2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Saintis negara diiktiraf dunia

PARIS, 27 Disember 2013 - Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin menutup tirai 2013 dengan melakar sejarah manis apabila diiktiraf sebagai antara ahli sains terkemuka abad ke-21 oleh sebuah badan antarabangsa.
Beliau menerima anugerah 'The Name In Science' daripada Dewan Perniagaan Eropah (EBA) sempena Sidang Kemuncak Pemimpin Oxford dalam Sains dan Pendidikan selama empat hari yang berakhir 19 Disember di United Kingdom.
 
Dalam wawancara dengan Bernama selepas mengakhiri lawatan kerja UniMAP ke Perancis, Ahad lalu, Kamarudin menyifatkan penganugerahan itu bukan kejayaan peribadi tetapi kejayaan untuk UniMAP dan negara juga.
 
Katanya, penganugerahan itu menyuntik semangat beliau untuk membawa UniMAP terus bersaing di persada dunia sejajar dengan hasrat menjadikan universiti itu dalam kelompok elit dunia.
 
Majlis penganugerahan itu dihadiri Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Canselor UniMAP yang turut menyaksikan universiti itu diisytihar pemenang kategori 'Kampus Terbaik'.
 
Nama tokoh akademik berusia 58 tahun yang berasal dari Kuala Lumpur itu sebenarnya tidak asing bagi EBA kerana pada April lalu, Kamarudin menerima anugerah 'Pengurus Terbaik'.
 
UniMAP turut menerima anugerah 'Best Enterprise' untuk meletakkannya sebagai institusi akademik pertama di Malaysia yang menerima berkenaan.
 
UniMAP mempunyai lebih 10,000 pelajar termasuk kira-kira 700 pelajar antarabangsa dari 30 buah negara dan kini menduduki tempat ke-242 universiti terbaik di Asia berdasarkan penilaian QS University Rankings Asia 2013 dikeluarkan baru-baru ini.
 
UniMAP tahun lalu tidak tersenarai dalam kelompok 300 institusi terbaik Asia dan peningkatan ketara itu dianggap beliau sebagai hasil kejayaan penyelidikan yang dilakukan UniMAP.
 
Pada Oktober lalu universiti itu melakar sejarah apabila menjadi penerima anugerah perniagaan paling berprestij 'The Bizz 2013' oleh World Confederation of Businesses (WORLDCOB).
 
Kemenangan UniMAP lebih bermakna apabila WORLDBCOB turut mengisytiharkan Kamarudin sebagai penerima dua anugerah lain iaitu 'World Business Leader' dan 'World Leader Business Person.'
 
WORLDCOB merupakan peneraju organisasi perniagaan yang berpusat di Houstan, Texas, Amerika Syarikat khususnya bagi memupuk pembangunan dan pertumbuhan lebih 3,000 syarikat dari 80 buah negara anggota.
 
Kejayaan itu membolehkan UniMAP menempatkan diri setanding dengan pertubuhan gergasi seperti Abu Dhabi University, Credit Libanais (Lebanon), Doha Bank (Qatar), The Imperial Hotel (India), Near East University Hospital (Turkey) dan Ethiopian Airlines (Ethiopia).
 
Kamarudin berkata, kejayaan itu secara tidak langsung membuktikan bahawa universiti bukan sahaja perlu menjadi institusi pendidikan melahirkan modal insan yang berdaya saing sebaliknya turut berperanan sebagai entiti perniagaan.
 
Antara pencapaian terbaharu UNIMAP ialah apabila memperoleh sembilan pengiktirafan dalam bidang penyelidikan di World Inventor Order Festival (WIAF) Kedua 2013 yang diadakan di Korea Selatan pertengahan Disember lalu.
 
Walaupun Kamarudin berada di Oxford ketika itu, namun namanya tetap diumum sebagai penerima anugerah 'Merit of Commandeur' yang merupakan anugerah tertinggi oleh Belgian Chamber of Inventors (BCI) dengan kerjasama Korea Invention News (KINEWS) pada WIAF itu.
 
Lapan lagi anugerah dimenangi oleh para penyelidik UniMAP.
 
Pada awal Disember, UniMAP cemerlang pada Seoul International Invention Fair (SIIF) 2013 yang berlangsung di COEX Hall, Seoul kerana kesemua sembilan produk yang dikemukakannya meraih pingat iaitu tiga emas, empat perak dan dua gangsa. - Sinar Harian
Unknown , Jumaat, Disember 27, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog