2+4 hrs...Twogether Fourever

Ahad : 27 April 2025   
@ 29 Syawal 1446H / 4:54 AM

20Isnin,Januari

Cerpen : Aku & SLK850 [Episod 5/7]

Entah apa yang Datin Hafsah tu cakap, aku dan Ikhwan akhirnya lepas. Sebagai membalas jasanya, aku ingat nak jemput dia makan-makan dirumah aku. Tetapi sebaliknya, dia pula yang menjemput makan-makan dirumahnya. Malu gila subhanallah kalau teringatkan peristiwa malam itu. Hishh… kalaulah Datin tu tak ada pengaruhnya, sure aku dah dipaksa kahwin. Mama seronoklah!
 
"Saya ambil awak."
 
"Hishh… tak perlulah. Saya ada kereta."
 
"Awak nak kereta awak meragam di tengah jalan dan kena tangkap basah lagi dengan sesiapa pula ke? Kalau yang berhenti tu handsome macam saya, tak apalah… buatnya gigi rongak, hidung kembang, jalan senget, macam mana?"
 
"Erkkk…"
 
Akhirnya aku mengalah juga. Nak tak nak aku menunggu Ikhwan mengambil aku dirumah sewa aku. Aku mulanya ajak abah dan mama sekali, termasuk Maleek, tetapi mereka pulang ke Sungai Petani pula, rumah tok ayah. Katanya tok ayah tak berapa sihat sangat, jadi nak pergi jenguk. Takkan aku nak minta tangguh pula, nanti di kata aku melebih pula. Nak tak nak aku ikut sajalah!
 
Tepat jam 8.00 malam, SLK-Class hitam itu berhenti di hadapan aku. Aku memakai baju kurung biasa, tiada corak cuma bersulam di bawah baju, berwarna ungu. Tudung aku gayakan dengan selendang bercorak berwarna purple dan berbunga merah jambu. Terserlah dengan kulit putih aku ini. Aku tersenyum. Bukan aku senyum pada si pemandu tetapi pada SLK-Class hitam di depan aku ni. Haiiihhh… tak dapat beli, dapat naik pun jadilah! Aura ni… untung-untung naik nombor, sijil simpanan premium BSN aku tu… dapatlah aku cabutan bertuah kereta ni! Amin!!
 
Dia membuka pintu keretanya untuk aku.
 
"Terima kasih."
 
Amboiii gentleman sangat hari ini. Ada apa-apa ke?? Aku duduk diam-diam sambil menunggu dia duduk disebelah aku. Hishh… malam dulu tak sempat nak tengok dalam kereta ni, masuk-masuk je terus tertidur.
 
"Sorry hari tu, saya ingat awak driver." Ujar aku.
 
Dia tersenyum. "Memang pun. Saya chauffeur mak saya."
 
"Mak awak tu, awak panggil puan ke? Memang panggil puan ke?"
 
Dia mengangguk. Aku tahu ada orang panggil mak dia puan, dan bapak dia tuan, tapi aku tak pernah dengar orang panggil lagi. Entah keturunan mana yang panggil macam tu pun aku tak tahu. Mungkin keturunan bangsawan dulu-dulu agaknya.
 
"Saya Ikhwan Harraz. Awak boleh panggil Wan. Jangan panggil tuan pulak!" ujar dia sambil tersenyum. Aku suka senyumannya. Dulu asyik serius, sekarang baru nampak senyuman lawanya.
 
"Jazmina. Panggil Jaz saje."
 
"Jaz saje?"
 
"Jaz lah!
 
"Jaz lah pula…"
 
Dia ketawa. Buat lawak pula mamat ni. Aku mencebik! Mengada betul!
 
"Ehhh… awak ke Wan yang menambah ekzos besar dekat kereta saya tu?"
 
Dia tersenyum…
 
"Awak ya??"
 
"Who wants to know?" tanya dia.
 
"Sayalah… kenapa memandai tambah??" tanya aku.
 
"Sukalah!" ujar Ikhwan.
 
Ehhh mamat ni… "Kalau suka kereta saya, boleh tukar! Nak??" aku excited.
 
"Boleh… kalau dapat owner dia sekali." Ujar dia sambil tersenyum manis.
 
Gluppp! Kali ini aku pula terdiam.
 
******
 
Meriah rumah agam Ikhwan Harraz! Semua sanak saudaranya ada. Aku ingatkan aku bertiga saja yang ada, rupanya ramai adik beradiknya. Semua handsome-handsome, akibatnya aku menunduk ke lantailah jawabnya. Segan! Dalam hati bersyukur sebab mama tak datang, nanti mesti dia cakap aku yang bukan-bukan.
 
"Ini Ikhmal Harraz, abang saya yang sulung. Isterinya, Tengku Khusriah. Ini  Ikhsan Harraz, abang saya nombor dua. Isterinya Wan Fatimah. Ini pula adik saya, Ikhimah Harrazah…"
 
Hampir keseluruhan keluarganya telah diperkenalkan. Cuma ayahnya saja aku tak berjumpa lagi.
 
"The only flower in the family!" ujar Ikhimah.
 
Aku menyalami dia. Dia bukan setakat salam, malah mencium pipi aku mesra.  Mesra betul keluarga
ini.
 
"Bukan bunga, tetapi kuat buli!" ujar Ikhwan.
 
"Elehhh abang Wan, jeles! Adik boleh peluk Kak Jaz, abang boleh ke?"
 
"Boleh, bila kahwin nanti! Bukan setakat peluk, lebih daripada itu!"
 
Aku tergamam… apa benda ni? Munakahat pula dahhh… Ikhwan tergelak-gelak, kesukaan. Aku yang berdiri macam tunggul ini, tak tahu apa, tak paham apa!
 
"Sudahlah tu, jangan diusik Jazmina. Kasihan dia!" Marah Datin Hafsah lembut. Huishh… kalau mama dah menyeringai macam kena sampuk pontinak sundal malam. Datin Hafsah ini cool saja, suka aku tengok.
 
Lama juga kami berbual, habis semua mereka mengorek rahsia aku.
 
Kemudian, cerita pada Mr. Macho SLK850 aku tu, perihal malam ngeri itu juga, semua gelakkan aku yang mengelabah sebab tak mahu tinggalkan Mr. Macho takut kesejukan. Itu semua Ikhwan yang cerita, aku jadi malu. Hampehhhh… Entah mengapa aku jadi seronok berada di kalangan mereka dan aku tidak terasa asing sedikit pun. Aku juga baru kenal Ikhwan, tetapi aku rasa sudah lama mengenalinya. Apakah rasa ini?? Rasa pelik…
 
Setelah siap dihidang, bibik mengambil kami makan. Bibik pun sporting saja! Siap makan sekali tu.
 
Aku menarik tangan Ikhwan.
 
"Awak ni suka sangat menarik-narik tangan saya. Kalau saya tarik masuk bilik terus kang!"
 
"Erkkk… hello brother! Jangan nak bermimpi!"
 
"Kena mimpi dulu, baru jadi kenyataan sayang!"
 
"Erkkk… hushhh…"
 
Ikhwan dah ketawa. Mengada betul!
 
"Mana Tuan?" tanya aku tentang ayahnya yang dipanggil tuan.
 
"Ohh… dia mana ada!" jawab dia.
 
"Busy ke?" tanya aku. Aku rasa tak selesa pula tak berjumpa dengan tuan rumah.
 
"Sudah meninggal." Jawabnya tenang.
 
"Opps… sorry!" Aku menekup mulut aku yang lancang bertanya.
 
"Its okay. Tak perlu rasa bersalah. Kalau orang tu tak ada, bukan untuk kita ingat tapi untuk kita kenang. Dia selalu ada di hati walaupun tiada di sisi."
 
Aku terdiam, tersenyum.
 
Malam itu, selepas Ikhwan menghantar aku balik. Aku terus masuk ke bilik dan baring, penat! Tetapi otak aku melingkar ke arah Ikhwan Harraz… Kelembutannya padaku, seriusnya dia apabila bicara sesuatu, redup matanya apabila merenung aku, gelak tawa dan senyumannya terbayang depan mata ku… Hishhh takkan boleh dia ganti Mr. Macho aku!! Takkan….
 
******
 
Aku pulang ke Ipoh minggu ini. Hari pertama dapat gaji, aku hendak membetulkan tayar dan menukar sport rim. Aku dah beritahu Ah Bok. Ah Bok pun dah siapkan spare partnya. Sampai saja di Ipoh, aku terus ke tempat Ah Bok.
 
"Ohhh sekarang sudah cinta sama Wan ya?"
 
"Hah?! Apa lu merepek ni Ah Bok." Marah aku. Sekarang pandai pula cina apek ni mengusik aku ya!
 
"Itu Wan cakap. Dia sudah tangkap cintan sama lu."
 
"Bukan sama wa… sama kereta wa!"
 
Ah Bok senyum sinis. Merepek je apek ni, sengaja nak membuat hati aku tertanya-tanya. Dah lah sejak aku berjumpa dengan keluarga dia dulu, bukannya aku ada berjumpa dengan dia lagi. Aku berharap?? Tak adalah… tapi kalau call apa salahnya kan! Erkkk… berharap jugalah tu Jaz! Argghhh… mana adalah!
 
"Itu Wan banyak baik, bukan macam haiwan!"
 
Aku tergelak. "Cepatlah buat kerja, aku nak pergi kedai VRC kejap!"
 
"Wahh… VRC? Siapa mahu kahwin?" Kedai VRC itu merupakan kedai menjual barangan pengantin yang terletak di Jalan Kuala Kangsar. Aku balik ni ke Ipoh bukan sahaja untuk menyiapkan kereta aku, tetapi kawan baik aku, Si Aina Khadeja nak kahwin. Jadi aku berjanji untuk sponsor bunga telur. Farhan tu tak agak-agak nak cepatkan majlis, dia kata kalau boleh sponsor Anuar Zain lagi bagus! Banyaklah dia tu… aku ingat Aina saja dah gila dengan Anuar Zain, si Farhan pun dah tersampuk!
 
"Kawanlah…"
 
Ah Bok senyum-senyum. Meluat aku melihat senyumannya yang seperti mengejek aku tu. Sengaja hendak mengusik aku, walhal bukannya aku ada perasaan pun pada Ikhwan. Kalaupun ada, dia tu tak mungkin suka dekat aku! Hish orang kaya laahhh… jangan nak berangan Jazmina! Hampir 45 minit, Ah Bok menyiapkan kereta aku, setelah siap, aku beransur ke VRC.
 
Sampai di VRC, mata aku tertancap pada kereta SLK-Class warna hitam itu. Aku lihat nombor platnya, aku kenal. Buat apa Ikhwan dekat sini? Aku malas hendak mencari bayangnya. Aku dah lewat! Aku terus masuk dan cepat memilih bunga telur warna kesukaan Aina, warna pink!
 

 
Bersambung...........   ..
Rokiah Mad Dom , Isnin, Januari 20, 2014 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Rokiah Mad Dom

Seorang Surirumah Sepenuh Masa

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog