KUALA LUMPUR, 11 Januari 2014 - Pengguna yang menguruskan sendiri penggunaan elektrik di rumah dan di pejabat perlu bijak menangani kenaikan tarif elektrik yang baru berkuat kuasa, 1 Januari tahun ini.
Penolong Perwakilan Residen Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) Asfaazam Kasbani berkata, rakyat perlu menerima hakikat bahawa subsidi kerajaan terhadap harga elektrik tidak boleh kekal selamanya.
Menurutnya, kenaikan tarif elektrik di Malaysia dipengaruhi keadaan global meliputi perubahan ekonomi dunia, populasi penduduk yang bertambah dan sumber alam yang terhad.
"Pengguna perlu melihat kenaikan tarif elektrik dari sudut positif dengan mengambil peluang mempraktikkan dua konsep iaitu penjimatan dan kecekapan tenaga elektrik bagi mengurangkan penggunaan elektrik.
"Penjimatan tenaga boleh dilakukan dengan mematikan peralatan elektrik apabila tidak menggunakannya. Kecekapan tenaga pula ialah menggunakan produk yang menggunakan tenaga elektrik lebih rendah untuk melakukan sesuatu kerja," katanya dalam satu temu ramah, baru-baru ini.
Menurut beliau, penggunaan elektrik secara cekap dan jimat memberi faedah kepada pengguna kerana tidak lagi berlaku pembaziran tenaga elektrik dan wang.
Malaysia antara paling tinggi guna elektrik
Asfaazam berkata, dalam satu kajian perbandingan dilakukan antara Malaysia dan dua negara Asia Tenggara iaitu Thailand dan Filipina, Malaysia menggunakan tenaga elektrik paling tinggi.
Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia, Foon Weng Lian turut bersetuju dengan konsep penjimatan dan kecekapan tenaga elektrik yang dapat membantu dan memberi manfaat kepada pengguna.
"Pengguna elektrik di Malaysia perlu memahami kenaikan tarif elektrik baru-baru ini adalah bagi menampung kenaikan kos penjanaan susulan peningkatan harga bahan api global.
"Penjanaan elektrik memerlukan sehingga 60 peratus gas, dan kerajaan perlu mengikut harga antarabangsa untuk mendapatkannya," katanya.
Weng Lian berkata, pengguna di Malaysia perlu mengambil inisiatif sendiri untuk mengelak daripada terpaksa membayar bil yang membebankan kesan daripada kenaikan tarif itu dengan pelbagai kaedah boleh diaplikasikan untuk melaksanakan konsep penjimatan dan kecekapan tenaga elektrik.
"Pengguna boleh melakukan audit sendiri dengan menyenaraikan peralatan elektrik dan bilangannya di rumah mereka. Mereka juga boleh melakukan pengiraan sendiri bagaimana tenaga digunakan atau dibazirkan.
"Pengguna juga perlu memastikan suis peralatan elektrik yang tidak digunakan dimatikan dan dicabut kerana jika ia berada dalam keadaan sedia, tenaga elektrik tetap digunakan," katanya.
Thailand model negara cekap tenaga
Weng Lian berkata, pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa World Resources Institute (WRI) menjadikan Thailand sebagai model kepada negara membangun kerana kecekapan penggunaan tenaga yang baik sejak 1992.
"Thailand sejak lebih 20 tahun lalu menyasarkan mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 20 peratus menjelang 2030.
"Melalui penyelidikan WRI, polisi dan undang-undang mengenai penjimatan tenaga dilaksanakan di seluruh Thailand berkesan dan perlu dicontohi oleh negara membangun lain," katanya. – Sinar Harian
Sabtu, Januari 11, 2014
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Malaysia 2014 : Ada cara untuk jimat elektrik silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "