Selasa : 8 April 2025   
@ 10 Syawal 1446H / 4:59 PM

5Khamis,Disember

UPM, UKM tersenarai dalam 100 universiti terbaik negara membangun

Dua universiti Malaysia berjaya memasuki senarai 100 universiti terbaik di negara membangun, seperti dilaporkan dalam The Times Higher Education (THE) hari ini.
 
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)  menduduki tempat ke-77 manakala Universiti Putra Malaysia (UPM) di tempat ke-95 dalam senarai itu.
Editor THE, Phil Baty, berkata berdasarkan penyenaraian itu, kedua-dua university di Malaysia iaitu UKM dan UPM berjaya bersaing di atas "padang yang sama rata".
 
"Tetapi, perjalanan masih jauh untuk kedua-dua universiti terbaik di Malaysia ini untuk bersaing dengan yang terbaik di dunia," katanya.
 
Senarai itu diambil daripada university di 22 negara membangun dengan menggunakan petunjuk prestasi sama seperti yang digunakan THE untuk ranking universiti di dunia.
 
Ia adalah senarai pertama seumpamanya untuk membandingkan prestasi universiti antara negara membangun termasuk lima negara baru muncul daripada segi ekonomi iaitu Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan (BRICS).
 
Malaysia masih gagal mendapatkan tempat dalam kedudukan THE Universiti Sedunia tahun ini, walaupun Kementerian Pelajaran mendapat peruntukan terbesar dalam bajet kerajaan persekutuan untuk disenaraikan.
 
Kementerian menerima RM38.7 bilion tahun ini dan ia akan menerima RM54 bilion pada 2014.
 
Walaupun jadual itu menunjukkan dua universiti Malaysia disenaraikan, namun ia masih ketinggalan di belakang Thailand.
 
Thailand mempunyai lima universiti dalam 100 institusi terbaik dengan Universiti King Mongkut of Technology, Thonburi berada di kedudukan tertinggi iaitu di tempat ke-29.
 
Bagaimanapun, Malaysian boleh berbangga kerana mengalahkan institusi teratas Indonesia iaitu Universitas Indonesia dan Universiti Filipina, di Filipina apabila kedua-duanya tidak tersenarai.
 
China menjadi yang terbaik dengan dua universitinya iaitu Universiti Peking dan Universiti Tsinghua menduduki tempat pertama dan kedua.
 
Negara komunis itu juga menduduki tempat teratas dengan 23 universitinya disenaraikan, dan THE memanggil negara ini sebagai "kuasa besar pendidikan tinggi" .
 
"Daripada 'BRICS', dominasi China seharusnya menjadi bukti apa yang boleh dicapai jika negara meletakkan pembangunan cemerlang dalam penyelidikan dan pendidikan tinggi di tengah strategi ekonominya," kata Baty.
 
Taiwan, sebuah pulau kecil, mempunyai 21 institusi dalam senarai 100 terbaik manakala India mempunyai 10 universiti dalam senarai itu.
 
Malah, Turki lebih baik daripada Malaysia dengan tujuh universitinya termasuk dalam 100 terbaik, termasuk tiga adalah dalam senarai 10 teratas .
 
Bog Azici Universiti adalah di tempat ke-5, diikuti dengan Universiti Teknikal Istanbul (ke-7) dan Universiti Teknikal  Timur Tengah (ke-9) .
 
Secara keseluruhannya, 10 institusi teratas adalah dari lima negara iaitu China, Afrika Selatan, Taiwan, Turki dan Rusia.
 
Kajian universiti yang diterbitkan pada September oleh Quacquarelli Symonds (QS ) itu menyaksikan Universiti Malaya sebagai satu-satunya universiti di Malaysia yang termasuk di kalangan 200 teratas dalam ranking itu. Namun, ia jatuh daripada 156 pada 2012 kepada 167 pada tahun ini.
 
THE BRICS & Negara Membangun adalah tambahan terkini kepada ranking Times.
 
Penilaian ranking The Times berdasarkan kepada kekuatan sebuah universiti dengan menggunakan 13 petunjuk bagi mengukur pengajaran, penyelidikan, pemindahan pengetahuan dan wawasan antarabangsa yang diuruskan oleh Thomson Reuters dengan mengumpul data secara bebas, menganalisis dan mengesahkan data. - The Malaysian Insider, 5 Disember, 2013
Unknown , Khamis, Disember 05, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog