/

Amerika Syarikat negara paling kuat di dunia

NEGARA-NEGARA kuasa besar terus berlumba-lumba mengukuhkan kedudukan mereka dengan memperkuatkan pasukan tentera mereka sama ada daripada segi persenjataan dan kelengkapan tentera, mahupun daripada segi bilangan anggota yang terlatih dalam semua bidang.
 
Sebenarnya agak sukar untuk menentukan negara mana yang mendahului senarai dalam perlumbaan senjata di dunia pada masa ini.
 
Menurut senarai yang dikeluarkan Global Firepower (GFP), penyedia data terkini kuasa ketenteraan dunia, tanpa mengambil kira kekuatan nuklear yang dimiliki sesebuah negara, Amerika Syarikat (AS) berada di kedudukan teratas negara paling kuat daripada segi ketenteraan pada masa ini.
 
Kelebihan Amerika ternyata didorong oleh sumber kewangan negara itu sendiri.
 
Amerika dilaporkan memperuntukkan kira-kira AS$689 bilion (RM2.2 trilion) sebagai bajet pertahanan negara itulebih tinggi berbanding negara kuasa-kuasa besar yang lain.
 
Faktor itu memungkinkan AS untuk memiliki sekurang-kurangnya 8,235 kereta kebal dan 15,293 buah pesawat dan 6,665 helikopter.
 
Aset itu bagaimanapun tidak termasuk kira-kira 10 buah kapal pengangkut pesawat yang memudahkan AS menggerakkan askarnya ke mana-mana negara di seluruh dunia dengan diiringi 71 kapal selam.
 
Namun, jika diambil kira daripada segi sumber tenaga, AS hanya mempunyai kira-kira 1.4 juta askar aktif, lebih kecil dibandingkan dengan China yang mempunyai sebanyak 2.2 juta askar aktif.
 
Malah, China dilihat mampu muncul sebagai kuasa tentera baru dunia selepas data yang dikeluarkan GFP menunjukkan negara itu memperuntukkan sejumlah AS$129 bilion (RM422 bilion) untuk bajet pertahanannya, lebih kecil berbanding Rusia, United Kingdom dan Perancis.
 
Bagaimanapun secara realitinya, kekuatan sesebuah negara pada zaman moden ini turut diukur dengan jumlah senjata nuklear yang dimiliki mereka.
 
Dalam aspek ini, Rusia dilaporkan mendahului negara kuasa besar lain diikuti AS, China, United Kingdom dan Perancis yang merupakan negara yang menyertai Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT).
 
Menurut statistik yang diperolehi BBC, Rusia mempunyai sebanyak 10,000 peledak nuklear, diikuti AS (8,500 unit), China (240), UK (225) dan Perancis (300).
 
Negara-negara kuasa besar dunia itu turut dilapor memiliki peluru berpandu balistik jarak jauh yang mampu sampai pada jarak yang mampu merentas antara benua.
 
Rusia dengan peluru berpandu SS-18 Satan dilaporkan mampu mencapai jarak sejauh 16,000 kilometer (km) diikuti China dengan (DF-5A) yang mampu sampai pada jarak 13,000 km, diikuti Amerika dengan Trident D5 yang mampu sampai pada jarak 11,300km.
 

* Oleh MUHAMAD ZAID ADNAN, Utusan, 12 Januari 2014
Unknown , Khamis, Januari 16, 2014 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog