2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Subsidi: Sudah beri, jangan tarik balik

SHAH ALAM, 15 Januari 2014 – Tidak wajar bagi kerajaan untuk beri subsidi kepada rakyat, kemudiannya memansuhkannya semula.
 
Pakar ekonomi Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Amir Hussin Baharudin berkata, sebelum melaksanakan sesuatu subsidi, kajian mendalam perlu dilakukan untuk melihat kesannya dalam jangka panjang.
 
"Jangan dah bagi, lepas itu tarik balik. Kerajaan perlu selidik golongan yang layak terima subsidi supaya jangan diambil kesempatan oleh orang luar," katanya.
 
Sebagai contoh kata Amir, pembelian petrol di sempadan oleh warga asing untuk dijual dengan harga yang lebih mahal di negara mereka adalah satu petunjuk bagaimana subsidi yang diberikan kerajaan untuk rakyat negara ini dimanipulasi.
 
"Ini sesuatu yang amat merugikan kerana subsidi dibayar dengan duit rakyat. Sepatutnya subsidi petrol hanya dinikmati oleh rakyat negara ini," katanya.
 
Sehubungan itu, Amir meminta kerajaan lebih mengutamakan rakyat sendiri dalam pemberian subsidi di bawah pelan rasionalisasi.
Menurutnya, jika pelaksanaan pelan itu benar-benar memberi keutamaan kepada warganegara, ia akan dianggap bagus.
 
"Itu yang perlu dilakukan.  Rakyat yang sah taraf kewarganegaraan berhak mendapat hak yang sepatutnya mereka peroleh. Utamakan rakyat sendiri untuk dapat subsidi, barulah dianggap rasionalisasi yang bagus. Yang lain jika turut menerima, akan berlaku pelbagai masalah," katanya.
 
Ditanya bagaimana langkah itu boleh dilaksanakan, Amir berkata, ia boleh dipraktikkan menerusi fungsi MyKad.
 
"Apa yang kerajaan lakukan, mesti untuk rakyat, utamakan rakyat. Jangan beri kelebihan kepada warga asing yang bekerja di sini. Mereka dapat gaji tinggi tetapi turut menikmati pelbagai keistimewaan diberikan kerajaan," katanya ketika ditanya mengenai cara terbaik untuk kerajaan melaksanakan rasionalisasi subsidi untuk lebih diterima oleh rakyat.
 
Selain itu, kata beliau, cara terbaik ialah kerajaan menetapkan harga sesuatu barangan untuk mengelakkan berlakunya kenaikan yang melampau setelah kerajaan menarik semula subsidi.
 
"Rasionalisasi mesti ada harga yang ditetapkan, misalnya harga petrol RON95 seliter RM2.75, bila kerajaan beri subsidi 60 sen, rakyat hanya membayar RM2.10.
 
"Justeru pentingnya harga pacak, kerana jika tidak akan berlaku ketidakstabilan harga seterusnya kelirukan rakyat sama ada mahu ikut harga luar negara atau harga tempatan," katanya.
 
Amir berkata, begitu juga halnya dengan subsidi tol, kerajaan sepatutnya kaji semula tindakan tersebut yang dilihat kadarnya lebih mahal daripada harga petrol untuk sesuatu perjalanan.
 
"Misalnya individu menggunakan lebuh raya untuk ke sesuatu negeri, harga tol dikenakan lebih mahal daripada harga petrol yang digunakan.
 
"Sebab itu rakyat marah apabila petrol sudahlah mahal, lepas itu tol juga akan meningkat. Oleh itu, kerajaan perlu rasionalkan perkara tersebut," katanya. - Sinar Harian
 
 
Muhammad Ttuyup , Rabu, Januari 15, 2014 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog