayar tanpa tunai (seperti teknologi tanpa sentuh).
Bagaimanapun, penting difahami halangan dan sebab ramai pengguna di Malaysia memilih untuk menggunakan wang tunai berbanding kad kredit," katanya.
Berhubung kebimbangan tentang keselamatan siber, lebih separuh atau 55 peratus daripada responden Malaysia tidak mahu membeli belah dalam talian.
Usaha untuk mengurangkan pergantungan kepada tunai perlu melibatkan pelbagai pihak.
Penyedia pembayaran boleh mendidik pengguna tentang kos sebenar penggunaan tunai serta tentang keselamatan dan faedah menggunakan alternatif pembayaran yang lain.
Griseri berkata: "Kerajaan boleh mendidik rakyat tentang penggunaan pembayaran bukan tunai secara bertanggungjawab dan menyumbang kepada kesejahteraan kewangan warganya."
Maklumat Nielsen itu juga menunjukkan 42 peratus responden Malaysia menggunakan satu kad pembayaran dengan kerap, manakala 40 peratus menggunakan dua kad, dan 11 peratus menggunakan tiga. Hanya enam peratus kerap menggunakan lebih daripada tiga kad. - Bernama
Khamis, Februari 13, 2014
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Pengguna gemar guna tunai berbanding kad kredit silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "