London, 5 Jan. 2014 - Lupakan pil tidur atau senaman untuk membantu mendapatkan tidur nyenyak pada waktu malam kerana penyelidik menyatakan taktik terbaik adalah dengan berhenti merokok.
Penyelidik mendapati merokok boleh mengganggu tidur yang membawa kepada keadaan seperti kemurungan dan kegelisahan.
Mereka menyatakan tabiat itu mengganggu sistem jam tubuh khususnya paru-paru dan otak.
Akibatnya, perokok tidak dapat tidur nyenyak dan keadaan itu boleh menyebabkan kemerosotan kognitif, gangguan perasaan, kemurungan dan kegelisahan.
"Kajian ini mendapati laluan biasa yang menyaksikan asap rokok memberi kesan kepada pulmonari dan saraf," kata Dr Irfan Rahman dari Pusat Perubatan Universiti Rochester, New York.
Sebabkan keradangan
Dr Rahman dan pasukannya mendapati, asap tembakau memberi kesan kepada 'sistem jam' tubuh khususnya paru-paru dengan menyebabkan keradangan dan dengan tahap kemurungan aktiviti otak.
Mereka dapati, merokok dalam masa singkat pun mengurangkan molekul dikenali sebagai SIRTUIN1 dan pengurangan ini mengubah suai tahap protein yang mengawal keadaan tikus makmal.
Pengurangan sama dilihat pada tisu paru-paru perokok. Penyelidikan membuat penemuan menggunakan dua kumpulan tikus.
Satu kumpulan didedahkan kepada udara bersih saja, dan sekumpulan lagi didedahkan asap beberapa batang rokok sepanjang hari.
Penyelidik memantau corak aktiviti harian haiwan itu dan mendapati tikus dianggap tidak aktif berikutan pendedahan kepada asap rokok.
Mereka juga mendapati, paras rendah molekul SIRTUIN1 boleh menyebabkan gangguan pada tikus dan manusia yang terdedah kepada asap rokok. Namun, mereka juga berkata keadaan itu boleh diubah.
"Cuma jika anda mahu laksana satu azam Tahun Baru, berhenti merokok," kata Ketua Editor The FASEB Journal, Gerald Weissmann, penerbit artikel itu.
Dr Rahman menegaskan, hasil kajian akan membuka jalan untuk rawatan memulihkan fungsi paru-paru dan otak di kalangan perokok, sekali gus memperbaiki tidur mereka.
"Hasil kajian menunjukkan nilai terapeutik menyasarkan laluan ini dengan bahan yang boleh memperbaiki fungsi paru-paru dan otak perokok.
"Kami jangka penemuan ini akan menjadi asas kepada perkembangan masa depan dalam rawatan kepada pesakit yang mengalami kecederaan dan penyakit berkaitan asap tembakau," katanya. - Agensi
Isnin, Januari 06, 2014
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Henti merokok, tidur nyenyak silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "