/

Populariti media sosial semakin merosot di China

Beijing, 18 Jan. 2014 - Bilangan pengguna blog mikro di China dilaporkan berkurangan sehingga lebih 27.8 juta tahun lalu, menunjukkan penurunan besar pertama populariti media sosial yang menawarkan cara perkongsian maklumat tanpa tapisan di sebuah negara yang dikawal ketat.
 
Penurunan itu berikutan operasi terhadap mikroblog yang dilihat sebagai sensitif oleh pihak berkuasa kerajaan dan kawalan terbaru terhadap apa yang boleh dihantar dan dikirimkan semula.
Pada masa yang sama ada peningkatan besar dalam penggunaan khidmat mesej segera telefon bimbit yang semakin meningkatkan kerjasama dengan fungsi media sosial termasuk memiliki ciri-ciri sama seperti mikroblog.
 
Pusat maklumat rangkaian internet China dalam laporan tahunannya berkata bahawa ada 281 juta pengguna blog mikro Sina Weibo yang sama seperti Twitter pada akhir 2013, merosot sebanyak sembilan peratus berbanding tahun sebelumnya. Ia turut melaporkan penurunan keseluruhan pengguna media sosial membabitkan peratusan keseluruhan pengguna internet.
 
Tetapi pengguna khidmat mesej segera dilihat meningkat pada 2013, kata Pusat Maklumat Rangkaian Internet China (CNNIC).
 
Perkhidmatan mesej segera seperti WeChat bertambah kepada lebih 78.6 juta pengguna pada 2013 atau sebanyak 22.3 peratus, kata CNNIC.
 
Pindah ke WeChat
Pemantau percaya bahawa pengguna web China berpindah kepada perkhidmatan mobil terutama WeChat, sebagai alternatif untuk berkongsi maklumat. WeChat misalnya membolehkan pengguna berkongsi maklumat dikalangan rakan atau membuka akaun umum yang turut boleh dimiliki orang lain, sama seperti ciri-ciri Twitter atau memiliki pengikut tanpa sebarang had perkataan. - AP
Unknown , Isnin, Januari 20, 2014 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog