/

Manfaat suplemen, saintis berat sebelah?

Bukan semua suplemen multivitamin mempunyai kuasa dan kualiti tinggi.
DALAM artikel sebelumnya, penulis membincangkan mengenai sanggahan terhadap pandangan editorial jurnal Annals of Internal Medicine (Annals) yang meminta orang ramai berhenti daripada mengambil suplemen multivitamin dan mineral.
 
Editorial merujuk kepada pandangan mewakili editor. Kononnya analisis yang dijalankan golongan saintis yang menerbitkan editorial (penulis akan gunakan singkatan pihak editorial) terhadap kajian tertentu sudah memadai untuk memberi peringatan kepada orang ramai betapa secara keseluruhan multivitamin dan mineral tidak berguna langsung untuk mencegah apatah lagi merawat penyakit tertentu.
Sanggahan pertama penulis dan ramai pengkritik lain adalah pihak editorial tidak sepatutnya menggunakan angka statistik tidak signifikan hasil kajian yang menggunakan multivitamin berkuasa tinggi sebagai alasan untuk membuat kesimpulan multivitamin tidak berupaya mengurangkan kadar kekerapan mengalami masalah kardiovaskular (iaitu serangan jantung, strok atau pembedahan jantung).
 
Walaupun tidak signifikan, angka 11 peratus pengurangan kadar mengalami masalah kardiovaskular merupakan angka yang tidak sepatutnya diterjemahkan sebagai multivitamin tidak berfungsi sama sekali.
 
Sanggahan kedua penulis terhadap pihak editorial Annals kerana mereka membuat kesimpulan multivitamin tidak memberi kesan kepada fungsi kognitif subjek kajian yang terdiri daripada orang tua.
 
Analisis mereka adalah kajian menggunakan multivitamin berkuasa rendah. Mereka tidak langsung menganalisis kajian yang menggunakan multivitamin dos tinggi dan menunjukkan kejayaan dalam memperbaiki fungsi kognitif.
 
Tindakan berat sebelah
Punca mengapa mereka tidak menganalisis kajian positif tersebut tidak diketahui. Satu kemungkinan mengapa mereka tidak menganalisis kajian yang menunjukkan kesan positif ialah keseluruhan kajian mereka akan menghasilkan keputusan yang bercampur-aduk (mixed results) antara yang positif dan negatif.
 
Keputusan analisis yang bercampur-aduk akan menyebabkan mereka boleh mengubah kenyataan daripada suplemen multivitamin tidak berguna kepada kenyataan yang bersifat separuh menyokong penggunaannya.
 
Dalam artikel ini penulis akan sambung perbincangan dengan menyanggah kelemahan ketiga yang dilakukan oleh pihak editorial. Kajian dimaksudkan ialah semakan atau penganalisisan pihak editorial Annals terhadap sebuah kajian yang mengkaji sama ada suplemen vitamin dan mineral dapat mencegah penyakit jantung dan kanser.
 
Kajian dimaksudkan berjudul Vitamin and mineral supplements in the primary prevention of cardiovascular disease and cancer: an update systematic evidence review for the U.S. Preventive Services Task Force  dan diterbitkan dalam jurnal Annals (2013).
 
Selepas menjalankan semakan, pihak editorial menyatakan tidak terdapat bukti jelas bagi membuktikan langkah mengambil multivitamin dapat mencegah kanser.
 
Bagaimanapun, artikel digunakan sebagai bahan rujukan pihak editorial sebenarnya menunjukkan pengambilan suplemen multivitamin dan mineral dapat menurunkan risiko kanser secara signifikan pada subjek golongan lelaki. Ia tiada kesan pada golongan wanita. Kajian dimaksudkan berjudul The SU.VI.MAX StudyA Randomized, Placebo-Controlled Trial of the Health Effects of Antioxidant Vitamins and Minerals seperti diterbitkan oleh jurnal JAMA Internal Medicine (November, 2004).
 
Sungguhpun kajian diperlukan untuk memahami mengapa berlaku keputusan berbeza antara lelaki dan wanita, penemuan sebegini tidak sewajarnya dipandang remeh dengan menyatakan, 'kes ditutup dan tidak perlu bazir wang untuk membeli suplemen'.
 
Pihak editorial juga menjalankan kajian berbentuk semakan/analisis ke atas dua kajian berskala besar yang gagal membuktikan suplemen multivitamin dan mineral menyumbang kesan bermanfaat. Dalam satu kajian, suplemen jenama Centrum Silver diberikan kepada subjek lelaki yang menyertai Physicians' Health Study II.
 
Penulis menyebut kajian ini dalam sanggahan pertama penulis terhadap pihak editorial dalam artikel minggu lepas. Sebuah kajian lagi pula menggunakan zink, vitamin C, vitamin E, Selenium, dan beta-karotina.
 
Tidak seimbang
Menurut golongan pengkritik, dalam kedua-dua kajian zink yang diberikan tidak seimbang dengan kuprum. Kajian ke atas haiwan mendapati kekurangan kuprum merupakan antara punca penyakit kardiovaskular.
 
Pengambilan zink walaupun pada dos sederhana dan berpanjangan berpanjangan dikatakan berkemungkinan menyebabkan kekurangan kuprum. Kajian yang menjadi rujukan pihak editorial menggunakan dos zink antara 15 - 20 miligram.
 
Kajian yang menggunakan lima jenis nutrien memberi 20 miligram zink tanpa digandingkan dengan kuprum kepada golongan subjek kajian selama tujuh tahun setengah.
 
Menurut Dr Alan R Gaby yang berkomunikasi dengan pihak pengeluar Centrum Silver iaitu Pfizer Consumer Healthcare menyatakan suplemen mengandungi kuprum hanya diberi kepada subjek kajian lebih kurang 70 peratus daripada keseluruhan 11 tahun tempoh kajian.
 
Malang sekali kuprum digunakan adalah kuprik oksida di mana ia sukar diserap tubuh. Ia seperti dibuktikan dalam sebuah kajian berjudul Cupric oxide should not be used as a copper supplement for either animals or humans yang dilaporkan dalam Journal of Nutrition (1999).
 
Usaha pihak tertentu yang cuba meremehkan manfaat suplemen vitamin dan mineral memang sering berlaku. Namun begitu setiap kali mereka melaporkan kajian atau pendapat editorial yang bersifat negatif maka akan terdapat ramai saintis dan mereka yang celik ilmu sains perubatan yang bertindak menyanggah kenyataan mereka.
 
Antara punca kecelaruan yang dikenal pasti pengkritik ialah apabila penyelidik menggunakan suplemen vitamin atau mineral murah dan berkualiti rendah. Pengkritik menyatakan Silver Centrum berkuasa rendah buatan Pfizer yang terkenal di pasaran Amerika Syarikat digunakan dalam kebanyakan kajian.
 
Pfizer dikatakan menggunakan bahan nutrien sintetik hasil sintesis petroleum dalam Silver Centrum yang menjadikan produk suplemen keluarannya bermutu rendah. Anda fikir Pfizer peduli apabila kajian demi kajian yang menggunakan suplemen Silver Centrum keluarannya menghasilkan keputusan negatif?
 
Editorial Annals menyebabkan orang ramai, golongan perubatan moden serta golongan yang menyokong mereka akan menganggap semua suplemen vitamin dan mineral tidak bermanfaat untuk kesihatan.
 
Generalisasi dari segi persepsi seperti inilah yang dikehendaki pengeluar ubatan moden! Ia juga secara tersembunyi mendidik alam bawah sedar orang ramai dengan premis iaitu hanya ubatan moden yang bermanfaat untuk kesihatan sedangkan pengambilan suplemen adalah langkah mengarut.
 
 

* Oleh Dr. Bahrain Samah, Sinar Harian, 13 Januari 2014
Unknown , Khamis, Januari 16, 2014 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog