2+4 hrs...Twogether Fourever

Khamis : 10 April 2025   
@ 12 Syawal 1446H / 2:28 PM

15Rabu,Januari

Kerja lebih masa boleh tambah stres

KENAIKAN harga barang sudah semestinya memberi kesan kos sara hidup rakyat yang sedia ada tinggi terutamanya mereka yang tinggal di kawasan bandar menjadi lebih berganda.
 
Meskipun trend membuat kerja sambilan ini sudah lama, namun tekanannya makin terasa akibat pendapatan yang tidak sama naik dengan peningkatan harga barang semasa.
 
Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Khalid Atan berkata, kerja lebih masa dalam jangka yang panjang bukan hanya boleh mengakibatkan kualiti kesihatan menurun disebabkan stres dalam masa sama boleh memberi kesan kepada sistem kekeluargaan.
"Mungkin masyarakat melihat positif kepada individu yang bekerja lebih masa dan kita kata dia rajin dan cekal untuk tampung kehidupan keluarganya. Tetapi kita tidak lihat, dari sudut kesihatan apa yang akan berlaku kepada mereka dalam jangka masa yang panjang?
 
"Apabila bekerja lebih masa dan badan akan rasa penat dan apabila pulang ke rumah pula, bimbang anak pula jadi mangsa kemarahan dan lepas geram," katanya kepada Sinar Harian.
 
Beliau berkata, berdasarkan kajian yang dibuat di Eropah ke atas 6,170 pekerja yang pada awalnya tidak mempunyai sebarang penyakit untuk bekerja lebih masa selama tiga jam setiap hari dan 11 tahun kemudian mendapati 400 daripada mereka sama ada meninggal dunia atau mempunyai penyakit jantung.
 
"Kajian itu menunjukkan sama ada mereka ini mati, terkena strok dan meninggal atau strok tetapi tidak meninggal. Ini adalah satu persekitaran tidak sihat yang perlu dikaji kesannya terhadap kesihatan dan sosial," katanya.
 
Kerja lebih masa akan membuatkan sistem dalam badan kita terjejas dan mengakibatkan pelbagai penyakit antaranya jantung, strok, asma, sakit mental dan sebagainya.
 
"Apabila kita berdepan stres, apa yang ditakuti sistem peredaran darah kita akan terganggu dan hal ini membuatkan kita terdedah kepada penyakit yang merbahaya dan boleh membawa maut jika tidak ditangani segera.
 
"Stres pula adalah satu keadaan di mana ia memerlukan masa dan teknik yang betul untuk mengubatinya. Ia akan kembali berulang jika tekanan berterusan tanpa penyelesaian yang dapat meringankan tanggungan terhadap emosi dan kesihatan tubuh badan," katanya.
 
Katanya, kerja lebih masa atau sambilan selain kerja utama sesuai dilakukan sekali sekala sahaja dalam tempoh tertentu tetapi jika berterusan ia akan mengundang kondisi tidak sihat bukan sahaja terhadap tahap kesihatan tetapi juga mutu kerja.
 
Sehubungan itu beliau berkata, pihaknya akan meneruskan perjuangan dalam memberi cadangan supaya pelaksanaan pemberian elaun sara hidup (Cola) sebanyak RM300 kepada pekerja swasta dapat sedikit sebanyak meringankan beban akibat kenaikan harga dan kos sara hidup yang meningkat kini.
 
Setakat ini jelasnya, masih belum menerima sebarang maklum balas daripada mana-mana pihak berhubung perkara itu.
 
"Cadangan pemberian Cola sebanyak RM300 ini satu perkara baik yang patut difikirkan kerajaan dan majikan mengenai kesan positif terhadap kesejahteraan sosial dan kami, MTUC akan terus berjuang membawa perkara ini ke depan," katanya -  Sinar Harian, 15 Januari 2014
Muhammad Ttuyup , Rabu, Januari 15, 2014 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog