STOCKHOLM, 26 Jan. 2014 - Seorang saintis Sweden mendakwa, manusia mampu untuk 'menghidu' sistem imunisasi seseorang yang sedang jatuh sakit.
Menurut penyelidik dari Institut Karolinska, Profesor Mats Olsson, perkara itu berlaku sekiranya sistem imunisasi seseorang individu terlalu aktif dalam tempoh beberapa jam selepas mereka terdedah kepada bakteria.
Malah katanya, terdapat bukti saintifik dan kisah yang mengandaikan pelbagai jenis penyakit mempunyai bau tertentu.
Sebagai contoh, skrofula, satu jangkitan pada nodus limfa dikatakan mempunyai bau seperti bir yang tidak berbuih, manakala seseorang yang mengalami kencing manis, mereka kadangkala bernafas dan mengeluarkan bau 'aseton'.
"Dalam kajian terbaru ini, kami mengkaji keupayaan manusia untuk mengesan penyakit dengan menghidu.
"Kemampuan untuk mengesan bau-bau ini akan mewakili penyesuaian kritikal yang membolehkan kita untuk mengelak kemungkinan penyakit-penyakit berbahaya,'' katanya yang mengetuai kajian itu.
Dalam kajian itu, Profesor Olsson dan pasukannya meminta seramai lapan responden yang sihat untuk datang ke makmal dan mereka diberikan suntikan dalam bentuk lipopolysaccharide (LPS), sejenis toksin yang diperbuat daripada bakteria dan diketahui dapat meningkatkan tindak balas sistem imunisasi.
Responden kemudiannya memakai baju-T ketat bagi menyerap peluh mereka dalam tempoh empat jam dengan satu kumpulan berasingan terdiri daripada sukarelawan seramai 40 orang kemudiannya diminta menghidu bau peluh itu.
Secara keseluruhannya, mereka menilai responden dari kumpulan LPS itu mempunyai bau yang kurang menyenangkan berbanding mereka yang memakai baju-T lain. - Agensi
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "