2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Amerika, Perancis teroka Marikh 2016

Washington, 12 Feb. 2014 - Amerika Syarikat dan Perancis bekerjasama untuk misi baru ke planet merah, Marikh dijadualkan pada 2016.
 
Isnin lalu, perjanjian berkenaan dimeterai oleh pengurus Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Charles Bolden dan presiden Pusat Penyelidikan Angkasa Kebangsaan Perancis (CNES), Jean-Yves Le Gall di Washington.
 
"Perjanjian baru ini mengukuhkan usaha sama antara NASA dan CNES dalam penyelidikan sains planet, dan diasaskan daripada kerjasama selama 20 tahun dengan CNES membabitkan planet Marikh," kata Bolden.
 
"Penyelidikan dijana daripada misi bersama ini akan memberikan agensi kami lebih maklumat mengenai pembentukan Marikh yang akan membantu kami memahami bagaimana bumi berkembang."
 
Projek itu akan menyaksikan kerjasama antara dua negara untuk menghantar jentera NASA Mars, yang dinamakan Eksplorasi Dalaman Menggunakan Siasatan Seismik (Gelombang Permukaan) dan misi Heat Transport (InSinght) ke planet merah. Jentera yang tidak dinamakan itu akan mengkaji keadaan bahagian dalam planet Marikh.
Bentuk pasukan sains antarabangsa
Selain penyelidik Amerika Syarikat dan Britain, pasukan sains antarabangsa InSight turut dibentuk dari kalangan penyelidik seluruh dunia seperti Austria, Belgium, Kanada, Perancis, Jerman, Jepun, Poland, Sepanyol dan Switzerland.
 
Misi itu dijangka dilancarkan dua tahun lagi iaitu pada Mac 2016 dan akan tiba di Marikh enam bulan kemudian pada September. Misi akan turut cuba meraih pemahaman lebih baik mengenai evolusi planet berbatu itu.
 
InSight akan meneruskan usaha menilai aktiviti kerak planet Marikh, selain kesan tahi bintang. Untuk tujuan itu, InSight akan membabitkan alat Kajian Seismik CNES bagi Struktur Dalaman. - Agensi
Unknown , Khamis, Februari 13, 2014 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog