GEORGETOWN, 10 Januari 2014 - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengharamkan penggunaan antibiotik dalam makanan haiwan ternakan yang boleh mengancam kesihatan manusia.
Presidennya S.M. Mohamed Idris mendakwa penggunaan antibiotik dengan sewenang-wenangnya dalam makanan haiwan telah menyebabkan penyebaran bakteria kebal antibiotik dalam ternakan haiwan ladang, sekali gus mendedahkan ancaman kesihatan yang serius kepada pengguna.
Beliau berkata penggunaan antibiotik secara meluas kepada haiwan yang dihasilkan untuk makanan menyumbang kepada kemunculan bakteria kebal antibiotik dalam haiwan itu.
"Dalam kajian yang dijalankan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar pada 2012, separuh daripada ayam tempatan kebal kepada ampicillin, sulphonamide dan tetracycline.
"Situasi lebih buruk bagi ayam import, 80 peratus kebal kepada ampicillin, 75 peratus kebal kepada asid nalidixis dan 50 peratus kebal kepada streptomycin dan sulphonamide," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Mohamed Idris berkata menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penggunaan antibiotik dalam ternakan haiwan pada umumnya tidak berasaskan prinsip saintifik sewajarnya.
"Di Malaysia, pada masa ini terdapat 97 antibiotik berdaftar untuk digunakan. Kebanyakan ubatan berdaftar ini digunakan dalam ternakan ayam, itik dan khinzir serta sedikit untuk lembu dan kambing.
"Lebih daripada separuh antibiotik (ramuan aktif) berdaftar dengan Kementerian Kesihatan untuk makanan haiwan tidak disarankan untuk kegunaan veterinar oleh WHO," katanya.
Justeru, beliau berkata kerajaan perlu mewujudkan sistem kebangsaan untuk memantau penggunaan antibiotik dalam makanan haiwan selain memperbaiki dan memperhalusi pengumpulan data ke atas penggunaan antibiotik di negara ini.
Katanya kuantiti dan kumpulan antibiotik yang digunakan dalam makanan haiwan menurut keperluan spesies haiwan perlu didokumentasi bagi menganalisis risiko, mengintepretasi data pengawasan kekebalan dan mengakses kesan campur tangan untuk menggalakkan penggunaan secara lebih cermat. - Bernama
Sabtu, Januari 11, 2014
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Antibiotik dalam makanan haiwan perlu diharam silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "