KUALA LUMPUR, 28 Januari 2014 - Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata mengikut undang-undang lebuh raya, penunggang motosikal sepatutnya berada di lorong pertama sahaja.
Beliau berkata bagi memastikan penunggang motosikal mematuhi peraturan itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan syarikat konsesi lebuh raya hari ini diarah memasang papan tanda mengenai perkara itu.
"Kita mahu penunggang motosikal menggunakan undang-undang lebuh raya di mana penunggang motosikal sebenarnya tidak dibenarkan menggunakan lorong laju.
"Tapi masalah dengan penunggang motorsikal ini kadang-kadang telah melewati batas apabila mereka menggunakan lorong yang kedua dan ketiga," katanya kepada pemberita selepas perasmian Kempen Keselamatan Jalan Raya peringkat kebangsaan sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2014 di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Bandar Tasik Selatan di sini hari ini.
Katanya kementerian juga akan memperbanyak lorong motosikal memandangkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Ops Tahun Baharu Cina 2013 menunjukkan penunggang motosikal masih menjadi kumpulan tertinggi maut atas jalan raya sepanjang operasi iaitu sebanyak 56.2 peratus.
Beliau menyarankan penunggang motosikal yang menuju ke destinasi jauh agar menggunakan pengangkutan awam seperti kereta api atau bas ekspres.
"Saya difahamkan tiket-tiket bas ekspres masih ada dijual lagi," katanya.
Sementara itu, Ab Aziz menasihati pengguna jalan raya yang mahu guna kenderaan sendiri dapat membuat perancangan rapi secara menyeluruh seperti berada dalam keadaan sihat dan segar terutama yang akan memandu pada waktu malam. - Bernama
Rabu, Januari 29, 2014
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Penunggang motosikal patut guna lorong pertama silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "