2+4 hrs...Twogether Fourever

Sabtu : 5 April 2025   
@ 7 Syawal 1446H / 5:07 PM

10Jumaat,Januari

Dr M: Apa niat sebenar Paderi Andrew?

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan niat pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew yang didakwanya sengaja menyakitkan hati orang Islam apabila terus berkeras supaya gereja Katolik menggunakan kalimah Allah.
 
Menurut laporan Utusan Malaysia, Tun Dr Mahathir yang ditemui pemberita turut mempersoalkan niat di sebalik usaha untuk menggunakan Bible dalam bahasa Melayu.
 
"Penggunaan kalimah Allah di Sabah dan Sarawak telah lama (digunakan), tak apalah, tapi di sini (semenanjung) apa sebab tiba-tiba nak digunakan?
 
"Kita suruh belajar Bahasa Kebangsaan pun tak belajar, nak bercakap Bahasa Kebangsaan pun tak, tiba-tiba dalam perkara ini nak guna sangat Bahasa Kebangsaan, pasal apa? Ada niat apa?," soalnya.
Katanya, Andrew sepatutnya menghormati keputusan mahkamah Mahkamah Rayuan pada Oktober lalu berhubung larangan menteri dalam negeri ke atas penggunaan kalimah Allah dalam teks bahasa Melayu The Herald.
 
Keputusan itu membenarkan rayuan menteri dan kerajaan Malaysia terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Disember 2009 yang membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur ke atas keputusan menteri berkenaan.
 
Mahathir seterusnya berkata, Andrew tidak sepatutnya "menyakitkan hati orang" dengan tindakan tersebut.
 
"Kita jangan menyakitkan hati orang. Tapi dia (Andrew) sengaja, dan mahkamah kata jangan pun, (dia) tak peduli. Ini tak menghormati mahkamah," katanya.
 
Beliau seterusnya membandingkan amalan kebebasan beragama di negara ini dengan sesetengah negara bukan Islam, yang didakwanya tidak membenarkan pembinaan masjid.
 
Mahathir mendakwa, beliau sendiri tidak menghalang tindakan orang bukan Islam membina empat rumah ibadat dalam satu kawasan kecil kerana ingin menjaga sensitiviti.
 
Beliau mengulas kenyataan Andrew pada 27 Disember lepas bahawa gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya dalam bahasa Melayu.
Ikrarnya itu terbukti apabila sekumpulan 200 orang penganut Kristian mengalunkan puji-pujian kepada 'Allah' dalam satu upacara di sebuah gereja di Klang, Ahad lalu.
 
Kalimah 'Allah' itu berkumandang di gereja Our Lady of Lourdes dalam bentuk lagu pujian (hymn) dan doa upacara keagamaan (mass) menggunakan bahasa Melayu.
 
Kira-kira 200 orang yang hadir itu antara lainnya mengulangi pujian "Bapa Tuhan Allah" dan "Tuhan kami yang kudus, Allah" sekurang-kurangnya sebanyak empat kali dalam nyanyian lagu dan juga doa sebelum ucapan utama.
 
Kalimah 'Allah' yang digunakan itu merujuk kepada konsep triniti dalam kepercayaan Kristian. – MalaysiaKini
Muhammad Ttuyup , Jumaat, Januari 10, 2014 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog