BEBERAPA hari lalu, saya tengok Buletin Utama di kedai kopi, berita seorang guru penolong kanan wanita terkantoi aksi bertukar-tukar 'cenderamata' dengan kekasihnya, warga Pakistan.
Lelaki itu 27 tahun manakala si cikgu, 49. Khabarnya, penolong kanan sebuah sekolah di Melaka itu sudah punya anak enam dan suaminya pula sedang sakit.
Ini bukan kes khalwat biasa tetapi ada kaitan dengan rakaman video. Wah! Sungguh terlampau nampaknya.
Tidak! Saya bukan hendak bercerita panjang mengenai pasangan itu tetapi yang menarik perhatian saya adalah komen seorang kawan, Li, yang ada bersama tonton berita itu.
Li, 48, tiba-tiba berkata, wanita umur 40-an hingga 50an memang makin 'hot'.
"Ini pengalaman...," katanya untuk lebih meyakinkan saya.
Ya, saya tahu Li tidak pernah buat kajian saintifik mengenai perkara itu. Dan saya juga sedar bahawa apa yang dikatakannya, boleh jadi betul, mungkin juga tidak.
Walau apa pun, apabila dia menyebut 'ini pengalaman...' saya tahu dia cuba bercakap benar, sekurang-kurangnya dari pengalamannya sendiri.
Li orang baik, bukan pengatur tangga rumah tumpangan di Belakang Mati. Itu saya pasti!
Untuk perkasakan lagi hujahnya, Li berkata, pada usia itu, wanita tidak lagi sibuk dengan anak kecil dan juga hal-hal lain yang menjadikan mereka begitu sibuk setiap hari.
"(Pada) tahap itu, depa sudah relax, sudah boleh fikir untuk diri sendiri, termasuk juga hal-hal seks," katanya.
Bab itu, saya setuju dan saya semakin yakin bahawa apa yang Li katakan, ada benarnya.
Saya sendiri pernah beberapa kali menulis topik ini, termasuk daripada pengakuan wanita sendiri.
Ada yang mengaku pada usia 40-an, mereka bersedia untuk jatuh cinta kali kedua.
Tidak! Bukan bercinta dengan lelaki lain atau cari 'anak ikan' tetapi jatuh cinta dengan diri sendiri.
Maksudnya kalau sebelum itu katanya, terlalu banyak hal yang nak dikisahkan setiap hari tetapi dalam usia 40-an, mereka ada ruang yang lebih untuk membelai diri dengan sebaik mungkin.
Dalam soal bajet juga sudah stabil dan boleh dibuat bajet khusus untuk penjagaan diri. Bukan untuk beli beg tangan atau losen penggebu sahaja tetapi juga untuk spa dan aerobik.
Pendek kata, dalam dalam usia 40-an, wanita sudah benar-benar bersedia untuk tampil dengan lebih 'mantop'.
Bukan hanya mahu memuji orang lain, pada isteri sendiri pun saya nampak berbeza banding dahulu.
Tetapi masalahnya isteri, apabila kita puji "awak makin tua makin cantik," dia akan tanya balik, "ooo... dulu tak cantiklah ye?"
Ke situ pulak!
Kalau diambil kira pandangan sendiri, memang sejak remaja dahulu lagi pun, saya suka 'ushar' wanita yang lebih berusia, lewat 30an hingga 40-an.
Bagi saya, wanita pada usia itu sedang berada di kemuncak keanggunan. Justeru, mereka amat indah lagi harmoni untuk dipandang. Macam gunung. Tidak ada orang yang suka pandang busut, jarang ada yang suka pandang bukit tetapi ramai yang suka pandang gunung.
Ini kerana berbanding yang lain, gunung adalah lebih anggun.
Maksud anggun bagi saya ialah kombinasi rupa paras fizikal yang cantik dengan kematangan. Itulah anggun dan keanggunan itu kemuncaknya adalah pada usia lewat 30-an atau awal 40-an.
Bagi wanita yang lebih muda, mereka mungkin cantik tetapi apakah mereka matang?
Jawapannya sudah tentu tidak dan walaupun mereka cuba tampilkan kematangan ataupun dilihat matang namun dalam situasi tertentu, sifat keremajaan atau keanak-anakan mereka pasti terdedah jua.
Itu bukanlah masalah, cuma bagi lelaki, tarikan dalam diri seseorang wanita pada mata mereka sesetengahnya lebih memberatkan penampilan yang matang secara semula jadi.
Ini kerana semacho mana pun seorang lelaki, ada ketika tertentu dia masih mengharapkan kematangan pasangan sebagai pelengkap. Malah jangan tidak percaya atau mencebik jika dikatakan lelaki juga ada kemanjaan yang diselindungkan.
Kerana itu, wanita yang matang tidak akan menolak apabila suami minta dibelai dan dimanjakan dan wanita yang tidak matang, mungkin hanya mahu dia sendiri dibelai oleh suami pada setiap masa.
* Oleh MUHAMAD MAT YAKIM, Sinar Harian, 27 Disember 2013
Jumaat, Disember 27, 2013
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Kemantapan wanita usia 40-an silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "